Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Risau Tak Sedia Bertemu Yang Maha Esa, Rizalman Pilih Bersara

22-2-2020 11:02 AM|Oleh: Myeonir| Komen: 504

Selepas hampir tiga dekad membanting tulang bagi mengharumkan industri fesyen tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim membuat kejutan ketika pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa dan mengumumkan persaraannya.

Berita itu nyata memberikan kejutan kepada tetamu yang hadir kerana ia menandakan bahawa itu adalah pertunjukan fesyennya yang terakhir. 

Dikhabarkan, beliau menyerahkan jenama dan legasi Rizalman Ibrahim kepada pembantunya yang setia bersamanya selama 15 tahun, Faizul Surani.


Kredit foto: Blog

Menurut ikon fesyen tanah air itu, ketika masih mempunyai kudrat dan diberi peluang untuk bernafas, beliau mahu melakukan persediaan secukupnya sebagai bekalan di hari kemudian.

Rizalman, 49, tidak menafikn bahawa berita pemergian rakan-rakan industri seni pada usia muda turut membuat dirinya insaf. Dia juga bimbang tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa andai kata dia pergi nanti.

"Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.

"Saya takut tidak bersedia apabila dijemput Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia.

"Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian, kata Rizalman seperti dipetik dari Astro Awani.


Kredit foto: Astro Awani

Sebelum itu, beberapa minit sebelum persembahan Kesuma Jiwa melabuhkan tirai, Rizalman mengejutkan penonton dengan mengumumkan mengundurkan diri dari bidang fesyen. - CARI
Terima kasih Datuk Rizalman atas sumbangan anda -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 503
Komen

Previous : Jadi Penyebab Keluarga Arwah Dan Balu Dihina, PU Amin Gesa Aliff Padam Video

Next       : Maki Abang Lagi, Diva AA Nak Saman Netizen Buat Poster PM Kabinet Bayangan

Komen Terbaru

Quote shahreen 18-3-2020 06:11 PM
faiz-za replied at 13-3-2020 12:06 PM
Pebtaksub dia boleh tahan ye
Janganlah sampai macam tu
Takut baca

Idola sungguh acik ni dgn tokri

Lain-lain Komen

Quote MissVixen 21-2-2020 08:53 AM
Laaa. Kenapa.. sayangnya
Quote kiah_mai_pulak 21-2-2020 08:56 AM
alhamdulillah......... tp kita nk kena gelabah tetek sekali tak??
Quote lotionmilo 21-2-2020 09:07 AM
Setia betul faizul tu.keje start drpd umur 20
Quote af_mania 21-2-2020 09:10 AM
Dayang nyanyi DPS versi lenggok asli. Yg bestnya sheols duduk masa part tarik tinggi.

[ig]https://www.instagram.com/p/B8zc2MeJCKN/?igshid=wj9e0imzmju9[/ig]
Quote weezerfan 21-2-2020 09:11 AM
Baguslah. Baju semua x laku.
Quote bulanbulat 21-2-2020 09:12 AM
Dua org ni macam match made in heaven. Kalau dapat anak segak2.

Tapi tu lah...
Quote kibodwatriuh 21-2-2020 09:14 AM
Edited by kibodwatriuh at 21-2-2020 09:16 AM
weezerfan replied at 21-2-2020 09:11 AM
Baguslah. Baju semua x laku.

Iyaka? Tapi hauknya kualiti baju zalora dia? Iols penah beli dan rasa macam nak minta duit balik. Kualiti jahitan, material tak selari dengan harga dan kengkonon 30 tahun jadi designer. Macam tu pun boleh tergamak jual? Sapa-sapa lagi ada pengalaman yang sama? I cannot believe it myself hokkay.

*Iols beli koleksi Izara Aisyah jadi muse tu
Quote Kurex 21-2-2020 09:16 AM
lepas tu nak dunia fashion sedih ke dgn pengunduran kau? kau siapa? john Galliano? Mendiang Alexander McQueen? Valentino? Mendiang Karl?
Quote weezerfan 21-2-2020 09:16 AM
kibodwatriuh replied at 21-2-2020 09:14 AM
Iyaka? Tapi hauknya kualiti baju zalora dia? Iols penah beli dan rasa macam nak minta duit balik.  ...

Aku agak ja. Semedang collab ngan zalora tu fashion hauk ya amat. X wearable lnsg aku rasa. Dah lah saiz level model. Ni dh keluar kat zalora pon aku rasa xdak org nk beli kecuali batak dia mcm acik jelita. Haha
Quote Xim 21-2-2020 09:17 AM
Faizul tu lelaki yg main ragbi selalu brkepit dgn dia ke ?
Quote zulka 21-2-2020 09:19 AM
ok bye........
Quote kibodwatriuh 21-2-2020 09:21 AM
weezerfan replied at 21-2-2020 09:16 AM
Aku agak ja. Semedang collab ngan zalora tu fashion hauk ya amat. X wearable lnsg aku rasa. Dah la ...

Acik jelita membatak di mana sahaja asal boleh menempel dan tagih secebis perhatian daripada orang ternama chuols.
Quote kibodwatriuh 21-2-2020 09:24 AM
weezerfan replied at 21-2-2020 09:16 AM
Aku agak ja. Semedang collab ngan zalora tu fashion hauk ya amat. X wearable lnsg aku rasa. Dah la ...

Ada yang memang jenis aku tak pakailah sebab glamour dan tak berapa praktikal. Tapi ada yang okay. Cuma jahitan dan materialnya leave so much to be desired. Syiok sundri jah lebeh.
Quote Kurex 21-2-2020 09:24 AM
kibodwatriuh replied at 21-2-2020 09:21 AM
Acik jelita membatak di mana sahaja asal boleh menempel dan tagih secebis perhatian daripada orang ...

siapa acik jelita...
Quote kibodwatriuh 21-2-2020 09:27 AM

Acik jelita ni pembatak Rizalman dan dulunya Duckscarves. Sheols adalah seorang acik jelita kerja Telekom ke TNB ka aku tatau sangat. Anak ada 3 orang tak silap. Dia ada blog http://jelita78.blogspot.com dan instagram https://www.instagram.com/jelita78/?hl=en kalau ingin kenal lebih rapat. Enjoy.
Quote kibodwatriuh 21-2-2020 09:29 AM
Kurex replied at 21-2-2020 09:16 AM
lepas tu nak dunia fashion sedih ke dgn pengunduran kau? kau siapa? john Galliano? Mendiang Alexande ...

Haiyooo level designer Indonesia dan Siam pun takleh celen chuols.
Quote masnona 21-2-2020 09:30 AM
Siapa acik jelita? Terigat kek marble jelita la plk
Quote kibodwatriuh 21-2-2020 09:33 AM
masnona replied at 21-2-2020 09:30 AM
Siapa acik jelita? Terigat kek marble jelita la plk

Boleh rujuk jawapan di atas chuols.
Quote YPM_Addora 21-2-2020 09:34 AM
koleksi zalora tahun ni, Iols nampak mcm  batik indon je

Lihat semua komen(504)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top