Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Lagu Dodoi Anak Berhantu, Apa Kisah Tragis Di Sebalik Lagu Nina Bobo?

25-2-2020 09:15 AM|Oleh: PDOT777| Komen: 21

KREDIT FOTO: The Amityville Horror 2005 in Hindi : End Scene [11] - YouTube

Pernah dengar lagu Nina Bobo? Katanya, lagu ini berkenaan lagu kematian. Betul ke?

Sebelum kita ke bahagian misteri, apa kata kita kenali dahulu lagu Nina Bobo ini. 

Nina Bobo merupakan sebuah lagu dari Indonesia yang menggunakan irama keroncong. Lagu yang dipopularkan Anneke Grönloh dan Wieteke van Dortini ini juga terkenal di luar Indonesia, terutamanya Belanda. Dan biasanya, lagu ini digunakan untuk menidurkan anak.

Dalam bahasa Indonesia, kata-kata yang digunakan dalam bait lirik lagu ini untuk menidurkan anak adalah nina-bobo(k) atau nina bobo. Kata kerja seperti "meninabobokkan" yang juga berasal dari lagu ini memiliki maksud "menyanyikan lagu untuk menidurkan". 

Berdasarkan lirik lagu, seekor nyamuk akan menggigit si anak jika tidak segera tidur.

Memetik sumber Wikipedia, terdapat beberapa versi lirik lagu Nina Bobo. Anda boleh tengok versi bahasa Indonesia di bawah:

Nina bobo oh nina bobo
kalau tidak bobo digigit nyamuk.
Marilah bobo oh nona manis,
kalau tidak bobo digigit nyamuk.

Kalau dalam bahasa Belanda pula, di bawah adalah versinya.

Slaap meisje, oh slaap, meisje (tidurlah gadis, o tidur, gadis)
als je niet gaat slapen, zul je door een mug gestoken worden. (jika kamu tidak segera tidur, kamu akan disengat seekor nyamuk)
Laten we gaan slapen, oh lief meisje, (tidurlah tidur, o gadis manis)
als je niet gaat slapen, zul je door een mug gestoken worden. (jika kamu tidak segera tidur, kamu akan disengat nyamuk)

Anda juga boleh melihat macam mana lagu ini dinyanyikan melalui video di bawah:



Hakikatnya, lagu ini ada menyimpan satu misteri yang terkenal. Kisahnya, Nina ialah nama manja untuk seorang anak berdarah campuran Belanda dan Indonesia bernama Helenina. 

Ibu Helenina, Mustika ialah seorang wanita Jawa dan penari profesional. Manakala, ayah Helenina, Van Rodjnik merupakan warganegara Belanda dan seorang komposer klasik.


Van Rodjnik (kiri), Helenina dan Mustika
KREDIT FOTO: MISTERI MENYERAMKAN di sebalik Lagu Nina Bobo - YouTube

Nina mengalami masalah susah tidur. Jadi, ibunya cuba untuk bersenandung ataupun menyanyikan irama lagu tanpa lirik untuk membantu Nina tidur. 

Ayahnya memberikan idea supaya senandung itu ditambah dengan lirik 'Nina bobo oh nina bobo. Kalau tidak bobo digigit nyamuk'. Rumah mereka pun memang banyak nyamuk, jadi idea terhasil di situ.

Cara ini berkesan dan Nina akhirnya mampu untuk tidur. Jadi, Nina bergantung kepada lagu ini setiap malam untuk membolehkannya tidur. 


KREDIT FOTO: Ternyata Ada Cerita Mistis, lho, di Balik Lagu Nina Bobo,  - blog.misteraladin.com

Pada suatu hari, Nina mula menderita satu penyakit pada tahun 1875. Dia mengalami demam yang teruk. Pelbagai ubat telah diberi, tapi tiada hasil.

Nina menderita selama tiga tahun. Selama itu jugalah, Mustika setia menyanyikan lagu Nina Bobo untuk anaknya itu supaya dia dapat melupakan kesakitannya dan terus tertidur.

Malang bagi pasangan itu apabila Nina meninggal dunia pada usia enam tahun pada 1878. 

Kejadian pelik mula disedari si ayah apabila kerap mendengar isterinya menyanyikan lagu Nina Bobo di bilik mandi.

Isterinya memberitahu bahawa dia mendengar suara mendiang anak mereka menjerit dari bilik mandi, jadi dia menyanyikan lagu itu untuk menenangkan 'Nina'. 

Katanya, setiap malam Mustika akan menyanyikannya sehingga dia sendiri meninggal dunia.

