Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tupai Curi Durian Mati Diikat, Digantung

11-3-2020 01:02 PM Komen: 31
Tular di laman sosial mengenai tindakan kejam seorang pemilik kebun mengikat dan menggantung seekor tupai sehingga mati pada buluh di kebun durian miliknya.

Perkara itu dikongsikan menerusi Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) pada Ahad lalu.

Berkata kepada Harian Metro, presidennya, Arie Dwi Andika mendakwa terkejut apabila pihaknya menerima gambar berkenaan.



Foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia

Tindakan pemilik kebun itu jelas melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang mana individu terbabit boleh didakwa dan dikenakan hukuman.

Pemilik premis tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan kekejaman ke atas haiwan liar walaupun berlaku di kawasan persendirian.

Haiwan liar adalah hak di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan kematian haiwan itu perlu dilaporkan, katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berikutan kejadian itu, MAA menawarkan ganjaran RM2,000 kepada pemberi maklumat yang sanggup menjadi saksi hingga pelaku atau pemilik kebun dijatuhi hukuman.


Foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia

Sementara itu, jurucakap Perhilitan berkata, pihaknya mempunyai kuasa khusus terhadap kebajikan haiwan liar dilindungi mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 31
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote cik_kuntum36 13-3-2020 05:26 PM
kesian kat tupai tu... da la comey... huhuhu

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 9-3-2020 11:54 AM
Harap2 dik tupai masih hidup..
Quote manehnya 9-3-2020 12:09 PM
kesiannya.. ala biar la... byk mana sgt dia nk makan..

yg patut kena camni kera/monyet
Quote pokaibanktokyo 9-3-2020 12:12 PM
Sebagai amaran kepada tupai lain kekdahnya. Jauhi durian atau anda juga akan terima nasib yang sama seperti rakan anda ini
Quote grouper 9-3-2020 12:12 PM
Naik nama hasanah je aku dh pikir lain...
Quote prettyuglybabe 9-3-2020 12:17 PM
semoga pokok di kebun durian pelaku takkan berbuah sebiji pun..
ataupun kebunnya hangus dijilat api..
Quote gummiebear 9-3-2020 01:09 PM
Kesian tupai
Quote CiliPadiSedap 9-3-2020 01:53 PM
semoga durian dan buah buahan tu di sumpah mahsuri 7 keturunan agar jadi padang jarak padang terkukur.
Quote saviour_09 9-3-2020 02:17 PM
kesian

aku ingat kalo dia pejam mata je sebijik dua makan dek binatang, tuhan tambah lg sebatang,dua pokok berbuah lebat

dah kalo macam ni dia balas

tunggu je la mereput tak gugur dah lepas2 ni

jangan aniaya binatang
cepat je sampai nanti

ingat la
Quote Megikari 9-3-2020 02:30 PM
Waaaaaa jahatnya weh
Quote Artemesiaa 9-3-2020 02:50 PM
Kejam sangat buat macam tu walau ia ada buat salah.  Lagi pun sekor je bukan ia panggil geng ramai2 datang makan sama
Quote Nham22 9-3-2020 02:56 PM
BiNatang mana ada akai... Sian nau die...
Quote any42 9-3-2020 03:50 PM
kesiannya mesti sakit tseksa siap gantung durian kasi regang. haiwan mne ad akal fkiran. bodoh la snggup bt mcm ni. mcm xde beza je otak ko sbg mnusia dgn haiwan klau gtu.
Quote Nes3in1 9-3-2020 07:13 PM
Melampaunya aniaya binatang
Quote nishikido 9-3-2020 07:43 PM
Kejamnyaaaa...tak percaya ke rezeki tu tuhan yang bagi.takkan miskin orang yg bersedekah..tapi tak tahu lah kalau bangsa lain yg buat.apa2 pon si pelaku memang kejam,bahlol,takda hati perut..
Quote Aai2 9-3-2020 08:02 PM
Kelamnya...x ada sifat belas ihsan...kalau tupai tu mkn, x kan sampai habis sekebun ..harap durian x menjadi ...berkira sgt dgn makhluk Allah
Quote Tinot7 9-3-2020 08:18 PM
jahatnya... tupai tu mana tau. dia binatang takde akal. patut biar je mkn. tak byk kot dia nak mkn tu.
Quote fair_iza 9-3-2020 08:36 PM
Pekebun tu tak tahu tupai bertindak sbg agen seed dispersal? Hrp2 lepas ni dusun tuan tanah ni tak akan berbuah lagi utk thn2 akan datang.
Quote che-cikL 9-3-2020 09:49 PM
CiliPadiSedap replied at 9-3-2020 01:53 PM
semoga durian dan buah buahan tu di sumpah mahsuri 7 keturunan agar jadi padang jarak padang terkuku ...

Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin
Quote cik_sssara 10-3-2020 09:20 AM
Speechless. Baru je tuhan uji sikit, dah bertindak zalim. Malas jelah nak doa keburukan pulak kan..
Cuba tengok video ni apa mat salleh ni buat bila tupai curi tanaman dia..


"We coexist, this is his land too"

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top