Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Mandikan Jenazah Pun Kena Rakam?" - Ramai Wartawan Jadian Sekitar Pengebumian Abam

14-2-2020 09:55 AM Komen: 34



"Paling teruk masa nak kebumikan, semua berebut ke depan keluarkan phone. Bila setel dan nak mulakan talkin terus ramai blah sambil cek apa yang dapat dirakam...korang ni ada masalah mental ke?

Itu luahan pemuda di Twitter ini mengenai tabiat kebanyakkan orang Malaysia yang suka merakam apa sahaja insiden tanpa mengambil kira sensitiviti pihak tertentu. 

Merujuk kepada majlis pengebumian pelawak Abam Bocey di Gombak beberapa hari lalu, jelas ribuan orang yang menghadiri untuk solat jenazah dan mendoakan arwah.

Bagaimanapun, apa yang ingin diperkatakan adalah ramai juga yang turut 'kecoh' apabila merakamkan segala kejadian sepanjang proses tersebut seolah-olah merekalah wartawan sebenar. 

Semuanya hanyalah kerana keinginan untuk muncul sebagai orang pertama di sosial media dan sebagainya. Gejala tidak sihat ini menular bukan sahaja di masjid, malahan di liang kubur sekalipun golongan ini turut membuat 'liputan langsung'. Mengapakah sampai begitu sekali?



Foto: Twitter

Kejadian ini boleh dilihat menerusi rakaman video beberapa pihak yang menunjukkan orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan telefon bimbit masing-masing. 

Lebih parah apabila puak ini menghalang kerja mengangkat jenazah masuk ke dalam ambulan hingga menyusahkan petugas untuk membuat kerja. Sehinggalah petugas memarahi mereka, barulah telefon itu disimpan kembali.




Menceritakan kembali situasi tersebut, bukan sahaja di dalam masjid, malahan di mana-mana sahaja 'wartawan' ini merakamkan situasi sehingga mengalahkan wartawan sebenar membuat kerja!

Tidak hanya itu, ketika jenazah Abam hendak dimandikan pun, ada yang merakam secara curi-curi ketika jenazah dibawa masuk. Kemudian, petugas mengacah untuk membaling batu, barulah puak ini berhenti merakamkan video. Ianya berterusan hinggalah jenazah dibawa ke perkuburan.



Rata-rata warganet berasa marah dengan kejadian ini sehinggakan ada yang mahu merampas telefon puak-puak yang tidak berfikir panjang ini.



Foto: Google

Agak sukar untuk mengatasi perkara sebegini jika semuanya mahukan perhatian dari media sosial. Golongan ini merasakan adalah penting untuk membuat liputan langsung supaya kenalan maya mereka mengetahui hal ini dan dipuji betapa hebatnya mereka. 

Aduh! pening juga sebenarnya kerana ia sudah menjadi kebiasaan bagi pemilik telefon pintar yang mahu berkongsi apa sahaja. Bagaimanapun, merakamkan hingga menghalang petugas awam untuk bertindak sebenarnya adalah satu kesalahan. Jadi, hati-hati ya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
8
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
1
0
Komen: 34
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 16-2-2020 10:20 PM
abadi84 replied at 16-2-2020 03:22 PM
Apa ehh perasaan org gila merakam?
Aku nmpk org eksiden terketar2 dok paling muka
Dlm hati baca in ...

Plg xsetuju orng eksiden sibuk ambil gmbar smpai terselak2 kain, seluar koyak, apa semua tu pastu pi upload kat medsos.

Lain-lain Komen

Quote Kurex 14-2-2020 10:23 AM
semua benda nak rakam...
Quote Kurex 14-2-2020 10:26 AM
jgn kata retis, marhaen meninggal pun ada puak yg merakam. sampai masa nak tanam tu, dia boleh pergi utk rakam dari tepi liang lahad & ganggu kerja penggali kubur nak ambik tanam utk kambus
Quote palmolive 14-2-2020 10:32 AM
pakai la GoPro..attached kt dada..nak rakam sgt kan..nak tunjuk dia buat kerja
Quote matbad 14-2-2020 10:33 AM
Tanam skali dgn org yg rakam tu..bleh kita tgk live lps tanam dalam kubur mcm mna
Quote cikatilia 14-2-2020 10:50 AM
ye semua nak dirakam
pastu sibuk tgk kamera jalan tg2h org sibuk bawak jenazah
elok dikebumikan 1 liang aje wartawan aneh ni
Quote elzy 14-2-2020 11:10 AM
Tak mustahil perkara begini berlaku..
Masing-masing nak tunjuk siapa dulu viral cerita tanpa fikir sensitivity orang lain ..
Quote Suchi 14-2-2020 11:11 AM
Motif mandi pun nak rakam, nk tgk apa oiii
Quote Meiizu 14-2-2020 11:24 AM
peringatan utk kita bersama..usahlah record.kesian
Quote AbukRokok 14-2-2020 11:24 AM
ala nti upload dlm fb dlm whatsap grup
Quote realist_13 14-2-2020 11:27 AM
Org yg merakam ni such a Loser!
Sick human!
Quote Ladybird910 14-2-2020 11:38 AM
FOMO syndrome..thats why nowadays banyak zombies..die before the real death
Quote prettyuglybabe 14-2-2020 11:51 AM
tapi yang komplen ni amik gambar dari mana?
rakaman sendiri kah?
Quote domestobot 14-2-2020 12:00 PM
silap2 nanti yang tukang korek kubur tu pulak kena marah sebab menghalang stok2 bebal ni amik video.
Quote EvieWanKenobi 14-2-2020 12:12 PM
janji viral dan dikenali..
Quote Artemesiaa 14-2-2020 12:51 PM
Orang yang kurang adap sopan dan gilakan perhatian je yang suka buat benda2 macam tu
Quote ina_na 14-2-2020 01:00 PM
Patut bl Dron je.. Senang..
Quote MFR_IN 14-2-2020 01:09 PM
matbad replied at 14-2-2020 10:33 AM
Tanam skali dgn org yg rakam tu..bleh kita tgk live lps tanam dalam kubur mcm mna

yg ni iols setuju
Quote Sazida 14-2-2020 01:57 PM
sblm arwsh makcik aku disembahyangkan, aku sempat snap gmbr dia utk aku simpan. Berdosa ke cmtu?
Quote mizruncing 14-2-2020 03:02 PM
tp yg jauh mcm meols ni nak tau jgk sebenarnyaa. tgu wartawan lmbt sgt  huhu. tp jgn la smpai mandi pn nk rakam. tu dh melampau laa

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.104557s Gzip On
To Top