Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Apalah Sangat Kuman Pada Telur Pecah Jika Itu Mampu Mengenyangkan Perut Anak"

13-2-2020 11:48 AM Komen: 65



Gambar telur pecah yang dijual di sebuah kedai dengan kapsyen "pertama kali jumpa" di laman media Twitter mengundang pelbagai reaksi warganet. 

Mungkin bagi segelintir individu situasi tersebut tidak pernah dilihat sebelum ini, manakala bagi pihak lain pula ianya adalah situasi biasa di mana-mana pasar basah pun.

Bukan sahaja telur pecah, barangan dapur lain seperti ikan yang pecah perut, sayur yang sudah kekuningan layu dan ikan masin yang hampir nak dibuang menjadi pilihan mereka yang tidak mampu.

Bukan soal kebersihan tidak dipentingkan tetapi soal perut yang lapar 'minta diisi' lebih utama.



Kredit foto: Twitter

Situasi ini menjelaskan bahawa tidak semua orang mampu membeli barangan segar kerana kekangan kewangan dan pendapatan rendah. 

Begitu juga dengan keadaan telur pecah itu tidak dijual di semua tempat, jadi mungkin ada yang tidak pernah ternampak 'telur pecah' walaupun setiap hari ke pasar. 

Yang menjadi masalahnya adalah soal kebersihan kerana tidak semua pengeluar menitikberatkannya. Jadi, ketika memasukkan telur yang pecah ke dalam plastik, mungkin ada bendasing yang turut masuk sama. 



google

Selain itu, segelintir warganet juga tidak memahami mengapa ada yang sanggup membeli barangan sebegini jika ianya kemudian akan membuatkan mereka sakit?


Google

Bagaimanapun, ada juga pendapat, telur pecah itu wujud kerana ada permintaan dari industri bakeri yang memerlukannya. Walau apa pun, ia tetap tidak menafikan yang masih ramai orang tidak mampu membeli makanan segar kerana berpendapatan rendah. 

Jadi, isu kuman bukanlah keutamaan buat golongan ini.



Yang pastinya, isu sebegini tidak ramai nampak mungkin kerana tidak pernah mengalaminya atau melihat sendiri golongan yang tidak mampu ini. 

Namun, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak menghakimi mereka yang membeli barang 'third hand' ini. Mungkin setakat itulah kemampuan mereka. 

Jika anda dilahirkan senang, ianya kedengaran tidak logik, namun percayalah telur pecah dan ikan yang terburai perut inilah yang mengisi perut mereka yang tidak mampu.  - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 65
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sarah82 19-2-2020 03:28 PM
puteribaya replied at 19-2-2020 03:25 PM
tapi Sarah..kulit telur tu..najis lekat kan..kalu yg dah pecah tu mesti kena skit..

Yg sy tgk.. Biasanya kedai pecahkan yg retak masuk dlm plastik.. 1 plastik ada dlm 10 biji harga dlm rm3 mcm tu.. Dulu lagi la murah 1 plastik dlm rm2

Lain-lain Komen

Quote top5complete 13-2-2020 11:55 AM
mati gak kuman tuh kalau dimasak.. relax
Quote epal21 13-2-2020 11:59 AM
First time nampak ada jual telur pecah walaupun drp kecik selalu ikut mak ke pasar basah.
Quote tipah89 13-2-2020 12:01 PM
telur tu, betterla dari kutip mkanan kan.. realitinya mmg melesia ni byk lagi org susah.
Quote umbut 13-2-2020 12:06 PM
Bahaya lah telur tu.. kuman salmonella... aku kalau na pecah telur pun basuh dulu lap bersih baru pecahkan pasal x pro cam chef sekali ketuk je kat kuali.. dulu ada kes budak mati keracunan benjo.. telur tahi ayam kotor bagai termasuk agaknya.... dari dapat penyakit.. x yah ler makan oooiii
Quote Artemesiaa 13-2-2020 12:10 PM
Bukan orang susah je ada kemungkinan peniaga kedai makan pun mungkin ada yang membeli telur ni untuk jimat kos.  Udang lembik ikan kurang fresh pun mereka berani jual inikan pula telur pecah macam ni.  Kalau dah dimasak jadi telur dadar siapa yang tahu ia dari telur pecah atau tidak.
Quote Ladybird910 13-2-2020 12:10 PM
Demand vs supply kekdahnya.

Sorry to say..tp some of kedai2 mkn yg nk jimat kos kdg pki brg murah2 gini tp masih jual standard price utk hi margin ..

Cth masa kes sadin dr china y tercemar dlu..lupa jenama apa..tp mostly sy tgk kedai mamak la byk pakai brand tu..rege dia mmg ckup murah..

Sy tgkla bpe byk sadin dia pakai utk bt ngoreng sadin..sikit je letak..tp jual harga quite mahal..sbb...harga tin sadin standard mahal..so same goes dgn telur terpakai..ikan rejek etc..
Mostly kedai2 yg beli..org perseorangan jarang beli..kita makan semua nak bersih..tp standard la klu mkn kt kedai belum tentu telur itu dorg basuh..
Quote Kurex 13-2-2020 12:17 PM
twringin nak makan telur separuh masak cicah roti bakar diwaktu petang
Quote sarah82 13-2-2020 12:25 PM
Kali pertama jumpa? Biar betik.. Arwah tokwan aku selalu beli telur pecah mcm ni utk dijadikan lauk.
Quote prettyuglybabe 13-2-2020 12:26 PM
standard la peniaga telur jual telur yang pecah-pecah masuk plastik macam tu..
dari rugi kalau dibiar membusuk dalam kulit yang pecah..
yang beli pun most orang buat kek, kuih segala tu..
Quote supermum 13-2-2020 12:26 PM
Org susah dah immune kot dgn penyakit gitu. Sebab selalu expose kan. Cuba kalau org kaya, dan2 cirit birit.
Quote meow_tompok 13-2-2020 12:34 PM
kat artikel tu ada tulis "permintaan dari industri bakeri"..... erkkkkk
Quote bintangct 13-2-2020 12:38 PM
sy pun baru first time tgk Hmm
Quote rosli_nurizzati 13-2-2020 12:40 PM
kena masak elok2 la kot.. sbb telur yang elok pun, risky untuk salmonella.. tpi pernah tgk kat tesco, pakcik/makcik pilih ikan/daging/ayam stok akhir, kesian ja.. but ada ja peniaga amek kesempatan, beli reduced price meat untuk jualan.. mcm mcm sekarang ni..
Quote Cassieopeia 13-2-2020 12:43 PM
kalau org susah memang syukurla diorg dpt jgk telur kan..tp kalau bakeri yg buat gitu mmg hamjad la
Quote rospinki 13-2-2020 12:53 PM
sapa yg komen belagak tu? penampau jek
dari makan kat luat kt mamak tu lagi byk kuman
orang tu beli utk berjimat dari memintak2 macam kau asik mintak belanja makan freee lagi kuman
Quote LadyCarefree 13-2-2020 12:59 PM
Tu lah psal iols takut makan kt kedai2 xtentu sbab ayam kuning la apa lah sayur dh reject derang beli.
Quote miraclehopes 13-2-2020 01:01 PM
Iols baru tau ada jual telur mcm ni....
Quote miraclehopes 13-2-2020 01:03 PM
Kurex replied at 13-2-2020 12:17 PM
twringin nak makan telur separuh masak cicah roti bakar diwaktu petang

Menu iols breakfast tadi
Quote MsKathryn 13-2-2020 01:10 PM
Baru tau ada jual telur pecah...

Lihat semua komen(65)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.122360s Gzip On
To Top