CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Minta Teman Lelaki Sabotaj Kereta Untuk Bunuh Suami

24-2-2020 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3891| Komen: 20

Description: Seorang wanita di Singapura tergamak berkomplot dengan teman lelaki untuk membunuh suami dengan melakukan khianat terhadap kenderaannya.
Seorang wanita di Singapura tergamak berkomplot dengan teman lelaki untuk membunuh suami dengan melakukan khianat terhadap kenderaannya.

Amanda Yeo Pei Min, 27, menyuruh Leong Wei Guo, 25, untuk 'mengusik' tayar dan brek kereta Honda Odyssey milik suaminya dengan harapan lelaki itu maut akibat kemalangan.



Kredit foto: The New Paper

Lebih menyedihkan, dia tidak kisah jika perbuatannya itu membahayakan nyawa anak-anak.

Bagaimanapun, rancangan mereka membunuh Walter Ting Yong Chin, 28, gagal selepas saksi di tempat kejadian menghubungi polis melaporkan mengenai tindakan mencurigakan Leong di sebuah tempat letak kereta bertingkat.

Memetik The New Paper, Amanda dan Leong pada Khamis mengaku bersalah berkomplot untuk mencederakan Walter.

Amanda yang juga pembantu tadbir didakwa bersubahat merancang pembunuhan, manakala Leong didakwa melakukan percubaan membunuh.


Difahamkan, Ting yang juga pemandu Grab dan Amanda berkahwin pada September 2011 dan memiliki dua anak sebelum wanita itu kantoi curang bersama lelaki yang dikenalinya menerusi Facebook.

Ketika perkahwinan mereka semakin goyah, hubungan Amanda dan Leong semakin intim sehinggalah mangsa ingin menceraikannya.

Tidak tahan dengan pertengkaran yang sering berlaku berhubung pembahagian harta sepencarian dan hak penjagaan anak, Amanda memutuskan untuk membunuh Ting.

Pada Januari 2018, pasangan kekasih itu merancang untuk memotong wayar sistem brek anti-kunci (ABS) dan memasukkan paku ke dalam tayar kereta mangsa.

Kata Amanda yang mengandungkan anak Leong, hanya kematian Ting dapat membuat dia bahagia, mendorong lelaki itu melakukannya untuk membuktikan cintanya. 

Bagaimanapun, gerak-geri Leong yang mencurigakan disedari saksi yang kemudian memaklumkan kejadian kepada polis.

Lelaki itu ditahan selepas gagal memberi penjelasan mengenai kehadirannya di tempat letak kereta berkenaan pada awal pagi 11 Januari.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima bukan ke atas Amanda dan empat bulan penjara terhadap Leong. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Kurex

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 24-2-2020 12:40 PM
Nak buat pun tak tgk kiri kanan haha
Quote jazaa100 24-2-2020 12:41 PM
Lima bln je?.....

Klu mangsa mati.....sia sia je....
Ni bangsa yg piro piro agung agungkn sangat....
.
Quote JohnnyLever 24-2-2020 12:49 PM
tidak silap aku di Amerika pun ada, masuk dalam berita dokumentari jenayah di youtube.
Quote sarah82 24-2-2020 12:49 PM
Perfhhh.. Tahap berebut harta versi cina agak dasyat....hahahaha.. Bangsa apa pun ada spesis tamak.

Quote bloodyamuk 24-2-2020 12:54 PM
jazaa100: Lima bln je?.....Klu mangsa mati.....sia sia je....Ni bangsa yg piro piro agung agungkn sangat.....



dah hilang si pyro tu ek...dasar macai politik
Quote husna_amal 24-2-2020 12:57 PM
Nasib terkantoi awal.
Quote Xim 24-2-2020 01:17 PM
Buruknye dedua done #physicalshaming
Quote sarah82 24-2-2020 01:50 PM
bloodyamuk replied at 24-2-2020 12:54 PM
dah hilang si pyro tu ek...dasar macai politik

Nanti dia ratib BMF
Quote asyriqa 24-2-2020 02:12 PM
Aiyoo dua2 hodoh..ini la kata org dah la rupa hodoh perangai pun burok
Quote buapakperut 24-2-2020 02:51 PM
busuknya muka dedua. macam toye tai hati busok
Quote chicozinn 24-2-2020 03:37 PM
dedua muka cam selipar pun nak curang..
Quote gideoncross 24-2-2020 03:46 PM
CCTV everywhere, skrg mndptlh korg, pdn muka dua2.
Quote Deidra 24-2-2020 04:07 PM
Aku membayangkan yang perempuan paling tidak persis bintang winter sonata dan yang lelaki seiras bintang KPop pojaan anak anak dara baru nak up.

Ghupenya...


atas sikit dari tapai basi
Quote TravellingBear 24-2-2020 09:54 PM
Edited by TravellingBear at 24-2-2020 09:56 PM
jazaa100 replied at 24-2-2020 12:41 PM
Lima bln je?.....

Klu mangsa mati.....sia sia je....


Kalau kat malaysia dah lepassss ... kalau jagah yg jaga cctv bgtahu polis


Polis tak dakwa pon ....





Ehhh. Tp kalau kat malaysia... mmg accident sungguh laa kalau tak tertangkap . Jarang aaa jagah cekap. Keta pon boleh ilang
Quote bloodyamuk 25-2-2020 01:14 AM
sarah82 replied at 24-2-2020 01:50 PM
Nanti dia ratib BMF

kuikui RBA dah kena potong elaun kot kan
Quote sarah82 25-2-2020 01:16 AM
bloodyamuk replied at 25-2-2020 01:14 AM
kuikui RBA dah kena potong elaun kot kan

Hahaha.. Dia tu.. Entah la.. Meroyan sedia2
Quote dani-rox 25-2-2020 06:36 PM
Xim replied at 24-2-2020 01:17 PM
Buruknye dedua done #physicalshaming

Kan? sepadan, hati pun sama hitam takda hashtag


Quote Xim 25-2-2020 06:39 PM
dani-rox replied at 25-2-2020 06:36 PM
Kan? sepadan, hati pun sama hitam  takda hashtag

X berbaloi langsung dedua ni....hahahha
Quote Scheherazade 25-2-2020 07:19 PM
Menunjukkan yg paras rupa takde kena-mengena dengan kebarangkalian curang. Walau rupa tak seberapa, kalau dah nak curang, curang juga. Dan juga kadang2, paras rupa ni berkorelasi positif dengan tahap kebusukan hati. Kadang2.

Lihat semua komen(20)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.515668 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top