Apabila Van Rodjnik tinggal sendiri, dia pula dihantui suara tragis anaknya yang meminta lagu Nina Bobo dinyanyikan. Dia pun turut menyanyikan lagu itu setiap malam kerana diganggu setiap hari sehingga dia meninggal dunia. Penamat tragis untuk keluarga ini.

Ini cuma mitos. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
11
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
5
0
0
Komen: 21
Komen

Previous : Kurangkan Atau Anda Akan Menyesal Seumur Hidup!

Next       : Apo! Makanan Segera Beri Kesan Pada Testis?

Komen Terbaru

Quote puteribaya 27-2-2020 12:49 PM

terai je..mana tau suka

Lain-lain Komen

Quote husna_amal 25-2-2020 09:33 AM
lagu bobo dimana lagi berhantu sebenarnya
Quote Kenabertaubat 25-2-2020 10:01 AM
Redha jela anak dah takde. Kesian roh anak tu
Quote cikatilia 25-2-2020 10:05 AM
alahai seram nya tgk muka baby tuh
Quote KIM.K 25-2-2020 10:32 AM
Iols baca artikel ni tapi skip semua part lagu
Quote kucingitam 25-2-2020 10:44 AM
husna_amal replied at 25-2-2020 09:33 AM
lagu bobo dimana lagi berhantu sebenarnya

lagu bobo di mana dinyanyikan oleh hantu2 yang celaru..

Quote whadda 25-2-2020 10:54 AM
owhh gitu kesahnye walaopon tak penah dengar lagu ni.. nampak stress je muka orang dulu2 tangkap gambar.. relax2 tenang2 sambil senyum tak boleh ke
Quote Themilo 25-2-2020 11:01 AM
husna_amal replied at 25-2-2020 01:33 AM
lagu bobo dimana lagi berhantu sebenarnya

suara parau jaa yang nyanyi
Quote girlfridayz 25-2-2020 11:22 AM
orang dulu bergambar macam bergaduh.. macam kawen paksa pon ada. sorang pandang ke utara, sorang pandang ke selatan.. sorang pandang ke timur. kah kah. tapi sebbaikla takde photoshoot lepas dah meninggal ngeee tu lagi seram.
Quote any42 25-2-2020 11:28 AM
oh patut la dlu pnah tgk cter indon yg bwang putih blakon tu tjuk nina bobo la kot tp mmg cter horror.
Quote RatuDunia94 25-2-2020 12:31 PM
Mcm lah nyamuk x leh gigit masa tidur..
Quote Artemesiaa 25-2-2020 01:01 PM
Kesahnya patutlah sampai mereka ada buat filem seram guna lagu tu
Quote buapakperut 25-2-2020 02:02 PM
lagu ni na bobo tak tau,bobo dimana tau la yang penyanyi hantu tetek getah
Quote buapakperut 25-2-2020 02:04 PM
girlfridayz: orang dulu bergambar macam bergaduh.. macam kawen paksa pon ada. sorang pandang ke utara, sorang pandang ke selatan.. sorang pandang ke timur. kah kah ...

teringat iols bergambar masa kecik ade je yg tak kene, kejap perut kedepan macam boroi, sengaja sengih nampak gigi rompang,kadang baju kurung iols tuck in dalam dia punya kain. gambar masa kecik iol macam toyol je
Quote Sangkar_Emas7 25-2-2020 03:14 PM
Teringat lagu ulek mayang di ulek...i smpai skrg scary dga lagu tu.
Quote CikB 25-2-2020 05:41 PM
kalau difilemkan kisah nina ni best jugak
Quote lasagnaklcc 25-2-2020 10:48 PM
whadda replied at 25-2-2020 10:54 AM
owhh gitu kesahnye walaopon tak penah dengar lagu ni.. nampak stress je muka orang dulu2 tangkap gam ...

Sbb tu gambar dulu2 nampak creepy. Actually zaman tu nak capture gambar mmg lama. Jenuh nak senyum lama2.
Quote fifie_olin 26-2-2020 03:04 PM
awat muka omaknya sebegitu...lagi seram kot
Quote puteribaya 26-2-2020 04:29 PM
RatuDunia94 replied at 25-2-2020 12:31 PM
Mcm lah nyamuk x leh gigit masa tidur..

ada jer chuols kan..ni nyamuk edukated
Quote puteribaya 26-2-2020 04:31 PM
whadda replied at 25-2-2020 10:54 AM
owhh gitu kesahnye walaopon tak penah dengar lagu ni.. nampak stress je muka orang dulu2 tangkap gam ...

g la dengar kay utube..sayu dan serem

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top