Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Takut Lipas? Jom Kenali Lipas Yang Boleh Dan Tak Boleh Terbang!

16-3-2020 09:32 AM|Oleh: intan| Komen: 23

Lipas, memang menggerunkan bagi sesetengah orang dan mencetuskan rasa panik jika serangga ini memunculkan diri.

Kalau ada yang takut tengok lipas merayap, apatah lagi yang berkebolehan untuk terbang.

Namun jangan risau, jom kita kurangkan fobia anda dengan lipas dengan mengenali sedikit sebanyak mengenai 'keluarga' lipas, yang mana boleh terbang dan tak boleh terbang.


Lipas yang boleh terbang

1. American Cockroach


Kredit foto: Carian Google

Menurut ORKIN, spesis ini mempuyai sayapnya untuk melungsur. Saiz dewasa lipas ini boleh mencapai hingga tiga inci panjang. Namun, lipas ini hanya boleh terbang dalam jarak pendek sahaja.


2. Smokybrown Cockroach

Kredit foto: Carian google

Lipas jenis ini paling handal untuk 'terbang' kerana mempunyai sayap yang merangkumi bahagian badannya. Saiznya juga agak besar, boleh mencapai sehingga 38 milimeter panjang. Lipas ini mempunyai rupa yang berkilat dan berwarna hitam serta sangat aktif pada waktu malam.

Sebagai tambahan, lipas jantan yang terbang lazimnya akan tertarik pada cahaya.


Lipas yang tidak boleh terbang

1.German Cockroach

Kredit foto: Carian Google

Lipas dewasa ini sangat mudah dikenali kerana mempunyai dua jalur hitam di bahagian belakang kepalanya.

Walaupun mempunyai sayap, ianya jarang sekali terbang dan lebih memilih untuk 'berlari'.


2. Oriental Cockroach

Spesis lipas ini ada dua jenis;

Kredit foto : Carian Google

Jantan: Mempunyai sais yang agak besar, boleh mencapai sehingga 25 mm panjang secara maksimum. Sayap pula hanya tiga suku panjang daripada badannya. Warnanya pula adalah hitam berkilat sehingga coklat kemerahan.

Kredit foto: Carian Google

Betina: Saiznya lagi besar berbanding si jantan dan boleh mencapai hingga 32mm maksimum. Lipas betina jenis ini tidak mempunyai sayap dan warnanya hitam berkilat atau coklat kemerahan gelap.

Anda mempunyai pengalaman pahit dengan lipas? Kongsikan kepada kami. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 23
Komen

Previous : Kurangkan Atau Anda Akan Menyesal Seumur Hidup!

Next       : Seram: Tetamu Tak Diundang Bergurau Sakan Dalam Bengkel Motor

Komen Terbaru

Quote LemangGoreng 30-3-2020 01:35 PM
peh meremang aku tgk gambar ni

Lain-lain Komen

Quote buragazz 16-3-2020 09:43 AM
Edited by buragazz at 16-3-2020 09:52 AM

Tak kirala terbang ke tak terbang ke.. sapa duk sebelah umah aku tetiba dengor aku meyumpah seranah sambil jerit2 macam nak kene bunuh serta suara aku bergema gegar vaganza.. maknaynya dia ada dalam toilet...
Quote Beribear 16-3-2020 09:49 AM
American german dgn oriental tu jauh betul mereka berhijrah. Eii geli iolss
Quote kuzaime 16-3-2020 10:58 AM
tgk pic pun dh geli geleman..biasa yg merayap aku gagah lah lagi pi pijak lumat2, tp kalau dh terbang mmg aku lari dulu.. + masa merayap iya dia lipas, tapi kalau dah terbang automatic bertukar jadik babi
Quote bintangct 16-3-2020 11:17 AM
Eee tgk gmbr terus geli grrrrr

igt baru je nk belajar jenis2 lipas
Quote husna_amal 16-3-2020 11:19 AM
kalau time2 hujan banyak pula lipas berkumpul kat bilik air.
Quote fofuler 16-3-2020 11:22 AM
HAHAHA betul lipas kalau dah terbang terus jadi babi. Dia macam evil gila siap boleh kejar kita sambil terbang. Masa dia tak terbang takde pulak dia kejar kita
Quote puteribaya 16-3-2020 12:32 PM
memang lipas kalau dah pandai terbang..orang jerit babiiiii bukan lipas lagi.dolu2 masa kat hostel, banyak lipas dalam locker..satu ari tu iols ketuk seko..tapi x mati..iols terus campak keluar..bila malam iols tido..terjaga malam ada bebrapa eko lipas kat dinding bilek..mcm dia ajak geng plak nak balas dendam ke..attack iols ke?dengan baju2 tido iols..short n sleevless iols lari kluar bilek..sampai sekarang fobia bunuh lipas..
Quote RatuDunia94 16-3-2020 01:39 PM
Syukur iols x geli langsung dgn lipass... tp iols plg geli dgn KATAK.
Quote matchstick 16-3-2020 02:02 PM
RatuDunia94: Syukur iols x geli langsung dgn lipass... tp iols plg geli dgn KATAK.


Iols paling geli dgn cicak.. Badan lembik gitu dh mati pun susah nk uruskan bangkai dia. Geli geleman oii
Quote rjnadiah 16-3-2020 03:29 PM
Lipas & katak aku tak geli & tak takut. Lalu depan buat macam takde ape2. Kalau cicak aku geli & kucing aku takut
Quote paz 16-3-2020 03:45 PM
Bila baca, nampak object, bercelaru otak Paz. Cuba baca lagi, susah pula nafas.

Ok lah tak payah baca, sebab memang takut lipas, terbang tak terbang takut
Quote larra89 16-3-2020 03:59 PM
terbang ke x terbang, yang pasti bila ternampak je bnda ni begerak, meremang wooo bulu
Quote mamapea 16-3-2020 04:55 PM
menyesal giler aku tengok...meremang 1 badan...dh la aku penakut lipas giler2...
kecik2 dulu pernah masuk hospital demam panas sbb lipas...sampai skrg aku trauma...
Quote Cumikucingku 16-3-2020 05:03 PM
Klu org yg takut lipas... mmg dia geli la kan sama ada bole terbang dgn yg tak bole terbang... xkan nak memilih lipas pulak....

Quote Artemesiaa 16-3-2020 05:27 PM
Pasti paling ramai menyampah dengan jenis yang pandai terbang riuh pikuk rumah kalau ia ada
Quote any42 16-3-2020 06:03 PM
biasa klau nmpak tgh mrayap smpat lg lri ambik ridsect trus spray. eeee klau dah stat terbang tu mmg benci gila sbb tiap kli lri msti tlnggar bucu meja dinding smua punya la takut tgk lipas terbang. dah la terbang bkn p tmpt lain. terbang trus mcm nk attack kita.
Quote adelea 16-3-2020 06:25 PM
yg boleh terbang ada bontot terkeluar tu mmg geli hokehhh

Quote jazaa100 17-3-2020 01:23 AM
Bkn lipas yg terbang tu sbb nk bertelur ke?....

Quote Jorja 17-3-2020 04:40 AM
Jangan vacuum lipas hidup, nanti bbau satu rumah. Kalu nak juga kena cepat buang bag atau cuci canister

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top