Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Cabaran Mengarut!" - Youtuber Dikecam Edar RM10 Ribu Di Hadapan Istana Negara

28-2-2020 11:02 AM Komen: 30
Umum pasti sudah maklum sekarang ini ramai Pengamal media hari ini berkumpul di hadapan laluan pintu utama Istana Negara di sini bagi membuat liputan mengenai kemelut penubuhan kerajaan baru. 

Sehingga semalam ia masih lagi belum selesai dan semua media terus berkampung di beberapa tempat tumpuan bagi mendapatkan perkembangan terkini proses peralihan ini.

Dalam pada media terus mendapat pelbagai  bantuan dari pelbagai pihak, ada pula Youtuber turut mengambil kesempatan muncul di situ dengan tujuan untuk memberi RM10, 000 dalam bentuk wang kertas RM1 kepada setiap wartawan di situ.

Kredit Foto - Twitter Isa Isarb


"Semalam Agong beri McDonalds, hari ini KFC, jadi hari ketiga Isa Isarb 
nak habiskan RM10,000 (dalam bentuk RM1) depan istana,"


Sebaik saja tiba di Istana Negara, Isa dan rakan-rakannya telah mengedarkan RM1 tersebut kepada orang awam termasuklah golongan wartawan, jurugambar dan jurukamera yang bertugas di perkarangan istana tersebut.

Namun belum sempat selesai mengedarkan wang tersebut, Isa dan rakan-rakan dihalau pihak berkuasa yang curiga dengan tindak tanduk mereka.


Walaupun Youtuber ini ada menjelaskan yang perkara yang dia lakukan tu sekadar for fun namun pihak berkuasa bertegas mahu mereka meninggalkan kawasan berkenaan.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang tak setuju langsung dengan apa yang dilakukan Youtuber tersebut kerana apa yang dilakukannya ini dianggap sebagai satu cara untuk mengumpul views dan subscribers tanpa memikirkan undang-undang dan keselamatan langsung.


Kredit Foto - Twitter Isa Isarb

Lebih baik duit sebanyak itu diberikan pada yang betul-betul memerlukan. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 30
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote renko 29-2-2020 03:32 PM
si sakai mamak ni memang bajet bagus je
pastu yg sakai2 lain pi bg dia popular

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 28-2-2020 11:10 AM
LHDN... sila jalankan tugas anda
Quote sarah82 28-2-2020 11:23 AM
Perghh.. Byknya duit.. Sbb tu ramai nak jadi youtuber
Quote Kurex 28-2-2020 11:23 AM
leluhur kan...  tapi kalau nak bagi kurex, malam ni kurex free je.. boleh tepuk2 sambil tu
Quote brego 28-2-2020 11:26 AM
youtuber ni cari cheap publicity.
semata2 nak kumpul channel follower
dia ingat ni acara sarkis agak nya.
Quote RumiMenari 28-2-2020 11:37 AM
Ingat apa yg jadi ni benda kelakar ke.. dasar %̦С ...
Quote paz 28-2-2020 11:43 AM
Motif nak dapat follower ramai lg ke? Alahai kena lah bijak juga.
Quote Skuau 28-2-2020 12:09 PM
ari ni jumaat..mai la sedekah kat masjid...
Quote Artemesiaa 28-2-2020 12:12 PM
Gila perhatian je gigih buat benda macam ni bukan ikhlas nak menghulurkan pun
Quote haryatie 28-2-2020 12:19 PM
ntah apa2 jerk
ingat tok alip yg buat
rupa nya ada jugak org lain yg lbih kurang tok alip
Quote meow_tompok 28-2-2020 12:29 PM
kang org report yt channel dia baru tau kena gantung dgn youtube

(off topic)
aritu ada youtuber buat video ulasan channel alif sukri tu kena gantung dgn youtube sbb ramai org report. Aku baca ramai yg komen, channel alif sukri tu ramai lgbt follow
Quote Izumieza 28-2-2020 12:34 PM
Ramai betul manusia yg gilakan perhatian sekarang ni.. eh.. kau sekolah ke tak? Nak buat apa2 tu boleh fikir pakai otak tak.. otak ade ke tak.. ke dah kena makan dgn zombie
Quote missDollie 28-2-2020 01:21 PM
Ini jadi bila budak wechat beralih ke youtube.. Content youtubers sekarang mengarut nak mampus. Banyak buat challenge yang bodoh pulak tu. Dulu2 punya youtubers pun ada jugak content bodoh tapi tak se'daring' sekarang. Sekarang ni habis diorang redah. Start dari youtubers oversea la ni konon buat experimental bagai sekarang bbnu dekat malaysia tiru main redah je sampai hilang dah moral. Yang buat content budak2 pun korang kena perhatikan anak2 kalau menonton. Ni sebab takde pemantauan mak bapak la kot ni sampai jadi macam ni.
Quote any42 28-2-2020 01:35 PM
ok nextttt.. sape lg agknya nk dtg mnghulur. xsabar nk tgk. -.,-
Quote husna_amal 28-2-2020 03:14 PM
kayanya youtubers Malaysia ni
Quote hasniey 28-2-2020 03:20 PM
Dia bg seikat sorg ke singgit sorg.kalau singgit sorg xkan la ada 10k manusia kt situ?
Quote ally9970 28-2-2020 03:31 PM
Kalau dah bodoh tak reti nak simpan..
Quote Kenabertaubat 28-2-2020 03:49 PM
Banyak sangat ke youtube bayar dia sampai nak habiskan 10k?
Quote Meiizu 28-2-2020 03:52 PM
reporter kat situ dtg buat keje..yg korang jadikan depan istana tu tapak pasar malam dah kenapa?
istana plisss shohhhshoohhh smua orang kat situ
Quote azimodin 28-2-2020 04:02 PM
Clout chaser, esok muncul la spesis jake/logan Paul & iamjaystation kat Malaysia ni

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top