Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bayi 10 Bulan Dalam Buaian Elektrik Maut Terbakar

Oleh: Ct Cheery|21-2-2020 10:51 AM Komen: 65

Foto: Harian Metro


Bayi berusia 10 bulan maut dalam kebakaran di kampung Bangkahulu, Gemas. Kejadian itu berlaku di rumahnya, kira-kira jam 11.35 pagi hari Rabu, 19 Februari 2020, lapor Harian Metro.



Foto: Harian Metro


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal, ketika kejadian Siti Nur Aini Zulimi ditinggalkan bersendirian di dalam buaian elektrik sementara ibunya ke Pejabat Pos.


Menurut beliau lagi, sebelum ibunya keluar ke Pejabat Pos Gemas pada 10.30 pagi, wanita itu ada meminta bantuan jiran untuk melihat-lihatkan anaknya jika menangis. 


Bagaimanapun, ibu mangsa kemudian menerima panggilan telefon daripada jiran memberitahu rumahnya terbakar dan bergegas pulang.


Namun, malangnya dia mendapati anaknya maut dalam kebakaran itu.


Difahamkan, pada hari kejadian berlaku, bapa mangsa sedang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.


Mayat mangsa dilaporkan melecur 30 peratus dan dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kekal yang terbakar 60 peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 65
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote rayray28 23-2-2020 06:47 PM
dudaberhias replied at 21-2-2020 11:57 AM
ni keluar berita semalam .... mak bapaknya takde di rumah... maknya ke pejabat pos... bapaknya kerja ...

Ni kiranya mmg jiran tolong tengok sahaja la ni..

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 21-2-2020 10:54 AM
Innalillah..knp tggl baby sendirian..
Quote zulka 21-2-2020 10:55 AM
ni mesti masak kes lupa nk tutup dapur gas
Quote jazaa100 21-2-2020 11:00 AM
Pekejadah nk direbut sgt gi pej pos tu?...
Meniaga online?....
Quote akakdendeng 21-2-2020 11:02 AM
Ya Allah....knp lah mcm ni....urgent sgt ke nak gi pos office tu....
Quote sarah82 21-2-2020 11:03 AM
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. Semoga mak bapa arwah tabah hadapi ujian ni.
Quote epal21 21-2-2020 11:10 AM
Bawalah baby tu sekali. Ni kan dah menyesal seumur hidup.
Quote manehnya 21-2-2020 11:11 AM
adakah buaian letrik tu pencetus kebakaran?
Quote any42 21-2-2020 11:46 AM
xfhm lah. buaian letrik tu ke yg jd pncetus kebakaran? dah tu sruh jiran tgkkn tu jiran tlong tgkkn dr tingkap rumah je ? time kebakaran jiran xleh nk slamatkn beby?  knapa snggup tnggal ank sorang2
Quote nini_azmi 21-2-2020 11:48 AM
Dont simply left child/ baby unattended
Baby kot, gamaknye ditinggalkn. Tak fikir ke kot2 terbangun menangis. Errmmm . Mngkin bunyinye meletakkn kesalhn tu kat the mother tp that is the fact.
Anak weiiii jgn amik mudah, kena bnyk beringat sblm jd sesuatu. Peringtn utk meols jgk

Quote Artemesiaa 21-2-2020 11:52 AM
Beraninya tinggalkan bayi berseorangan tampa pengawasan oleh sesiapa jadi macam ni menyesal pun dah tak berguna.
Quote husna_amal 21-2-2020 11:55 AM
pengajaran mak bapak atau penjaga yang biasa tinggalkan anak bersendirian. macam2 boleh jadi. menyesal tak sudah dikemudian hari.
Quote dudaberhias 21-2-2020 11:57 AM
ni keluar berita semalam .... mak bapaknya takde di rumah... maknya ke pejabat pos... bapaknya kerja... hanya minta tolong jiran tolong tengok... persoalannya macam mana boleh terbakar? di ruang tamu pulak tu
Quote True-X 21-2-2020 12:00 PM
sakit jiwa aku baca.. baby baru 10 bulan kot.. noleh pulak tinggalkan sorang2......
Quote True-X 21-2-2020 12:00 PM
kesalahan jenayah kan tinggalkan anak sorg2
Quote slavehunter 21-2-2020 12:06 PM
Buaian electric memang bahaya, dulu anak buah kecik memang terpikir nak beli tapi tahu memang risiko.
Quote chicozinn 21-2-2020 12:23 PM
aku kenot brain demi gigih nak g pejabat pos (tah2 on9 seller) tapi biarkan anak tu sengsorang kat rumah..mak budak ni bbnu ke hape benda camtu xleh pkir???
Quote shernazz 21-2-2020 12:55 PM
Budak kecik mcm.tu boleh tinggal je kat rumah?
Quote keds 21-2-2020 02:10 PM
Jangan berani tinggal anak kecik sendirian. Peringatan bersama.
Quote Buritan 21-2-2020 02:13 PM
nini_azmi replied at 21-2-2020 11:48 AM
Dont simply left child/ baby unattended
Baby kot, gamaknye ditinggalkn. Tak fikir ke kot2 terbangun ...

1 word cuaii..

Lihat semua komen(65)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top