CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Isteri Dedah 10 Tanda Sebelum Abam Bocey Meninggal Dunia

25-2-2020 11:44 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13357| Komen: 47|Original author: Oleh: Saiful

Description: Kehilangan Abam Bocey memang benar-benar memberi kesan kepada industri hiburan tanah air.
Kehilangan Abam Bocey memang benar-benar memberi kesan kepada industri hiburan tanah air.

Rakan artis, peminat, keluarga semua merasai kesedihan.


Foto: IG
Meninggal pada 10 Februari lepas, balu Abam Siti NurHidayah Mohd Ali, 28 berkongsi kepada Gempak tanda-tanda sebelum pelawak itu meninggal dunia.

Kata Hidayah, sebulan sebelum 'pergi', Abam nak balik ke kampung mentua untuk makan beramai-ramai.

Biasanya kalau masa makan, arwah akan berada di meja makan tapi masa itu dia nak makan sekali bersila di bawah. Pucuk ubi yang dimasak isterinya dimakan juga walaupun keras.

Foto: IG

Selain itu arwah Abam juga pernah kata dia tak pernah jemu dengan masakan Hidayah dan minta dimasakkan telur dan sayur-sayuran setiap hari.

Arwah juga membawa Hidayah dan Hamzah ke mana sahaja dia pergi. Sampai reharsal MLM pun di Johor pun dia bawa. Sebelum ini tak pernah dan ia merupakan kali pertama dan terkahir sepanjang perkahwinan mereka.

Arwah juga teringin makan asam pedas dan cendol. Nasib baik dapat merasa dan kena dengan tekak.

Pada Hari Jumaat sebelum meninggal, arwah ada berkata kepada kawan-kawannya, "kalau aku buat salah, aku minta maaf tau."

Malam sebelum tidur, arwah peluk Hidayah dan Hamzah sambil saling memandang dan berkata, "sayang kalau abang takda, jaga diri, jaga anak tau".


Foto: IG
Hari Sabtu, Abam demam dan sakit kepala. Hidayah masuk bilik dan Abam mengulangi pesanan yang sama.

Hari Ahad, arwah mengadu tak larat dan sakit kepala. Abam minta dimandikan dan kemudian makan nasi dan sup ayam bersama-sama.

Dalam pukul 2 pagi, arwah minta mandi sebab panas. Walaupun dalam keadaan sakit dia sentiasa tanya Hidayah okay atau tidak.

Foto: IG
Pukul 5 pagi, arwah cakap nak rehat dan kebetulan Hamzah merengek nak susu.

Arwah tidur di belakang Hidayah dan bila bangun Hidayah perasan hidungnya berbuih.

Al-Fatihah untuk arwah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan. -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
8

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 25-2-2020 11:55 AM
Al-Fatihah untuk arwah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.. aka Abam.
Quote annadonna 25-2-2020 12:04 PM
Sudah sudahlah tu cerita pasal abam semua dah tau and overrated dah. Kenang dalam doa cukuplah. Al fatihah
Quote Scheherazade 25-2-2020 12:09 PM
Al Fatihah
Quote zulka 25-2-2020 12:10 PM
arwah ayah aku dulu pun itu la perkataan terakhir diucapkan...'ayah nak rehat...' katanya
Quote addved 25-2-2020 12:46 PM
Alfatihah kepada Abam.
Sesetengah netezin ni kalau cerita pasal BCL ngan arwah Ashraf, laju je menerima dan puji, double standard sangat.
Quote msdummy.2018 25-2-2020 12:48 PM
annadonna replied at 25-2-2020 12:04 PM
Sudah sudahlah tu cerita pasal abam semua dah tau and overrated dah. Kenang dalam doa cukuplah. Al f ...

ok jer..lagipun benang ni xsama sblum ni..tajuk pn dh lain...so forrumers jg2 ya..jgn OT pasal pusaka2 ni.....sementara nk tunggu pengumuman tun...lmbt bebenor!
Quote pearl.silver 25-2-2020 12:49 PM
Pada i, Sangat sakit bg seorang isteri untuk mengenang saat2 akhir bersama arwah suami..
I pesan pd kkk i dulu.. Jgn biar terbit rasa menyesal atau terkilan atas apa je kekurangan kita rasa masa saat akhir tu, atas apa Perkara yg kita xsempat buat..

Alfatihah buat arwah2
Quote sweetfasha 25-2-2020 12:52 PM
Oklah dia nak citer masa masa akhir dia dengan suami.

kenangan akhir bersama arwah
Quote Suchi 25-2-2020 12:53 PM
Sedih baca ni kt astro gempak semalam. Doramg g umah dayah interbiu kan.

Sedih part abam asik nk dayah ngn anak dia ikut kemana g walopun lewat malam.
Pastu asik ulang masakan isteri dia tanpa jemu
Quote syakuntala 25-2-2020 12:53 PM
syg nya abam kat isteri dia.... harap dayah kuat semangat yer...
Quote nidzrain 25-2-2020 12:56 PM
Haih.. walaupun aku dah penah lalui apa yg dayah, bcl, nora, dll lalui ni, aku tetap rasa sayu baca cerita2 mcm ni.

orang kalau bercerai talak, rindu sikit2 masih boleh jumpa atau tgk dr jauh. bila bercerai mati mcm ni... Allah....

Semoga jgn la aku lalui lg hal yg sama.  
Quote raihaneem 25-2-2020 01:21 PM
Tolonglah jgn bg cheq menangih
Quote husna_amal 25-2-2020 02:37 PM
Em sedihnya baca..
Quote Cassieopeia 25-2-2020 02:46 PM
arwah memang baik dengan semua orgkan..alfatihah. moga dimudahkan urusan keluarga dia berbaik.
Quote Adm89 25-2-2020 02:49 PM
Semoga tabah dayah..
Quote mommymonster82 25-2-2020 02:50 PM
Good sharing .. Baru first dengar dari mulut dayah sebelum ni byk org lain yg share
Quote Pixiedust 25-2-2020 02:51 PM
Comey gambar kat sawah tu
Quote Sally6162 25-2-2020 02:58 PM
addved replied at 25-2-2020 12:46 PM
Alfatihah kepada Abam.
Sesetengah netezin ni kalau cerita pasal BCL ngan arwah Ashraf, laju je mene ...

Tak kot... dkt indon lg lah terang2 depa melahar.... kat sini masih sopan lagi ayat2 kt...
Quote intanazlynna 25-2-2020 03:04 PM
Al Fatihah Abam..

Keep strong Dayah <3

Lihat semua komen(47)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-7-2022 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.091616 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top