Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mati Ditembak Bekas Suami Kerana Cemburu Ada Kekasih

19-2-2020 06:11 PM Komen: 13
Wanita maut ditembak bekas suami di sebuah pusat beli-belah pada Selasa.

Menurut BERNAMA, kejadian berlaku jam 3.15 petang waktu tempatan di Century The Movie Plaza berhampiran Victory Monument di Daerah Ratchadewi.

Dalam kejadian, suspek yang bersenjata menyerbu sebuah klinik di situ sebelum melepaskan sekurang-kurangnya tujuh tembakan ke arah mangsa, Piyanut Chatthai, 28.

Tindakan suspek menyebabkan seorang lagi wanita, Wilasinee Teepan, 29, cedera.

Menurut laporan, suspek bagaimanapun masih bebas dan polis giat menjalankan usaha mengesannya.


Kredit foto: Bangkok Post

Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan Left Jen Pakkapong Pongpetra berkata, suspek dan mangsa berpisah pada 13 Feb lalu selepas 10 tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak. 

Sementara itu, South China Morning Post melaporkan pembunuhan itu bermotifkan cemburu.

Manakala, Bangkok Post sebentar tadi melaporkan Danusorn Numcharoen, 28, sudah ditahan polis hari ini di Kaeng Krachan, wilayah Phetchaburi. 

Menurut laporan media tempatan, suspek meninggalkan nota di dalam sebuah bilik di Bangkok yang meminta polis tidak menjejakinya.

Dia berjanji bahawa tidak akan menembak orang lain selain diri sendiri. Tetapi, sebelum itu dia ingin membunuh seorang lagi sasaran iaitu kekasih mangsa.

Dia juga merayu supaya polis menjada ibunya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 20-2-2020 11:50 AM
Bahaya orang gila talak ni membunuh pun dia sanggup

Lain-lain Komen

Quote Kurex 19-2-2020 06:16 PM
calling fir @sarah82 utk cuci mata tengok polis siam
Quote grouper 19-2-2020 06:18 PM
Ingatkan kat msia..
Quote Buritan 19-2-2020 06:23 PM
Kurex replied at 19-2-2020 06:16 PM
calling fir @sarah82 utk cuci mata tengok polis siam

Lawa knda bugis lagi.. hahaha
Quote sarah82 19-2-2020 06:33 PM
Kurex replied at 19-2-2020 06:16 PM
calling fir @sarah82 utk cuci mata tengok polis siam

Hahahaha.. Sat.. Aku tengah layan utube tentang pembunuhan yg tak solve lagi
Quote Cassieopeia 19-2-2020 07:05 PM
amboi siap nota ke polis lg, to nk g membunuh lg sorg..xpasal ank jd anak yatim.
Quote Xim 19-2-2020 08:00 PM
Kurex replied at 19-2-2020 06:16 PM
calling fir @sarah82 utk cuci mata tengok polis siam

Seketoi je gmbrnye kurex
Quote Kurex 19-2-2020 08:04 PM
Xim replied at 19-2-2020 08:00 PM
Seketoi je gmbrnye kurex

tak puas la..
Quote sharlenetexas 19-2-2020 08:10 PM
sarah82 replied at 19-2-2020 06:33 PM
Hahahaha.. Sat.. Aku tengah layan utube tentang pembunuhan yg tak solve lagi

Iols pun terfikir nak calling2 uols
Quote sarah82 19-2-2020 09:01 PM
sharlenetexas replied at 19-2-2020 08:10 PM
Iols pun terfikir nak calling2 uols

Hahahaha.. Sat g tgk.. Tak habis lagi lagi unsolved case.. Hahahaha
Quote sarah82 20-2-2020 08:29 AM
Kurex: calling fir  @sarah82  utk cuci mata tengok polis siam



Dah belek.. Tak ensem.. Bukan bangsa siam. Tapi bangsa tai.. Hahahaha..
Quote Pink_Purple 20-2-2020 09:33 AM
cemburu mengatasi segala galanya..

berani buat depan orang awam dengan rasa xbersalahnya
Quote husna_amal 20-2-2020 10:09 AM
cemburu tak bertempat, dah cerai tu biarlah ex wife cari kekasih baru.
Quote Artemesiaa 20-2-2020 11:50 AM
Bahaya orang gila talak ni membunuh pun dia sanggup

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top