Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mayat Isteri Dah Reput, Suami Pula Hilang

26-2-2020 05:54 PM Komen: 6
Mayat wanita dipercayai warga Filipina ditemui sudah reput dan juga berulat dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Arang, Lorong Kijang 1 dekat Tawau malam tadi. 

Mangsa, Maria Abdullah, 23 ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai adalah isteri kepada seorang pekebun di situ. 

Suaminya dikatakan keluar mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu, namun dalam masa sama, lelaki itu kini gagal dikesan. 

Kredit foto: Harian Metro

Lokasi mayatnya ditemui kira-kira 200 meter dari kawasan penempatan penduduk. Tiada senjata atau objek mencurigakan ditemukan di lokasi.

Pemeriksaan di kediaman mangsa juga mendapati tiada kesan pergelutan dan keadaan dalam rumah teratur, kata Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Dalam pada itu, suami mangsa turut gagal dihubungi oleh pihak berkuasa selepas dia dikatakan keluar mencari isterinya pada 22 Februari lalu. 

Mayat wanita itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besar Tawau untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) tetapi polis sedang giat mengesan suami mangsa bagi membantu siasatan, katanya. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 6
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote shark_eow7 27-2-2020 11:43 AM
muda lagi baru 23 tahun...

Lain-lain Komen

Quote epuepy 26-2-2020 06:47 PM
Sian nye.. Ntah laki sendiri pn kena bunuh jgk. Sekian edisi speku
Quote EvieWanKenobi 26-2-2020 07:22 PM
sampai mereput..
Quote Sham143 27-2-2020 01:21 AM
Sama ada suaminya kena bunuh disebabkan dendam atau suaminya yg membunuh.. lps tu buat2 cari isteri nk tutup cerita..pun tk mustahil juga..
Quote kenarikelabu 27-2-2020 09:03 AM
Ni mmg kena la dgn ayat 'mereput lah kau di situ'...
Quote husna_amal 27-2-2020 09:34 AM
Suami mangsa hilang jejak sebab bersembunyi ke apa ni.
Quote shark_eow7 27-2-2020 11:43 AM
muda lagi baru 23 tahun...

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top