Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Tak Sangka, Abang Kuat Sembahyang," Bunuh Dan Simen, Adik Suspek Buka Mulut

intan|9-3-2020 11:50 AM Komen: 188
Semalam, seorang lelaki berusia 25 tahun telah ditahan pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan ngeri di Kepala Batas.

Suspek telah dikatakan membunuh mangsa dan menyumbat mangsa ke dalam satu tong sebelum disimen.

Kredit foto: Carian Google
Menurut laporan Astro Awani, adik suspek yang dikenali sebagai Nazir telah memberitahu bahawa dia dan keluarga sangat terkejut sebaik sahaja dimaklumkan oleh ibunya mengenai kejadian ini.

Ini kerana, suspek dilaporkan mempunyai perwatakan sangat baik dan 'kuat agama'. Nazir juga menceritakan bahawa ketika hari kejadian, hanya suspek dan mangsa sahaja yang berada di rumah dan ibu dan seorang lagi adik pada ketika itu berada di Melaka kerana mempunyai urusan lain.

Kredit foto: Carian Google

Nazir juga memaklumkan bahawa memang kedua-dua mereka sering bertengkar antara satu sama lain dan pada kebiasaannya, si mangsa yang sering memulakan dulu. Menurut sumber, mangsa juga dikatakan pernah menjalani program pemulihan akibat ketagihan dadah.

"Saya terkejut dan tak sangka abang (suspek) jadi pembunuh kerana dia seorang yang baik dan kuat agama," ujarnya.

Menambah spekulasi, Nazir berkata kejadian itu mungkin terjadi ketika suspek cuba mempertahankan dirinya daripada menepis parang yang dilibas mangsa sebelum dia tidak sengaja menetak bahagian leher mangsa.

Kini, keluarga mangsa menyerahkan penyiasatan sepenuhnya kepada pihak polis. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
1
0
1
Komen: 188
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nononcrux 16-3-2020 01:19 PM
asudau replied at 9-3-2020 04:28 PM
si perlaku pun satu..kalau kata ter "bunuh" si mati sebab nak pertahankan diri...tak payahlah sorok  ...

dalam keadaan panic mmg tak boleh nak pk positif, lagi kes bunuh..
bayangkan kalau ko kena ragut rentap, ade 1 perasaan yg ko tak kan jangka berlaku dlm diri sndri..
kita tengok, kita boleh ckp kalau aku buat balik mcm tu, buat mcm ni (org kata cepat bertindak)..
tapi bila ada dlm situasi, perasaan kaku/ cemas mesti berlaku..

Lain-lain Komen

Quote delsmomm 8-3-2020 01:14 PM
baru nak tanya..

skali kat loqstaq...huhuuu
Quote BomBoLoniS 8-3-2020 01:15 PM
ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki ditemui dalam tong air yang disimen di tepi rumahnya, dipercayai mangsa bunuh adik sendiri dalam kejadian di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas di sini, pagi tadi.

Mayat Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, ditemui jam 7 pagi tadi susulan penahanan suspek yang sedang tidur di rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad, berkata siasatan awal mendapati, suspek menceritakan apa yang berlaku kepada seorang lagi abangnya.

Katanya, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk sebilah pisau dan kereta sorong yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Mangsa tidak bekerja manakala suspek bekerja sebagai penjual ayam goreng.

Berdasarkan siasatan awal, motif kejadian disebabkan baju yang diberi teman wanita suspek sering dipakai si mati.

Perkara itu menyebabkan adiknya berang tetapi siasatan masih dijalankan, katanya.

Sapii berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata, mayat mangsa berserta tong berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Sumber : BH
Quote nuryakmal 8-3-2020 01:16 PM
Pasal baju gf bagi mati abg sendiri.
Quote Firenzza 8-3-2020 01:19 PM
Pakai baju gf hadiah pun kena simen? Lain la klau pkai gf ada la logik sket
Quote edee_91 8-3-2020 01:20 PM
Edited by edee_91 at 8-3-2020 01:21 PM

SAYA terkejut dan tak sangka abang jadi pembunuh kerana dia seorang yang baik dan berpendidikan agama.

Saya tidak tahu apa punca menyebabkan dia membunuh abang tiri sebelum bertindak memasukkan mayat ke dalam tong dan menyimen, kata Mohd Nazir Azami, 24.

