Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Mar
05

Game Monster, realme C3 Baharu Jadi Siulan Kaki Game!

5-3-2020 11:25 AM| Komen: 12

realme Malaysia melancarkan produk terbarunya, realme C3 dengan ketersediaan realme UI baharu yang diperkenalkan memberi rasa premium pada pengguna.


Kredit foto: IG

Kelebihannya bukan pada harga dan rekaan semata-mata, sebaliknya empat ciri utama iaitu Prestasi, Bateri, Paparan dan Kamera. 

Kami mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna yang mahukan realme UI dan Android 10 di dalam satu model. Kemasukan realme C3 adalah jawapannya. 

"Malah, ianya juga model pertama dalam segmen yang menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G70 yang kuat dan pantas, sekali gus menjadikan impian pengguna tegar media sosial dan mobile gamers satu kenyataan," kata Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh.


Tiffany Teh (dua dari kiri)


Ada apa dengan empat ciri utama realme C3?

Triple Camera, Game Monster

Model ini dilengkapi tiga kamera utama iaitu 12MP+2MP+2MP. Manakala, kamera utama belakang mempunyai aperture bersaiz F1.8 yang berupaya mengezum sehingga empat kali selain menyokong autofocus PDAF. 

Ia menghebatkan lagi kualiti gambar yang kelihatan jelas sama ada pada siang hari, keadaan cahaya rendah juga pada persekitaran gelap. 

Bagi kamera makro dengan saiz lensa 4CM, berupaya memberi gambar yang lebih terperinci apabila pengguna mengambil gambar objek yang sangat kecil juga menyokong fungsi bokeh. 

Selain itu, ia didatangkan dengan mod potret dan rakaman video slow motion serta Chroma Boost yang mengembalikan kecerahan dan warna, memberikan rangkaian dinamik, kontras skrin dan warna terang yang lebih baik.


Reka Bentuk dan Paparan

realme C3 dilengkapi dengan paparan terbesar bagi segmen ini dengan paparan mini drop 6.5" HD+ yang 30.9 peratus lebih kecil daripada dewdrop biasa, juga nisbah skin badan pada 89.8%. Ini membuatkan tontonon video dan main game lebih mengujakan.


Prestasi Terbaik Bagi Kelasnya

Model realme C3 adalah telefon pertama di dunia dengan cip pemproses MediaTek Helio G70 selain mempunyai Teknologi Permainan MediaTek untuk mengoptimumkan latensi rangkaian. 

Ia juga mempunyai dwi-Wi-Fi yang memberi sambungan jalur lebar lebih pantas dan lancar serta slot kad triple dengan slot dual SIM dan slot kad SD yang boleh ditambah sehingga 256GB.


Bateri

Dilengkapi bateri sebesar 5000mAH, realme C3 membantu anda menikmati hiburan tanpa had, berbual selama berjam-jam, mendengar muzik, bermain permainan dan menavigasi perjalanan jauh tanpa sebarang gangguan. 



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan promosi realme Malaysia, ikuti kami di halaman Facebook dan Instagram.




Jenama realme telah diangkat sebagai salah satu jenama Global TOP 7 Smartphones bagi suku ketiga (Q3) tahun 2019 dengan pengguna berdaftar mencapai 17 juta dalam tempoh hanya setahun, menjadikannya jenama paling pesat berkembang. 

Selain itu, realme telah berkembang secara global ke lebih 20 buah negara seperti China, India, Asia Tenggara, Eropah, Rusia, Pakistan dan Afrika termasuk Mesir. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sarah82 3-4-2020 04:28 PM
CiliPadiSedap replied at 6-3-2020 12:19 PM
Nape xbagus ke realme? Ce cerita.. kaka tengah korek tabung vokuru untuk beli ponsel

Baru nampak.. Oppo ni kita delete gambar.. Deep clean pun ada lagi.. Lps tu walaupun kita pun transfer data ke memory card supaya tak berat phobe.. Still ada kat ram.. Jadi mmg x nak beli oppo dah.. Hahaha

Lain-lain Komen

Quote Kurex 5-3-2020 11:41 AM
harga berapa?
Quote Boomibulat 5-3-2020 12:13 PM

kat atas tulis rm499..murah x sampai 500
Quote Kurex 5-3-2020 12:18 PM
Boomibulat replied at 5-3-2020 12:13 PM
kat atas tulis rm499..murah x sampai 500

thanks boomi..  syg kau
Quote Boomibulat 5-3-2020 12:20 PM
Kurex replied at 5-3-2020 12:18 PM
thanks boomi..  syg kau

kalau syg belanja la hp tu sebijik dua..
Quote husna_amal 5-3-2020 12:33 PM
bateri mantap tu 5000mAH
Quote Kurex 5-3-2020 12:34 PM
Boomibulat replied at 5-3-2020 12:20 PM
kalau syg belanja la hp tu sebijik dua..

kiss aku dulu
Quote sarah82 5-3-2020 12:42 PM
Bateri ok.. Tapi aku dgn sub oppo tak nak laaa
Quote giyomi 5-3-2020 08:39 PM
storan and ram piroh yer, napa tak di nyatakan???
Quote CiliPadiSedap 6-3-2020 08:19 AM
sarah82: Bateri ok.. Tapi aku dgn sub oppo tak nak laaa

Nape xbagus ke realme? Ce cerita.. kaka tengah korek tabung vokuru untuk beli ponsel
Quote LemangGoreng 30-3-2020 02:05 PM
murah jgk ni, aku kaki game mmg bnyk game xblh main kalo phone xpower
Quote Hizert 3-4-2020 04:09 PM
Main game syok ni.. Camera dia je kurang sebab mmg fokus gaming punya.
Quote sarah82 3-4-2020 04:28 PM
CiliPadiSedap replied at 6-3-2020 12:19 PM
Nape xbagus ke realme? Ce cerita.. kaka tengah korek tabung vokuru untuk beli ponsel

Baru nampak.. Oppo ni kita delete gambar.. Deep clean pun ada lagi.. Lps tu walaupun kita pun transfer data ke memory card supaya tak berat phobe.. Still ada kat ram.. Jadi mmg x nak beli oppo dah.. Hahaha

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top