CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Saya Tak Banyak Mix' - Dyana Sofya Tak Ingin Disamakan Dengan King Coco

13-3-2020 10:01 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 11017| Komen: 52|Original author: Oleh: Straya

Description: Marshaira Ismail atau 'King Coco' dikenali di media sosial beberapa tahun lalu selepas mendakwa dirinya mempunyai banyak keturunan campuran dan suka berbahasa inggeris dengan slanga yang agak pelik.

Kredit foto: MusangViral


Marshaira Ismail atau 'King Coco' dikenali di media sosial beberapa tahun lalu selepas mendakwa dirinya mempunyai banyak keturunan campuran dan suka berbahasa inggeris dengan slanga yang agak pelik. 


Semalam, namanya kembali popular selepas memenangi jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Bagan Serai. Rata-rata netizen mengkritik pemilihan King Coco sebagai Srikandi (Ketua Bahagian Wanita) kerana menganggap dia tiada kredibiliti dan kelayakan yang sepatutnya untuk menyandang jawatan itu.


Antara akaun Twitter yang mengkritik King Coco adalah @NaratifRakyat yang mengatakan 'tak perlu ambil sampah masyarakat seperti King Coco. Dikenali atas sebab-sebab yang negatif dan tidak mempunyai kemahiran. Tolong ambil mereka yang boleh menyumbang kepada masyarakat. Dan tolong ye kaum melayu, anda tidak dilahirkan dengan bermata biru. Jangan terkejar-kejar sangat nak jadi mat salleh'.



Kredit foto: RotiKaya

Kredit foto: Twitter


Antara banyak-banyak kritikan, ada juga netizen menyamakan King Coco dengan Dyana Sofya yang merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lim Kit Siang. 


Dyana Sofya juga pernah bertanding di Teluk Intan mewakili DAP pada tahun 2014. Wanita ini telah menjawab komen tersebut di Twitter dengan menggunakan ayat sinonim dengan King Coco "Nah. I don't hv a lot of mix"


Jawapan Dyana menyebabkan netizen ini membalas dan membuat persamaan antara dia dan King Coco iaitu pertama, suka pada suami orang dan kedua, perosak rumah tangga. 



Kredit foto: MusangViral


Netizen rupanya merujuk kepada hubungan antara Dyana Sofya dan suaminya, Zairil Khir Johari yang juga ADUN Tanjung Bungah. 


Hubungan pasangan yang juga ahli DAP ini menimbulkan kekecohan kerana Zairil Khir Johari telah pun beristeri dan mempunyai dua orang anak. 


Kontroversi berakhir apabila mereka berkahwi, namun isteri pertama Zairil bagaimanapun didakwa telah diceraikan sebelum berkahwin dengan Dyana tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.


King Coco pula seperti diketahui ramai telah berkahwin dengan juruterbang, Kapten Azrin yang ketika itu mempunyai isteri dan tiga anak. Tidak lama selepas berkahwin dengan King Coco, Kapten Azrin mengaku telah menceraikan isteri pertamanya, Nor Azura pada October, 2018.


Padu betul jawapan balas netizen ini. Patutlah Dyana Sofya terus senyap tanpa menjawab apa-apa selepas itu.


Walau apapun, tahniah diucapkan kepada Marshaira atau King Coco. Tunjukkan kepada pengkritik dan buktikan anda mampu memikul tanggung jawab ini dengan baik.  - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 13-3-2020 10:07 AM
x perlu la kot sampai panggil org tu home wrecker sdgkan ko tak tau pun apa masalah zairil suami isteri. dah jodoh drg kan...mende la..
Quote polluxsstar 13-3-2020 10:15 AM
ntah2 wife yg dh dicerai tu aman2 aje hidup. netizen je over nk komen memacam.
Quote prettyuglybabe 13-3-2020 10:25 AM
jantan yang menggelar tu pun entah sama jah simpan banyak pompuan..
Quote Ina8895 13-3-2020 10:30 AM
Perampas laki orang
Quote djzara81 13-3-2020 10:50 AM
Suami coco bukan pilot & not even a qualified captain or Dato!
Quote matbad 13-3-2020 11:01 AM
Sampah sesampah sampahnyaaaa
Quote chinatsu 13-3-2020 11:21 AM
orang mcm coco tu yang kau angkat nak jadi ketua? rosak masyarakat
Dunia betul2 nak kiamat
Quote meisapoya 13-3-2020 11:24 AM
I have a lot of mix. Mix of my father, mother, granny, grandpa, great granny, great grandpa, bla bla bla.
Quote mizruncing 13-3-2020 11:46 AM
btw i suka tgk dyana ni. lawa n letop
Quote Rogue98 13-3-2020 11:48 AM
So xde beza dgn ctdk jugak lah kan...
Quote EvieWanKenobi 13-3-2020 11:49 AM
mix mana? awat muka desa?
Quote kibodwatriuh 13-3-2020 11:50 AM
HAHAHAHAHAHA

Sungguhlah Syed Kassim, memang tepat sekali 10/10.

Tambahan lagi, bimbo perasan cerdik.
Quote kibodwatriuh 13-3-2020 11:51 AM
polluxsstar replied at 13-3-2020 10:15 AM
ntah2 wife yg dh dicerai tu aman2 aje hidup. netizen je over nk komen memacam.

hello sheols masuk hospital sakit jiwa ya.
Quote kibodwatriuh 13-3-2020 11:52 AM
kucingitam replied at 13-3-2020 10:07 AM
x perlu la kot sampai panggil org tu home wrecker sdgkan ko tak tau pun apa masalah zairil suami ist ...

memang homewrecker pun? yalah si zairil tu pun hampagas jah.
Quote Cassieopeia 13-3-2020 12:18 PM
kibodwatriuh replied at 13-3-2020 11:51 AM
hello sheols masuk hospital sakit jiwa ya.

kesiannya... mcm ni boleh jadi calon??
Quote bondeh 13-3-2020 12:24 PM
persamaan dua2 walingmi kannnn

tapi Dyana tuh eksotik lah macam model spenda VS
Quote kibodwatriuh 13-3-2020 12:24 PM
Cassieopeia replied at 13-3-2020 12:18 PM
kesiannya... mcm ni boleh jadi calon??

Politicians ni yang elok boleh kira dengan jarilah.
Quote polluxsstar 13-3-2020 12:40 PM
kibodwatriuh replied at 13-3-2020 11:51 AM
hello sheols masuk hospital sakit jiwa ya.

Omg im sorry spekuan i salah.
Sedih pulak i smpai mcm tu sekali.
Quote Ladybird910 13-3-2020 12:59 PM
Tercidukkkk..Kah kah!

Lihat semua komen(52)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2023 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.090803 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top