Dalam kejadian 7 pagi itu, polis menahan lelaki yang dipercayai adik kepada si mati berusia 34 tahun dan menemui mayat mangsa di dalam tong air biru di tepi rumah di Kampung Padang Hassan, Alor Setar, hari ini.

Menurutnya, ketika kejadian hanya mereka berdua tinggal di rumah itu kerana ibu mereka, Jah Chik, 50-an dan seorang lagi adik ke Melaka kerana mempunyai urusan.

Katanya, abangnya iaitu mangsa (si mati) sebelum ini pernah menjalani pemulihan akibat dadah manakala suspek pula bekerja sebagai peniaga ayam.

Katanya, si mati adalah abang seibu dengan mereka tetapi berlainan bapa manakala suspek pula adalah abang kandungnya.

Mereka selalu juga bertengkar tetapi biasanya mangsa yang mulakan dulu, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Padang Hassan, Rahanah Ismail berkata, semalam suspek ada menghantar tempahan ayam goreng kepadanya tetapi dia kelihatan biasa saja.

Katanya, dia mengenali suspek seorang yang sangat baik tetapi tak sangka kejadian itu berlaku.

Saya terkejut apabila dimaklumkan ada kes pembunuhan di kampung ini dan bertemu dengan suspek seperti biasa walaupun kejadian bunuh itu berlaku sejak Jumaat lalu, katanya.




Quote Syd 8-3-2020 01:22 PM
tak tahu guna berapa banyak kampit simen
Quote chinta89 8-3-2020 01:25 PM
Mangsa tidak bekerja manakala suspek bekerja sebagai penjual ayam goreng.


yeke ayam goreng korang yg beli tu duk ngappppppppppppppp
Quote edee_91 8-3-2020 01:30 PM
melayu dan simen berpisah tiada. eh aik?
Quote sarah82 8-3-2020 01:31 PM
Kepala batas... Tak jauh la.. Dok tengah2 antara alor setar dan jitra.
Quote any42 8-3-2020 01:34 PM
Edited by any42 at 8-3-2020 01:36 PM

abgnya xkje dia yg kje. sblum ni pun slalu bgaduh. ni agknya kes mkn hti dah lama simpan skli mletup trus smpai thap bnuh dsimen bagai. ke mangsa ad provoke ape2 smpai suspek hilang ptimbangan.

kesian mak hilang dua anak skligus. kesian gf msti xsngka bf jd pmbnuh. xdpt kak rahanah mkn aym greng deliver dpn pintu
Quote myoujin 8-3-2020 01:35 PM
chinta89 replied at 8-3-2020 01:25 PM
yeke ayam goreng korang yg beli tu duk ngappppppppppppppp

Ingat paha ayam cam paha manusia ke hahaha..
Lain la dia jual daging salai
Quote pagaruyung 8-3-2020 01:36 PM
Kes sama tapi bukan dia
Quote edee_91 8-3-2020 01:38 PM
any42 replied at 8-3-2020 01:34 PM
abgnya xkje dia yg kje. sblum ni pun slalu bgaduh. ni agknya kes mkn hti dah lama simpan skli mletup ...

kak rahanah tu sapa pulak?

Quote September14 8-3-2020 01:39 PM
Dah lama bengang la tu...
Quote chinta89 8-3-2020 01:39 PM
myoujin replied at 8-3-2020 01:35 PM
Ingat paha ayam cam paha manusia ke hahaha..
Lain la dia jual daging salai

uols skg ni org jual ayam goreng, org jual bahagian isi. buat kecik2 rm1 atau rm2.


Quote any42 8-3-2020 01:42 PM
edee_91 replied at 8-3-2020 01:38 PM
kak rahanah tu sapa pulak?

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Padang Hassan ?? dlm artikel u share tu kn
Quote dua_chzy 8-3-2020 01:44 PM
Amboi ko inspired by kes mendiang Kevin Morais sangat.
Quote ronin 8-3-2020 01:46 PM
Mungkin bukan sebab baju jer kot? Duit dlm poket, bawah bantal, bawah tikar selalu hilang..tu yg meletup tu..maklumlah mangsa tak bekerja.

Kejadian ni berlaku mungkin disebabkan kemarahan yg terkumpul lama..
Quote edee_91 8-3-2020 01:46 PM
any42 replied at 8-3-2020 01:42 PM
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Padang Hassan ?? dlm artikel u share t ...

eh sorry terlepas pandang.

Lihat semua komen(188)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top