Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Atuk Gagah Patahkan Cubaan Samun!

Oleh: Re.C|24-2-2020 09:29 AM Komen: 18
Sumber foto : SWNS

Penyamun, perompak, pencuri, namakan saja apa jenis penjenayah pun, mereka cuma mensasarkan jenayah mereka kepada golongan lemah daripada mereka.

Sememangnya melawan balas pasti akan mendatangkan bahaya. Malah, kesemua pakar seni bela diri turut mencadangkan jika kita berada dalam situasi tersebut, utamakan nyawa daripada kebendaan yang kita miliki. Kita boleh melawan balas sekiranya betul-betul memahami keadaan dan risiko situasi dialami.

Dalam satu kejadian di Cardiff, Wales, seorang warga emas berusia 77 tahun dilaporkan sedang mengeluarkan wang tunai di sebuah mesin ATM di Sainsbury Store apabila seseorang cuba menyamunnya, lapor Daily Star. 


Sumber foto : media wales

Mangsa,  bagaimanapun tidak tercedera.

Dalam kejadian jam 6 pagi pada 5 Februari lalu, Trevor Weston tiba kawasan letak kereta di hadapan ATM berkenaan.  Difahamkan, tempat letak kereta di situ kosong seawal pagi itu dan tiada apa-apa yang boleh menimbulkan curiga. 

Setelah mengeluarkan wang tunai, dia berjalan menuju ke arah keretanya semula. Namun, tiba-tiba seseorang datang dan cuba menyamunnya. Suspek juga dikatakan memiliki sebilah pisau bersamanya.

Bagaimanapun, mangsa nekad melawan sehingga penyamun itu berputus asa dan melarikan diri dengan tangan kosong ke arah Colchester Avenue.



Sumber Foto : SWNS


"Kebiasaannya, ada beberapa staf lalu-lalang di luar premis, menunggu kedai berkenaan dibuka. Malangnya, tiada sesiapapun di luar kedai ketika hari kejadian," katanya kepada Wales Online.


Menurut jurucakap polis South Wales, Konstabel Detektif Stephen Mayne berkata, mangsa menunjukkan keberanian luar biasa. 

"Bagaimanapun, mangsa masih dalam keadaan terkejut. Sesiapa mengenali suspek diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.

Bagaimanapun, utamakan keselamatan anda jika berdepan situasi sedemikian kerana nyawa lebih berharga dari harta anda. - CARI

YouTube : The Telegraph

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
2
0
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote biozipstar 18-3-2020 07:28 PM
baguslah atuk... mesti penyamun tu baca berita n nak cari atuk lagi.. moga baik2 saJA

Lain-lain Komen

Quote imransulaiman 24-2-2020 09:40 AM
Wow! Hebat atuk ni!
Quote sarah82 24-2-2020 09:49 AM
Mcm kereta myvi kan
Quote Boomibulat 24-2-2020 10:03 AM
Malaysia-Atuk gagah patahkan cubaan rampas kuasa PM
Quote CiliPadiSedap 24-2-2020 10:06 AM
suspek tak isap dadah, sebab penagih dadah dia akan guna pisau and senjata api or kayu. and tindak ganas
Quote eyansss 24-2-2020 10:16 AM
Boomibulat replied at 24-2-2020 10:03 AM
Malaysia-Atuk gagah patahkan cubaan rampas kuasa PM

masa baca tajuk ni, serious aku ingatkan atuk madey yang tt nak cerita...  hahaha...

Quote Artemesiaa 24-2-2020 10:29 AM
Mesti masa mudah dulu dia seorang yang hebat pernah kerja sebagai askar ke polis ke mungkin sebab berani macam tu walau dah berusia.  
Quote husna_amal 24-2-2020 10:32 AM
atuk ni ada semangat fighter. terbaik
Quote sarah82 24-2-2020 11:20 AM
Boomibulat replied at 24-2-2020 10:03 AM
Malaysia-Atuk gagah patahkan cubaan rampas kuasa PM

Sabar.. Kita tgg confirm dulu.. Lps tu boleh flip shaw..
Quote Kurex 24-2-2020 11:22 AM
kawan iols kena samun dekat area pasar seni waktu tengah malam. sanggup dia jalan kaki dari pasar seni tu ke dataran merdeka... tapi iols tau apa niat dia sebenarnya.. iols tak bersimpati sangat dengan niat dia macam tu...
Quote RumiMenari 24-2-2020 11:29 AM
eyansss replied at 24-2-2020 10:16 AM
masa baca tajuk ni, serious aku ingatkan atuk madey yang tt nak cerita...  hahaha...

Samalah hahaha... Atuk sgt significant dgn madey... Siap ckp dlm hati lagi, penyamun mana lagi yg nak kena game dgn atok ni.... Hahaha
Quote Cassieopeia 24-2-2020 12:08 PM
terbaikla atuk..maybe yg nk samun diapn xdela muda mane kot, cpt je give up huhu
Quote JohnnyLever 24-2-2020 01:52 PM


muka macam orang tua yang Mr Bean nak baling span basah tu.
Quote Kuasaberganda 24-2-2020 02:12 PM
Kurex: kawan iols kena samun dekat area pasar seni waktu tengah malam. sanggup dia jalan kaki dari pasar seni tu ke dataran merdeka... tapi iols tau apa niat ...

apa niat dia
Quote ChemicalRomance 24-2-2020 02:18 PM
Haha rupanya bukan aku sorang yang ingat berita ni berkaitan madey
Quote gideoncross 24-2-2020 04:02 PM
Artemesiaa replied at 24-2-2020 10:29 AM
Mesti masa mudah dulu dia seorang yang hebat pernah kerja sebagai askar ke polis ke mungkin sebab be ...

Fakta uol yg ni kinda acceptable.

Quote Skuau 25-2-2020 02:00 AM
depa bertumbuk pon..cam gurau2 jer....kira 'baik' gk penyamun tu..takat acah2 jer...takut terbunuh ore tua tu..kot....
Quote Mierafaziera 25-2-2020 10:29 AM
fuhhhhh!!! caya la atuk!!!
Quote biozipstar 18-3-2020 07:28 PM
baguslah atuk... mesti penyamun tu baca berita n nak cari atuk lagi.. moga baik2 saJA

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top