Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Nak Berdamping Dengan Suami, BCL Tempah Dua Liang Lahad Berharga RM79,000

19-2-2020 12:06 PM|Oleh: LilRose| Komen: 594

Isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (BCL) menempah liang lahad jenis semi private untuk dua orang.

Memetik Detik.com, BCL mahu disemadikan di samping Ashraf sebagai lambang cinta abadi mereka.


Kredit foto: Detik

Ketua Pegawai Eksekutif tanah perkuburan San Diego Hills, Suziani Japardy berkata, BCL mahu berdampingan dengan suaminya apabila meninggal dunia kelak.

"Betul. BCL meminta untuk disemadikan di samping suaminya yang tercinta apabila meninggal dunia. Perkara itu sudah dirancang BCL," katanya.


Kredit foto: Detik

Malah, BCL menolak apabila ditawarkan kawasan liang lahat lain.

"Dia tidak mahu yang (liang lahad) single. Dia mahu berdampingan dengan suami," ujarnya.

Sementara itu, Tribun News melaporkan tempahan itu dibuat menerusi pengurus BCL iaitu Doddy dengan harga 260 juta rupiah (RM79,000) termasuk dekorasi.


Kredit foto: Detik

Asharaf yang menghembukan nafas terakhir pada 4.51 pagi ini waktu tempatan akibat serangan jantung dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan berkenaan.


Kredit foto: Detik

Takziah kepada keluarga dan kenalan Allahyarham. Semoga BCL dan anak tabah menghadapi hari-hari tanpa suami dan bapa di sisi. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 594
Komen

Previous : Bengang Dimarahi Sebab Tegur Pemakaian BCL, Individu Hina Kematian Ashraf Sinclair

Next       : Kontroversi Cerai Isteri Kedua, Isteri Pertama Minta Amar Asyraf Diam Diri

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 22-3-2020 11:20 PM
meow_tompok replied at 22-3-2020 06:54 PM
dear, nak tanya manggung tu apa?

Buat persembahan / show

Lain-lain Komen

Quote weezerfan 19-2-2020 12:24 PM
Edited by weezerfan at 19-2-2020 12:25 PM

Muda lagi tu bcl. Takut kang jumpa pengganti ya udahh.. Parahhh
Quote bondeh 19-2-2020 12:40 PM
tgk kat youtube ada wartawan yindon bangang tanya Pak Mat "how do you feel right now?" ramai2 buat petisyen pecat si wartawan bangang yindon tuh...

Sedih dengar ucapan Pak Mat
Quote minguk 19-2-2020 12:49 PM
sedih pulak baca
Quote slavehunter 19-2-2020 01:01 PM
weezerfan replied at 19-2-2020 12:24 PM
Muda lagi tu bcl. Takut kang jumpa pengganti ya udahh.. Parahhh

Kot bersuami lagi lepas ni....takkan nak kebumi sebelah arwah, terasa hati pulak suami kedua. Ini anggapan jer.....
Quote doubleA 19-2-2020 01:03 PM
lawa sungguh bcl walaupun muka sembap mata bengkak
Quote ina_na 19-2-2020 01:05 PM
Org tgh bersedih.. Mn la nak fkr nak berlaki lps ni.. Biar la dia stabil dr segi emosi n mental dl...kalo dia ada jodoh lain lps ni.. Fkr lain la...adeh la..
Quote shernazz 19-2-2020 01:08 PM
Sedih nengok pic tu..
Huhu...
Quote FanCT 19-2-2020 01:12 PM
Sedih tgk BCL & Noahsuka couple Ashraf-BCL dorg sgt lovely...klo insta c Ashraf xde pon gmbr org lain, slalu family dorg bertiga je...dahla xda gosip gak..sesungguhnya maut memisahkan mereka
Quote nuno 19-2-2020 01:24 PM
slavehunter replied at 19-2-2020 01:01 PM
Kot bersuami lagi lepas ni....takkan nak kebumi sebelah arwah, terasa hati pulak suami kedua. Ini  ...

jual balik

Quote bebed 19-2-2020 01:37 PM
weezerfan replied at 19-2-2020 12:24 PM
Muda lagi tu bcl. Takut kang jumpa pengganti ya udahh.. Parahhh

tbh, setelah 10 thn suami aku meninggal, aku pn jumpa suami skrg.. dah 5 tahun dgn suami skrg dan kalau ada rezeki aku akan memilih utk bersama dgn suami sblm ni...
Quote famri7 19-2-2020 01:43 PM
Kita tengok jahhh sis..drama sngt
Quote tick 19-2-2020 01:56 PM
bebed replied at 19-2-2020 01:37 PM
tbh, setelah 10 thn suami aku meninggal, aku pn jumpa suami skrg.. dah 5 tahun dgn suami skrg dan  ...

yeke sis....yela, tak kan sama dengan yang dah hidup 10 tahun dgn kita kan...
Quote putput 19-2-2020 02:30 PM
weezerfan replied at 19-2-2020 12:24 PM
Muda lagi tu bcl. Takut kang jumpa pengganti ya udahh.. Parahhh

kalau betul ada baru, suami baru tempah kubur sebelah lagi

Quote ashilalat 19-2-2020 02:34 PM
bebed replied at 19-2-2020 01:37 PM
tbh, setelah 10 thn suami aku meninggal, aku pn jumpa suami skrg.. dah 5 tahun dgn suami skrg dan  ...

Tak kecik ati ke suami baru kau kalau ko pesan kat die, kalau ko mati dlu, nak kebumi sebelah laki lama ko? Ko rasa die tunaikan tak hajat ko lepas ko mati?

Tp nya..ko pon baru je 5 tahun kawen dgn laki baru ni, ntah2 beberapa tahun lg ko ubah pikiran rasa laki baru ni lg baik. Dah nak kena  ubah balik wasiat. Hahaha.
Quote kucingitam 19-2-2020 02:37 PM
putput replied at 19-2-2020 02:30 PM
kalau betul ada baru, suami baru tempah kubur sebelah lagi

kalau mati, suami baru kawin lain, tempah lak sebelah lagi..gitu lah..

Quote elzy 19-2-2020 02:39 PM
Sedih baca cerita BCL dan sekitar majlis pengebumian AS..

Member aku kata, andai BCL ada jodoh akan datang tentu dia wasiat liang lahat tu bagi kat Noah .. Adoi memandai jer buat statement..

Quote boojaat 19-2-2020 02:41 PM
Suka tgk BCL.. kalau retis msia dh pakai spek itam.. dia rilek jer tunjuk mata kembang... Arap bertabah mengharungi dugaan ni...
Quote chicozinn 19-2-2020 02:51 PM
bebed replied at 19-2-2020 01:37 PM
tbh, setelah 10 thn suami aku meninggal, aku pn jumpa suami skrg.. dah 5 tahun dgn suami skrg dan  ...

urm, tapi kan sis tak kecik ke hati laki skang kalu dengar sis masih prefer laki yg dulu?maaf ye bertanya je
Quote pearl.silver 19-2-2020 02:58 PM
Ni soalan betul2 nk tahu ye..
Kt negara lain ada gak ke tanah perkuburan islam elit boleh booking tapak mcm ni..

Lihat semua komen(594)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top