Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Cegah Covid-19, Lelaki Terbakar Lepas Sapu Disinfektan Satu Badan

14-2-2020 12:34 PM Komen: 19
Malang nasib lelaki yang cedera teruk akibat disambar api selepas menyapu cecair disinfektan pada tubuhnya bagi mencegah daripada dijangkiti Covid-19.

Media tempatan melaporkan seperti dipetik Asia One, dalam kejadian di Hanzhou, China pada 8 Februari lalu, mangsa yang berada berhampiran pemanas elektrik melecur teruk selepas tubuhnya terbakar.

Sebelum kejadian, Zhang, 37, dikatakan cuba menyahjangkit dirinya selepas pulang dari kerja dengan menyapu cecair beralkohol itu.


Kredit foto: Asia One/Weibo

Bagaimanapun, dia terlupa bahawa sifat alkohol yang sangat mudah terbakar dan menyapu cecair berkenaan pada tubuh serta pakaiannya ketika berdiri di sebelah pemanas elektrik.

Dengan serta-merta, api menyambar menyebabkan 15 peratus bahagian tubuhnya mengalami lecur tahap dua dan tiga termasuk tangan, leher, paha dan saluran pernafasan.

Zhang dilaporkan masih dalam keadaan kritikal dan mungkin perlu melakukan pembedahan graf kulit di masa depan dan dia mungkin tidak akan pulih sepenuhnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 19
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote hanie_nn 20-2-2020 05:35 PM
Terover concious tuu

Lain-lain Komen

Quote epal21 14-2-2020 12:47 PM
Macam2. Sepatutnya mandi aje bersih2 & kerap basuh tangan. Kalau nak disinfect, disinfect surface dgn mop pakai dettol.
Quote olezzeli17 14-2-2020 01:05 PM
Sudah jatuh ditimpa tangga.. Hajat hati nk nyah kuman n virus, sekali kena sambar api plak.. Kesiannya..
Quote Artemesiaa 14-2-2020 01:07 PM
Sebab tu lebih disarankan untuk kerap basuh tangah sebab lebih baik.  Hand sanitizer guna bila berada jauh dari pili air terdekat.
Quote whadda 14-2-2020 02:04 PM
patut la hand sanitizer yang takde alcohol mahal.. seratus lebih
Quote orgsepang 14-2-2020 03:10 PM
Kasihan, terlalu takut kena jangkitan lain pula yang sakit.
Quote MissVixen 14-2-2020 03:14 PM
Memang la alcohol tinggi. Kalau dibakar, api dia biru. kandungan alcohol dalam malaysia dettol hand sanitizer lagi tinggi dari indon. Lagi bagus.
Quote MissVixen 14-2-2020 03:16 PM
whadda replied at 14-2-2020 02:04 PM
patut la hand sanitizer yang takde alcohol mahal.. seratus lebih

Yang takde alcohol mengandungi apa? benzalkonium chloride ke??? Tak efektif sangat. Elok cari yang ada alkohol.
Quote Ladybird910 14-2-2020 03:34 PM
Allahu kesiannnnn...
Quote InVendeTTa 14-2-2020 04:02 PM
Tu dia..dia punya takut mati smpai satu bdn..kenape xleh mandi beer je ek?rendam dlm wine ke..berkesan tak?
Quote whadda 14-2-2020 04:42 PM
MissVixen replied at 14-2-2020 03:16 PM
Yang takde alcohol mengandungi apa? benzalkonium chloride ke??? Tak efektif sangat. Elok cari yang ...

ntah le.. dengar mase orang sebelah tanye.. benda tu dia letak kat belakang cashier
Quote husna_amal 14-2-2020 04:44 PM
anggap je lah sakit sikit je berbanding siksaan bangsa uighur yang disiksa.
Quote merrissa 14-2-2020 08:52 PM
Kesiannya... konon nak mencegah tp lain penyakit pula yg dpt

Manakala di msia masih x kritikal katanya hurm
Quote missDollie 15-2-2020 04:27 PM
Lagi percaya sanitizer dari mandi dengan sabun.. Hmm..
Quote Amigurumi 15-2-2020 09:24 PM
InVendeTTa replied at 14-2-2020 04:02 PM
Tu dia..dia punya takut mati smpai satu bdn..kenape xleh mandi beer je ek?rendam dlm wine ke..berkes ...

Tak berkesan sis..alkohol minum rendah.
Quote sarah82 16-2-2020 07:42 PM
Patutnya.. Dia mandi bersabun.
Quote sitisalwazur 16-2-2020 08:06 PM
whadda: patut la hand sanitizer yang takde alcohol mahal.. seratus lebih


Yes btl. cuba guna sanitizer dr Young Living. Proven n free of chemical. Sbb tu mahal cket
Quote sitisalwazur 16-2-2020 08:07 PM
MissVixen: Yang takde alcohol mengandungi apa? benzalkonium chloride ke??? Tak efektif sangat. Elok cari yang ada alkohol.

You can try sanitizer from Young Living. its clinical proven. free of chemical. Sbb tu mahal cket
Quote sambaldurian 16-2-2020 08:22 PM
Dia was2 dengan air kot. Boleh jd agen pembawa dia rs. Teringat epusod 'Leverage' yg conman buat wartawan tu percaya ada agenda jahat nk letak virus dlm air.
Quote hanie_nn 20-2-2020 05:35 PM
Terover concious tuu

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.107202s Gzip On
To Top