Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Mana Ada Promosi LGBT, Kenapa Nak Jadikan Isu? - Alyah

12-3-2020 11:03 AM|Oleh: LilRose| Komen: 31

"Mana ada promosi LGBT. Apa yang ditampilkan hanya lakonan semata-mata."

Datin Alyah menafikan dakwaan program Parodi Malaya di saluran YouTube mempromosikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).


Kredit foto: IG

Berkata kepada Harian Metro, penyanyi itu juga kesal hal berkenaan dijadikan isu.

Alyah berkata demikian susulan menampilkan pelakon kelahiran Singapura, Roslan Shah sebagai watak Mak Kundur menerusi episod Bawang Putih Bawang Merah.


Kredit foto: IG

"Mana ada promosi LGBT. Dia (Roslan) masih berpakaian dan berpenampilan lelaki pada waktu biasa. Lainlah kalau saya menggunakan 'individu' sebegitu, baru orang boleh kata saya promosi LGBT.

"Apa yang ditampilkan hanya lakonan semata-mata sama seperti yang dibuat orang lain dalam sitkom atau pentas pertandingan lawak. Penampilan dia sekadar menjayakan watak diberikan," jelasnya.

Tambah Alyah, hanya tiga episod memerlukan Roslan memainkan watak wanita.

Penyanyi itu turut menegaskan bahawa dia langsung tidak berniat mencipta kontroversi untuk melonjakkan populariti program itu.



"Bagi saya, Parodi Malaya ini diterbitkan sekadar untuk hiburan dan mengembalikan nostalgia cerita dongeng dahulu kala. Jangan pandang ia sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai seni dan lakonan semata.

"Dalam masa sama, saya mahu generasi muda mengetahui kita pernah ada kisah dongeng sebegini yang kian dilupakan. Cuma bezanya, saya persembahkan dalam bentuk parodi komedi," katanya.




Mungkin sebab golongan LGBT semakin berani bersuara menyebabkan masyarakat semakin bimbang dengan gejala golongan itu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
1
0
Komen: 31
Komen

Previous : Ini Rupanya Maksud Lagu 'Hilang Gelap, Terbitlah Terang' (Sweet Charity)

Next       : Tiada Peluang Kedua, Isteri Ammar Alfian Fail Tuntutan Cerai

Komen Terbaru

Quote imanjannah 17-3-2020 10:18 AM
RatuDunia94 replied at 12-3-2020 01:07 PM
Cerr tekaaa.. mana satu Roslan Shah mana satu Tusheee.???

serupa tapi tak sama..kihkih

Lain-lain Komen

Quote duri_durians 12-3-2020 11:31 AM
hmm logik mmg tak wujud pada sesetengah manusia.
Quote electricopop 12-3-2020 11:47 AM
duri_durians replied at 12-3-2020 11:31 AM
hmm logik mmg tak wujud pada sesetengah manusia.

Tau xpe. Tak boleh beza kan cerita mitos dengan realiti. Sedehhhh!
Quote husna_amal 12-3-2020 12:59 PM
Harap2 lepas ni ada kuat kuasakan larangan lelaki berpakaian wanita.
Quote Nenasketum 12-3-2020 01:00 PM
Dia ni kena make up 24 jam, kalau tak orang ingat orang gaji lakinya.
Quote RatuDunia94 12-3-2020 01:07 PM
Cerr tekaaa.. mana satu Roslan Shah mana satu Tusheee.???



Quote hyie 12-3-2020 01:40 PM
RatuDunia94 replied at 12-3-2020 01:07 PM
Cerr tekaaa.. mana satu Roslan Shah mana satu Tusheee.???

matilanakkkkkkkkkkkkkkk
Quote imanda 12-3-2020 01:42 PM
RatuDunia94 replied at 12-3-2020 01:07 PM
Cerr tekaaa.. mana satu Roslan Shah mana satu Tusheee.???

omgggggg!!!!!!!!
Quote mieymiey 12-3-2020 02:32 PM
RatuDunia94 replied at 12-3-2020 01:07 PM
Cerr tekaaa.. mana satu Roslan Shah mana satu Tusheee.???

HAHAHAHHAHAHAHAHAHA. Dah kenapa serupa?
Quote cicicumel 12-3-2020 02:46 PM
Aku br tgk.. ada penampilan Ayu OIAM ker.. apsal suara dia mcm jantan?
Quote September14 12-3-2020 02:52 PM
Roslan tu mcm muka mak engku pun ada.. yg blakon jd nenek ain dgn dd cter kamelia tu
Quote Ladybird910 12-3-2020 03:43 PM
RatuDunia94: Cerr tekaaa.. mana satu Roslan Shah mana satu Tusheee.??? <a href="https://i.postimg.cc/28ftCtvK/Smart-Select-Image-2020-03-12-13-12-51.png" target="_blank">https://i.postimg.cc/28ftCtvK/Smart-Select-Image-2020-03-12-13-12-51.png</a>&nbsp;&nbsp;<a href="https://i.postimg." target="_blank">https://i.postimg.</a> ...

.

Ini kijammmmm...hihihi
Quote meow_tompok 12-3-2020 03:47 PM
dah check, sendu nyer view dia kat youtube
takpela nanti cheq gi tgk, tak sia2 hangpa promote kat sini
Quote giyomi 12-3-2020 08:41 PM
ntah, akak terhibur gak, wlpon lakonan biasa2 jer
Quote ashilalat 12-3-2020 10:15 PM
Aku lagi tertarik pada forumer yg pecah lobang jumpa tok ram kat pejabat agama minggu lepas....apa kabarannya laki bini ni?
Quote ashilalat 12-3-2020 10:15 PM
RatuDunia94 replied at 12-3-2020 01:07 PM
Cerr tekaaa.. mana satu Roslan Shah mana satu Tusheee.???

Tersembur air milo tengok persamaan linear wajah diorg...sedondon!
Quote Mizlyn 12-3-2020 10:28 PM
RatuDunia94 replied at 12-3-2020 01:07 PM
Cerr tekaaa.. mana satu Roslan Shah mana satu Tusheee.???

Fuhhh semangat hahahaha
Quote Mizlyn 12-3-2020 10:36 PM
ashilalat replied at 12-3-2020 10:15 PM
Tersembur air milo tengok persamaan linear wajah diorg...sedondon!

Paksi semetri..180 darjah ... sin cos tangent wakakak add math terus
Quote Bergosip 12-3-2020 10:43 PM
RatuDunia94 replied at 12-3-2020 01:07 PM
Cerr tekaaa.. mana satu Roslan Shah mana satu Tusheee.???

Tushee ni siapa eh?
Iras betul muka dorang ni. Orang tua2 kata muka iras tandanya jodoh hihi
Quote sharlenetexas 12-3-2020 10:50 PM
Comel pulak wak lan jadi nenek2.

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top