Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Makcik Pandu Kancil Masuk Airport, "Kejamnya Warganet Persenda Pesakit Mental"

12-3-2020 01:13 PM Komen: 22

Panik orang ramai yang berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) apabila sebuah perodua Kancil yang dipandu seorang wanita secara tiba-tiba masuk ke balai pelepasan di tingkat satu bangunan itu.

Dikatakan ia  melalui pintu cermin automatik berhampiran kaunter daftar masuk.

Kredit Foto - Malaysian Modders

Memetik laporan Sinar Harian, rupa-rupanya wanita berusia 55 tahun itu mengalami tekanan perasaan dan memandu seorang diri. 

Kredit foto: Facebook Gabungan Anak Terengganu

Kecekapan kakitangan LTSM berjaya mengawal keadaan dengan memujuk dan menenangkan mangsa daripada bertindak agresif bagi mengelak berlaku kemalangan dan kerosakan harta benda.

Kredit Foto - Facebook Sinaran Hairan

Pihak LTSM terpaksa menolak keluar perodua Kancil dari balai pelepasan dengan wanita itu di dalam kereta kerana beliau enggan keluar dari kereta berkenaan.

Kredit Foto - Khalifah Media

Yang menyedihkan ialah melihat komen warga maya yang agak kurang sensitif serta mengaitkannya dengan politik pula. Kereta terbang pun ada.

Kredit foto: Facebook Harian Metro

Nasib baik ada juga segelintir warga maya yang berasa simpati dengan keadaan pemandu tersebut serta berasa kecewa dengan sikap warga maya lain yang buat lawak akan keadaan pemandu tersebut.

Kredit foto: Facebook Harian Metro

Tak tahulah siapa yang sebenarnya sakit mental sekarang ni. Masalah kesihatan mental sudah acap kali dibincangkan secara ilmiah tetapi berapa kerat yang sedar dengan isu ini yang dianggap tabu dalam masyarakat?

Ia amat berbeza dengan masyarakat luar negara yang berani bercakap secara terbuka dan memberi sokongan menanganinya.

Apapun semoga pemandu tersebut dapatkan rawatan dan kembali sembuh seperti sediakala. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 22
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote LemangGoreng 30-3-2020 01:57 PM
semoga bertambah baik

Lain-lain Komen

Quote noor2 12-3-2020 01:29 PM
.....kesian pun ada tapi menyusahkan semua situ. ...
Quote EvieWanKenobi 12-3-2020 01:48 PM
bahayanya.. syukurlah tiada kemalangan jiwa..
Quote mizruncing 12-3-2020 02:22 PM
lahhh sape yg ade pertalian darah ngn makcik ni?? takkan laa dibiarkan sorang2. kalau dh langgar orang kat dalam tu tak ke naya
Quote Lagubestbest 12-3-2020 02:56 PM
mental masalah ekonomi la ni kut.. pelancong tak g ganu sekarang..
Quote husna_amal 12-3-2020 03:04 PM
kesian orang tua tu, ramai pula persenda jadi bahan lawak.
Quote jasmeen 12-3-2020 03:09 PM
kesian,bayangkan umur 50 an,mental dan keseorangan tanpa keluarga
Quote manehnya 12-3-2020 03:24 PM
kesian dia wei, sedih tgk ada yg gelak kt fb tu... appara..

cer kalu kena kat mak korang
Quote VirusDetected 12-3-2020 03:44 PM
mcm mn bley terlepas drive sorg dgn mslh mental?
family dia xde yg tau ke dia drive sorg2 tu @ mmg x ambil tau?
Quote prettyuglybabe 12-3-2020 04:12 PM
bukan tak kesian..
tapi zaman ni buat apa benda semua bagi alasan mental untuk lepaskan diri dari tindakan undang-undang..
Quote Artemesiaa 12-3-2020 04:54 PM
Munjur tak ada yang cedera bahaya orang yang tengah tekanan ni macam2 boleh jadi atau dilakukannya
Quote Supersirap 12-3-2020 05:44 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote rrgal 12-3-2020 08:32 PM
Kesiaan makcik tu, moga cepat sihat
Quote any42 12-3-2020 08:44 PM
kesiannya. nsib baik xlanggar org lalu lalang. hrap ad fmly tdekat boleh slalu pntau makcik lps ni. umur lbih kurang my mom je. sedihnya.
Quote najib888 12-3-2020 09:15 PM
Confirm ka sakit mental? ke alasan? self diagnose? memohon simpati? tekanan perasaan?
Quote LadyCarefree 12-3-2020 11:09 PM
Sekarang ni semua benda pon dijadikn lawak.
Quote ~boolean 13-3-2020 02:49 AM
kalau aku tak tahu cerita sebenar, aku pun rasa ianya lawak...
Quote RinIna 13-3-2020 10:22 AM
Tak masuk akal lah bawak masuk kete dalam airport.. mmg masalah mental lah tu.. makcik pulak, umur mak2 kita.. kesian..
Quote renko 13-3-2020 06:08 PM
elehhh sume kesian kesian
cuba plot twist
orang kena langgar ke
pintu pecah ke
sal bangsa ke
rasenye xde komen sal mental la pa la
Quote MissyMolly 13-3-2020 07:04 PM
ini mmg rare... kalah myvi...go kancil go! elok je selamat pemandu & harta benda tak rosak kena langgar

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top