Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Stadium Sultan Ibrahim Tercanggih Di Asia Tenggara, Kebanggaan Bangsa Johor

24-2-2020 11:29 AM| Komen: 9

Kredit Foto - FB Johor Southern Tiger

Dibina di atas tanah berkeluasan 28 hektar dan merupakan sebahagian daripada perancangan Bandar Sukan JDT, Stadium Sultan Ibrahim melakar sejarah menjadi stadium tercanggih di rantau Asia Tenggara.

Bandar Sukan JDT turut menempatkan hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan beberapa fasiliti sukan moden.

Kredit Foto - FB Johor Southern Tiger


Kredit Foto - FB Johor Southern Tiger

Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang ini mencapai piawaian badan induk bola sepak antarabangsa (FIFA) turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan moden dan sistem bunyi yang canggih.


Acara pelancaran Stadium Sultan Ibrahim penuh gilang gemilang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 22 Februari 2020. Anda boleh saksikan video penuh majis pelancaran stadium tersebut di sini.


Kredit Foto - FB Johor Southern Tiger

JDT secara rasmi akan menggunakan stadium tersebut untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula hujung bulan ini dan menentang Kedah pada aksi pembuka tirai Liga Super serta merebut Piala Sumbangsih.

Kredit Foto - FB Johor Southern Tiger

Kredit Foto - Twitter

Stadium ini dibina dengan nilai RM200 juta sejak Januari 2016 dengan kapasiti penonton seramai 40,000 orang. 

Pasti meriah tengok bola di stadium baru ini kelak. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
3
0
0
Komen: 9
Komen

Previous : Batu-batu Bergerak Sendiri, The Undertaker Dah Buat Apa Di Lembah Death Valley?

Next       : Lagu Dodoi Anak Berhantu, Apa Kisah Tragis Di Sebalik Lagu Nina Bobo?

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 25-2-2020 03:54 PM
Harap ia sentiasa terjaga baik jangan hanya baru nampak canggih makan tahun nampak hambar

Lain-lain Komen

Quote Kurex 24-2-2020 12:04 PM
padang ragbi... nak pergi melawat la
Quote munchkin 24-2-2020 12:56 PM
Mmg cantik. Kagum sat
Quote husna_amal 24-2-2020 12:59 PM
kelab negeri lain tak jelez ke tengok stadium baru jdt ni.
Quote chicozinn 24-2-2020 12:59 PM
adik aku gi masa malam perasmian tu..dia share kat wsap memang lawa namati gilag gemilang mse perasmian tu..aku nak g tpi sebab mengenangkan ade anak kecik terbantut niat nak g sne..
Quote any42 24-2-2020 02:04 PM
cantiknyaaaa. kagum tgk
Quote aleesyasofia 24-2-2020 02:50 PM
chicozinn: adik aku gi masa malam perasmian tu..dia share kat wsap memang lawa namati gilag gemilang mse perasmian tu..aku nak g tpi sebab mengenangkan ade anak  ...


tgk live kt tv mmg meriah.. kalau tgk live dpn2 lg meriah agaknya kan..
Quote Nyahh 24-2-2020 10:11 PM
Meriah tp tiket online limited dek non.. KICIWA nk tgok hero jdt lwn kedah.
Quote Hizert 25-2-2020 08:23 AM
Pehh, ni baru tahap amerika nuhh. 1st game ape la yang nk dimainkan ehh.
Quote Artemesiaa 25-2-2020 03:54 PM
Harap ia sentiasa terjaga baik jangan hanya baru nampak canggih makan tahun nampak hambar

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top