Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Lagi Jiran Yang Tak Reti Bahasa, Suka Hati Parkir Kereta Depan Rumah Orang!

14-2-2020 03:11 PM Komen: 90


Masalah jiran-jiran yang mementingkan diri sendiri memang sentiasa berlaku di mana-mana sekalipun. Tidak kiralah di bandar atau di kampung pasti ada makhluk yang tidak faham bahasa ini. 

Terbaharu, wanita ini meluahkan rasa geram apabila kereta jirannya parkir betul-betul di hadapan rumahnya. 


Twitter

Sehinggakan dia pula yang terpaksa memarkir keretanya jauh dari rumah. Apatah lagi terpaksa membawa barang anaknya membuatkan dia meluahkan di laman Twitter.

Walaupun terpaksa menunggu semalaman sehingga hon berkali-kali, tiada jiran yang dimaksudkan keluar. Sedangkan rumah mereka kosong (tiada kereta) hanyalah bertentangan dengan rumahnya. 

Ramai warganet memberikan pendapat yang berbeza-beza. Ada yang meminta wanita ini memberitahu jirannya sendiri berbanding meraih simpati di Twitter. 


Ada juga yang turut mengalami masalah sama iaitu kereta jiran parkir di hadapan rumah mereka. 



Selain itu, ada juga warganet yang meminta membeli kon untuk menanda kawasan dan lain-lain. 


Akhirnya wanita ini menjelaskan yang dia mendapat parkirnya kembali setelah dua malam setelah membunyikan hon bertalu-talu. 

Twitter

Kasihannya tapi ini realiti yang terpaksa dihadapi oleh kejiranan sebegini. Jadi, perlukah kita memberitahu jiran secara baik atau terus membunyikan hon dengan cara yang agak kasar, baru mereka sedar agaknya? - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
4
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 90
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote binipopeye 20-2-2020 12:29 PM
palmolive replied at 20-2-2020 12:01 PM
skrg jgn memain..kot ada org rakam..ke dalam awak nanti

umah sendiri pandai2 ler bwk pisau kuar umah time line clear  

Lain-lain Komen

Quote Meiizu 14-2-2020 03:20 PM
selalunya diorang taknak keluar bila kita hon sebab takut kena maki
Quote Levespa 14-2-2020 03:22 PM
Gi je la cakap kat jiran tu.. Benda mcm ni pun nak viral.. Attention whore betul org sekarang
Quote saviour_09 14-2-2020 03:24 PM
luckily jiran mak aku dah berambus pindah
kalo tak semak depan rumah kereta anak beranak

betul takde hak sape2 pun parking tu
tp timbang rasa tu kena ada
give and take la
masing2 ada kenderaan jugak

ko kalo tak boleh buat macam tu, jangan hidup berjiran
sewa 1 gua nun jauh ceruk pedalaman, haa parking la kereta tok nenek ko situ banyak2
Quote Catpaw 14-2-2020 03:30 PM
Ada jenis tak reti bahasa dah bagitau pun dia parkir juga, lepas tu buat muka tak bersalah cakap tadi tak ada orang ma.... bukan sekali dua cakap ye...
Quote Mfzg89 14-2-2020 03:33 PM
beli bole bincang.. kalau nak main cara harus rasanya kalau kes camni boleh mintak majlis towing kete ni kot..
Quote pumpkingirl 14-2-2020 03:41 PM
Benda bole gaduh buat apa bincang2
Quote eyansss 14-2-2020 03:45 PM
ada je jiran jenis bengap camni...  dah ketuk pintu pun tak mengaku...  bila dah ugut nak call polis, baru nak alihkan...  ada sekali aku kena, hon punya hon takde keluar pun...  sekali anak jantan dia balik, aku tanya la tu keta dia ke...  dia kata ye pastu selamba je nak masuk rumah tanpa rasa bersalah...  memang aku sound sepuluh harkat la suruh alihkan...  dia siap jeling pastu masuk rumah amek kunci pastu sambil dia masuk keta dia sambung jeling...  memang aku maki on the spot...  dasar kurang ajar anak beranak banyak kalo block rumah aku...

pastu aku selamba amek gambar tepek kat group wasap kejiranan n aku bising pasal attitude diorang sekeluarga (sebab bapak dia ada dalam group n jiran2 lain selalu terkena)...  aku siap sound lagi siapa block depan rumah aku, aku akan call mpsj n polis pastu aku tepek akta menghalang laluan kediaman...  skang ni mangkuk2 sekeluarga tu dah tak berani parking depan rumah orang lagi dah...
Quote kucingitam 14-2-2020 03:48 PM
menyusahkan orang...tegur kang silap2 bergaduh
Quote merrissa 14-2-2020 03:49 PM
Levespa replied at 14-2-2020 03:22 PM
Gi je la cakap kat jiran tu.. Benda mcm ni pun nak viral.. Attention whore betul org sekarang

samalah...depan rumah ak ni juga la nak parking
aku panggil jiran sebelah tu...x keluar2...takut la tu
tp aku panggil baik2 je

sampai jiran depan yg keluar

lepas tu aku ckp la tolong la alihkan...park kt sebelah rumah lg satu..sb tkde org...

lps tu takde buat dh...

nampk je aku terus alihkan kete...sib bek x benak hati jiran aku ni syukuuurrr
Quote KekDurian 14-2-2020 03:50 PM
Call je la majlis perbandaran & report..bbnu sume nk up kt socmed
Quote Kurex 14-2-2020 03:56 PM
ludah je kereta dia
Quote Skuau 14-2-2020 03:59 PM
KekDurian replied at 14-2-2020 03:50 PM
Call je la majlis perbandaran & report..bbnu sume nk up kt socmed

nt abam majlis kena pukul ngn payung pulok..kihkihkih....
Quote Ladybird910 14-2-2020 04:00 PM
Antara sifat org narcist gini la..selain fomo,common sense dorg juga sangat tipis dan xreti minta maaf and being humble lps buat salah..sejenis bebal!

Quote evlinne 14-2-2020 04:01 PM
KekDurian replied at 14-2-2020 03:50 PM
Call je la majlis perbandaran & report..bbnu sume nk up kt socmed

Sebetulnya mmg buat report cmnilah kan
Banding report heboh2 kt twider buang masa buang karen ja
Quote jazaa100 14-2-2020 04:03 PM
Flat dgn masalah kat flat....
Rumah teres pun ada buat pangai mcm ni....

Quote prettyuglybabe 14-2-2020 04:05 PM
panggil la pbt suruh tow..
or call polis..
Quote sarah82 14-2-2020 04:08 PM
Sama la.. Buat rumah sampai tak ada space parking.. Lepas tu suka hati boh depan rumah tok aku.. Dah kena sound ckp aku kedekut... Tutup jalan masuk pun dok kata aku jahat juga.. Mujur skrg rumah tu aku tak dok
Quote supermum 14-2-2020 04:09 PM
Memang patut kena viral biar malu next time tak buat lagik. Rumah aku pun selalu kena. Geram betul
Quote bondeh 14-2-2020 04:10 PM
kira ok lah jiran yg parking depan rumah. kami dulu kena si tetamu jiran selamba badak buka gate rumah kami dok parking dalam kawasan. boleh pulak babi tuh cakap eh ingat takde org selalu datang nampak kosong je. situ jugak meolls cakap dasar middle class. wahah tah paham ke idokkkkkk

Lihat semua komen(90)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.098919s Gzip On
To Top