Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Rancak Trending Di Alam Maya, Orang Rawang Dah Rasa Ke Belum Bubble Waffle Di NA Cafe?

19-2-2020 11:03 AM|Oleh: PDOT777| Komen: 5

Kredit foto: Na Cafe/Twitter

Pernahkah anda merasa bubble waffle? Bubble waffle atau egg waffle ini ada gelembung atau bubble di atas permukaan waffle. Unik kan? 

Resepi berasal dari Hong Kong ini menjadi trend di seluruh dunia. Tambahan pula, pada tahun 2017, Hong Kong telah melancarkan festival egg waffle pertama di negara itu.


Bubble waffle atau egg waffle menjadi trend di seluruh dunia
Kredit foto: desiblitz.com

Tidak mahu ketinggalan dan ingin memberikan rakyat marhaen resepi dari luar negara tetapi sedap di mulut orang kita, sebuah perniagaan Melayu di Rawang, Selangor giat mengusahakan jualan bubble waffle ini. Perniagaan yang masih baru ini diberi nama NA Cafe.


Gerai NA Cafe yang baru sahaja dibuka pada awal tahun ini
Kredit foto: IG

Terletak berdekatan Restoran Amra Tasik Biru, perniagaan ini diusahakan sepasang suami isteri. Bisnes mereka ini masih baru dan bermula pada awal tahun ini. 

Warga Tasik Biru kena tengok ni!!



Seiring dengan trend di luar sana, bukan sahaja kerangupan bubble itu yang menarik perhatian, tetapi juga topping, sos dan juga ais krim yang beraneka perisa boleh diletakkan pada waffle anda untuk menambah selera. NA Cafe juga menjual waffle yang biasa anda jumpa sebelum ini.



Mereka ada menyediakan gabungan yang sesuai untuk anda pilih kalau anda tak tahu perisa apa yang kena pada lidah dan boleh masuk tekak. 

Untuk bubble waffle, terdapat tiga jenis supreme mash up yang anda boleh cuba iaitu Double Choco Trouble, Cookies Yum Cream dan Berry Berry Bang.

Manakala, untuk waffle pula, anda boleh cuba lagi tiga combination yang sangat memikat, iaitu Choco Mambo, Berry Crazy dan Double C&C. Anda boleh tengok menu di bawah:




Penulis belum berkesempatan untuk mencuba resepi NA Cafe ini, tetapi penulis berminat untuk mencuba bubble waffle Berry Berry Bang

Bubble waffle yang sangat rangup, ditambah dengan dua scoop ais krim raspberry ripple bersama sos strawberi, Berry Berry Bang juga ditambah dengan wafer rolls dan juga topping bubble rice yang berwarna-warni sebagai pembuka selera. Nak tambah lagi topping lain? Pilih sahaja pada menu yang ada. Sedapnya!!!!


Anda juga boleh memilih perisa anda sendiri dan dipadankan dengan topping pilihan pada bubble waffle anda. Sudah semestinya, anda akan diberikan tip untuk memilih gabungan ais krim dan topping sesuai supaya kena dengan selera anda.

Rata-rata pelanggan yang membeli di gerai NA Cafe terkejut dengan apa yang mereka dapat. Bukan sahaja bubble waffle yang sangat rangup, aiskrim pula dapat dua scoop, topping dengan sos pun dibubuh dengan sangat banyak, tak padan dengan harga yang sangat relevan. Mereka memuji bisnes ini dan ramai yang ingin repeat beli di sini.

Penulis juga mempunyai rakan-rakan di Bangi yang telah berkunjung di gerai tersebut. Respons mereka juga sangat positif. Alhamdulillah.


Feedback 1
Kredit foto: IG

Feedback 2
Kredit foto: IG
 
Feedback 3
Kredit foto: IG

Diharapkan bisnes yang masih segar ini akan terus berkembang. Kepada orang Tasik Biru, teruskan sokong perniagaan mereka ini. Servis mereka yang berkualiti juga datang daripada usaha anda yang tidak berhenti menyokong mereka. Kepada anda yang sudah berada di kawasan Sungai Buloh, jangan lupa untuk singgah.

Anda juga boleh terus berhubung dengan perniagaan mereka menerusi Instagram @na.cafe_ . Selain itu, mereka juga mempunyai laman Facebook @nacafe2020 dan juga akaun Twitter @nacafe2020. Sebarang perubahan daripada segi menu, waktu berniaga dan sebagainya, mereka akan update. Jadi, anda tidak perlu risau lagi jika anda terlepas nak rasa bubble waffle idaman anda di sini.

Support NA Cafe, Selamat Membeli, dan Selamat Menjamu Selera! Baca bismillah dulu tau! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 5
Komen

Previous : Kurangkan Atau Anda Akan Menyesal Seumur Hidup!

Next       : Dari RM65 Sehingga RM9,600, Hamizan Pemilik Tudung Termahal Di Batu Pahat

Komen Terbaru

Quote any42 25-2-2020 11:55 AM
prnah mkn kt jusco awl tahun lps lg bli kt kiosk mkanan. bg i biasa sajork rsa mcm waffle jgk. tp sbb prnah mkn skli je xtao la kot tmpt len bt rsa mabelessssss

Lain-lain Komen

Quote pearl.silver 19-2-2020 11:41 AM
Tgk tv semlm.. Rhys mkn kt london
Waffle top with apple crumble and custard sauce
Nmpk sedap..
Quote mizruncing 19-2-2020 11:51 AM
wowww nampak menarik
Quote Megikari 19-2-2020 02:37 PM
Pernah makan masa gi hong kong tahun lepas. Verdict : kalau makan sambil pejam mata rasa dia sama je macam makan waffle biasa. Not worth the hype
Quote husna_amal 19-2-2020 03:35 PM
emm nampak sedap manis....
Quote any42 25-2-2020 11:55 AM
prnah mkn kt jusco awl tahun lps lg bli kt kiosk mkanan. bg i biasa sajork rsa mcm waffle jgk. tp sbb prnah mkn skli je xtao la kot tmpt len bt rsa mabelessssss

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top