Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pecah Gegendang Telinga Ditampar Abang

10-3-2020 05:50 PM Komen: 59
Polis menahan lelaki dipercayai menampar adik kandungnya sehingga kedua-dua belah gegendang telinga mangsa pecah. Lapor Berita Harian, kejadian berlaku di sebuah flat di Tasek Gelugor, Butterworth, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada mangsa pada jam 7.30 petang, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian suspek, 29, dikatakan memegang kapak seolah-olah menghalau adiknya, 21, apabila mangsa pulang untuk mengambil kucing peliharaannya.



Oleh kerana tidak mahu bergaduh, mangsa keluar semula dari rumah namun suspek yang tidak berpuas hati mengikut mangsa ke kawasan parkir motosikal di kawasan itu sebelum berlaku pergaduhan mulut antara kedua-duanya.

Suspek kemudian bertindak menampar muka mangsa beberapa kali dan kejadian itu turut disaksikan seorang lagi rakan mangsa, katanya.

Mangsa kemudian melaporkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut selepas mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan kedua-dua gegendang telinga mangsa pecah akibat tamparan itu.

Walaupun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif, pemeriksaan bagaimanapun mendapati dia memiliki tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah lain.

Tambah Noorzainy, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18 A Kekerasan Rumahtangga (KRT). - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 59
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote husna_amal 11-3-2020 09:45 AM
adik beradik pun takde tolak ansur.

Lain-lain Komen

Quote mizzmimi 9-3-2020 04:52 PM
Abang jenis baran & adik kaki provoke?
Quote namr 9-3-2020 05:10 PM
Kuatnya lempang sampai pecah gegendang
Quote ffbeauties 9-3-2020 05:10 PM
Kaki dadah ni elok hukum mati je semua. Lepas buat menyusahkan orang.
Quote MissyMolly 9-3-2020 05:23 PM
pekak tak?
Quote prettyuglybabe 9-3-2020 05:26 PM
budak flat bangun budak flat..
Quote CiliPadiSedap 9-3-2020 05:31 PM
lempang pecah gendang telinga ada dua satu sebab angin xkeluar dari telinga tekup kedua sebab pukulan lempang kuat sampai gegendang rosak.

biasa kalau kena serang penjenayah perogol pukul tekup telinga penjenayah bagi paralyze bahagian telinga.
Quote puracendana 9-3-2020 05:41 PM
mizzmimi replied at 9-3-2020 04:52 PM
Abang jenis baran & adik kaki provoke?

Orang belah2 utara klu abang2 tu mmg tahap baran macam haper je

Klu adik pompuan suka melawan memang dia pelupuh cukup2 .. lagi lagi kalaubkeluar dia dgn jantan .. perangai macam apa jer
Quote nono86 9-3-2020 06:18 PM
Kesian.. Kalau adik cakap tak helok pukui ja mulut.. Tapi tak pukul lagi bagus.. Mentang kau jantan, rase hebat la dapat belasah pompuan.. Gagah perkasa
Quote Kiah.comei 9-3-2020 06:20 PM
Boleh sembuh tak gegendang telinga tu? Kesian pulak adik tu.
Quote sukacactus 9-3-2020 07:25 PM
Tudia! Teruk dia kena kompang!
Quote Tinot7 9-3-2020 07:33 PM
CiliPadiSedap replied at 9-3-2020 05:31 PM
lempang pecah gendang telinga ada dua satu sebab angin xkeluar dari telinga tekup kedua sebab pukula ...

kaka... kalau dah cinonet, mana nak sampai telinga org yg menyerang. umpama kucing munchkin nak cuba pukul kucen maine coon.
https://images.app.goo.gl/dt4jqUmfpPsnoHvP9

Quote CiliPadiSedap 9-3-2020 07:51 PM
Tinot7 replied at 9-3-2020 07:33 PM
kaka... kalau dah cinonet, mana nak sampai telinga org yg menyerang. umpama kucing munchkin nak cu ...

sepak telur dan biji kelentit dia, nak2 lg yang berlakon jd perempuan
Quote Tinot7 9-3-2020 07:59 PM
CiliPadiSedap replied at 9-3-2020 07:51 PM
sepak telur dan biji kelentit dia, nak2 lg yang berlakon jd perempuan

@I.am.PH you dengar tak ckp kaka cps? dia bg pesanan utk org yg prasan jadik pompan.amik nota tau!


tengkiu kaka cps for the tips!
Quote I.am.PH 9-3-2020 08:05 PM
Kepada saudara saudari yang budiman, saya mohon maaf sekiranya saya terlihat kejam kerana tidak mengindahkan warga forum yang meninggalkan komentarnya di #14. Justeru saya berniat baik kerana saya melaksanakan program detox kepada yang berkenaan bagi mengurangi obsesif beliau terhadap saya. Saya khuatir akan tahap kesihatan mindanya yang terlalu obsesifkan perhatian dan layanan saya. Bolehlah saudara saudari lihat sendiri posting beliau di thread saya, sungguh merisaukan. Walaubagaimanapun, setiap posting saudara saudari sangat saya hargai. Marilah sama-sama kita mendoakan agar warga forum #14 segera memperoleh kesembuhan.

Quote Tinot7 9-3-2020 09:32 PM
I.am.PH replied at 9-3-2020 08:05 PM
Kepada saudara saudari yang budiman, saya mohon maaf sekiranya saya terlihat kejam kerana tidak meng ...

Untuk pengetahuan poremers, ayam ph ni nak menghasut chuols. Dia stalk @sarah82
ayam ph ni mmg gila dan saiko. Bila org reply kat benang dia, dia kata kitorang fans dia. Dah suruh dia pi jumpa doktor psikiatri, tapi tanak juga walopon dia delusional.
Dia ngaku dia ni pompan, tapi ada org pecahkan tembelang dia: rba dap lelaki.
Baik abaikan mamat saiko ni
Ni gambar dia kat benag sebelah
Quote sarah82 9-3-2020 09:36 PM
Tinot7 replied at 10-3-2020 01:32 AM
Untuk pengetahuan poremers, ayam ph ni nak menghasut chuols. Dia stalk @sarah82
ayam ph ni mmg gi ...

Hahahaha.. Dasyat betul..
Quote Tinot7 9-3-2020 09:37 PM
sarah82 replied at 9-3-2020 09:36 PM
Hahahaha.. Dasyat betul..

Kat benang sebelah, dia tak habis2 nak menghasut dan delusional...
Saiko yg taknak pi berubat.
Quote sarah82 9-3-2020 09:39 PM
Tinot7 replied at 10-3-2020 01:37 AM
Kat benang sebelah, dia tak habis2 nak menghasut dan delusional...
Saiko yg taknak pi berubat.

Hahaha tu la aku baca.. Kesian betul
Quote Tinot7 9-3-2020 09:41 PM
sarah82 replied at 9-3-2020 09:39 PM
Hahaha tu la aku baca.. Kesian betul

Kalau betul dia pompan, musti dia nafikan, betul tak?
Patut la aritu dia ngaku pi 'main-main' beronggeng sakan samapai pukul 3 pagi kat bukit bintang, selamber jer.. iols pelik. Rupanya laki2 yg nak ngaku pompan tak tahu malu.
Ntah2 dia pompan berloceng kaa, laki transgender kaa.. iols tak tau la..

Lihat semua komen(59)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top