Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Diculik Konon, Gadis Pakat Dengan 2 Lelaki Minta Ibu Serah RM10,000

3-3-2020 12:06 PM Komen: 19
Gadis berusia 19 tahun tergamak menipu dan melakukan pemerasan wang terhadap ibu kandung.

Berita Harian melaporkan, gadis itu dipercayai berpakat dengan dua lelaki dan ketiga-tiga mereka ditahan dalam serbuan di laluan keluar Plaza Tol Senai Utara di Johor Bahru, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, ibu gadis berkenaan kemudian membuat laporan polis mendakwa menerima panggilan telefon daripada anaknya yang kononnya ditahan lelaki tidak dikenali di sekitar Senai.


Gambar hiasan

Katanya, dia diminta anaknya untuk menyerahkan RM10,000 jika mahu melihat gadis itu selamat.

Remaja terbabit disyaki berpakat dengan suspek dan memaksa ibunya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun seorang daripada suspek.

Ibu gadis itu memenuhi permintaan terbabit demi keselamatan anaknya. Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menahan sebuah kereta jenis Honda dan menahan tiga individu berusia antara 19 hingga 57 tahun, katanya.

Semakan bagaimanapun mendapati kesemua suspek tiada rekod jenayah.

Tambah Tok Beng, kes disiasat mengikut Seksyen 384/182 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 19
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Cassieopeia 3-3-2020 06:09 PM
tak pasal je masuk penjara ko dek

Lain-lain Komen

Quote Bujat 3-3-2020 12:07 PM
Sundalnya kau dekkk
Quote manehnya 3-3-2020 12:25 PM
Dah kantoi jenuh menjawab laaaa dik
Quote kakyungpilah85 3-3-2020 12:29 PM
Sundal, gatal merela ko kan dekkk... Sampai betul hati ko kenakan mak ko sendiri tegah dek jantan.. Tu mesti pakwe ko tu kan ngan bapak dy.. Gatal betul puk* ko
Quote Artemesiaa 3-3-2020 12:34 PM
Pasti dia akan menyesal dengan tindakannya tu suatu hari nati
Quote Izumieza 3-3-2020 01:03 PM
Berani ko main prank2 dengan mak ko ye.. kan dah mendapat!! Pendek akal sungguh
Quote haryatie 3-3-2020 01:14 PM
keje yg sia2
mcm mana bleh terjebak dgn pakwe yg x berguna
Quote Boomibulat 3-3-2020 01:17 PM
Birahnya kau dekkkk...
Quote buapakperut 3-3-2020 02:02 PM
anak kerak ke apa ni..
Quote addved 3-3-2020 02:07 PM
Anak derhaka sungguh.
Quote any42 3-3-2020 02:18 PM
wow. ni kes nk lari dgn bf ke nk enjoy bjimbarama dgn bf. xmenahan tu dok mintak duit mak. xmalu eh? bodoh tul ko dik jantan sengkek pun ko hadap.
Quote Supersirap 3-3-2020 02:36 PM
Semoga sipelaku insaf dengan perbuatan tersebut dan seterusnya dapat ditangkap oleh pihak berkuasa
Quote saviour_09 3-3-2020 02:38 PM
BODO

tak pasal2 ke dalam

10k tu berapa minit je habis dik
ko ke dalam makan tahun la kalo sangkut

Quote husna_amal 3-3-2020 02:40 PM
sebelum2 ni pun ada perempuan buat macam ni kononnya diculik.
Quote damsel_fiji 3-3-2020 02:40 PM
birahnya kau dekk
Quote belilies 3-3-2020 03:23 PM
Eww sampai umur 57 yg bsubahat. Ada org tua pun tak guna, blh2 lagi suh bank in. Anak sapelah ni.
Quote tagas 3-3-2020 04:14 PM
takde sakit carik penyakit
Quote rospinki 3-3-2020 04:17 PM
jadi mak zaman now kena peka
jadi penyiasat dan pakar saikoloji
tak pasal-pasal kawan2 dia kena call satu aku siasat.

anak hantar emoji marah...eee mak ni
Quote rospinki 3-3-2020 04:18 PM
masalahnya anak tak pernah bagi nombo kat aku
aku bole detect...haaa
Quote Cassieopeia 3-3-2020 06:09 PM
tak pasal je masuk penjara ko dek

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top