Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bahagia Rasanya Bila Pulangkan Dompet Orang..

12-2-2020 06:24 PM Komen: 33
“Saya bersyukur dapat mengembalikan dompet kepada yang hak dan pemilik asalnya."

Itulah yang dikatakan oleh Mohamad Azri Abdul Razmi, 27 yang juga merupakan pekerja Menara Taming Sari (MTS) di Bandar Hilir, Melaka. 

Memetik laporan Harian Metro, lelaki ini terkejut ketika menemui dompet berisi duit yang banyak ketika memeriksa kabin MTS pada 6.30 petang, minggu lalu. 

Dia terus menyerahkan dompet itu kepada pihak pengurusan menara tersebut. 

Kredit foto: Harian Metro

“Saya niat kerana Allah dan perlu jujur kepada diri serta semua menjadi asas yang penting ketika bekerja. Saya tidak mengharap sebarang balasan kerana semuanya diatur ketentuan Ilahi untuk membalasnya.

“Saya gembira pemiliknya dapat semula barangan mereka dengan keadaan baik dan tidak terusik,” katanya. 

Dalam pada itu, Azri berkesempatan bertemu dengan anak kepada pemilik dompet itu, Melissa Shum yang kini menetap di Jerman. 

Menurutnya, Melissa sangat berterima aksih kepada pihak kakitangan dan pengurusan yang menemui dompet itu. 

“Kebiasaan setiap barang yang ditemui akan diserahkan kepada pengurusan dan pihak polis.

“Jika terdapat maklumat, kami turut menghubungi pemiliknya malah pernah mengirimkan barangan kepada pelanggan atas persetujuan mereka.

“Saya memang dilatih untuk tidak mengambil hak orang dan sebelum ini pernah menemui pelbagai barangan pelanggan dan menyerahkan kepada pengurusan,” ujarnya. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 33
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote girlfridayz 17-2-2020 03:14 PM
supernaturalee replied at 17-2-2020 01:07 PM
i tried the other day
tp i xblh nk imagine langsung
i just baca je ayat 4 tu smpi 7x

Xpe.. ada rezeki uols tak ke mana tu..

Lain-lain Komen

Quote akumak 12-2-2020 07:04 PM
Alhamdulillah. Semoga menjadi contoh kpd org lain
Quote matchstick 12-2-2020 07:20 PM
Bagus.. Semoga murah rezeki adik ni
Quote gummiebear 12-2-2020 07:25 PM
Bagus dik.. amanah
Quote Kurex 12-2-2020 07:53 PM
berbeza dgn opismate aku, barang aku hilang, dorang lagi sorok tempat lain. patut aku cari tak jumpa dekst tempat yg hilang tu. lepas tu alasan bagi aku le gajaran agar tak careless lagi. padahal bila barang dirang hilang, aku bagi masa tu jugak
Quote pichee 12-2-2020 08:22 PM
Kurex replied at 12-2-2020 07:53 PM
berbeza dgn opismate aku, barang aku hilang, dorang lagi sorok tempat lain. patut aku cari tak jumpa ...

Dorg bergurau or apa tu
Quote Lengkong 12-2-2020 09:10 PM
Tahniah adik..



Quote Supersirap 12-2-2020 09:44 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan harian
Quote ellez 12-2-2020 09:45 PM
Beberapa bulan lepas iols terjumpa hp org tercicir di residensi iols tp iols takut nk amik(pegang) even niat iols nk htr kpd concierge..so iols kol concierge ckp ada jumpa hp n suh heshe dtg amik n simpan sana tgu org dtg tuntut..tu jelah
Quote Kurex 12-2-2020 09:56 PM
pichee replied at 12-2-2020 08:22 PM
Dorg bergurau or apa tu

tak tau la.. sampai aku cari dalam tong sampah.. biarkan aki cari sampai 2 jam, esok tu baru bagi tu bukan gurauan dah..lepas tu aku jumpa barang dorang, aku biarkan. bila dorang mintak tolong,  aku bolayan je
Quote neez_cookies 12-2-2020 11:43 PM
Iols pon pernah kat mesin ATM orang tu keluarkan duit. Kad dia ambik terus tinggalkan duit tu. Berkepuk duit nasib iols sempat panggil bagi duit dia yang tertinggal kat mesin tu.
Quote bintangct 13-2-2020 12:55 AM
iols penah jumpa dompet org tercicir bwh kereta iols... lps tu iols terus bg kat customer service mall tu.. eleh byk plak procedure & rasa agak bazir masa iols.. cs tu suh iols isi form la lps tu kira duit dlm tu bla bla Dah la iols masa tu kejar xnak jem balik keje Tak lama lps tu pemilik dompet tu mesej iols say tq and tnya mcm mana nk balas budi. iols just reply spread the kindness to others. tq
Quote asteruk2 13-2-2020 01:19 AM
Pernah buat perkara yg sama.. jumpa kat bus stop.. terus hantar kat balai polis..
Quote Buritan 13-2-2020 06:16 AM
Kurex replied at 12-2-2020 09:56 PM
tak tau la.. sampai aku cari dalam tong sampah.. biarkan aki cari sampai 2 jam, esok tu baru bagi  ...

Org mmg mcm tuu kurek suke membuli
Quote Buritan 13-2-2020 06:18 AM
asteruk2 replied at 13-2-2020 01:19 AM
Pernah buat perkara yg sama.. jumpa kat bus stop.. terus hantar kat balai polis..

Aku selalu jumpa dompet  masa kat u.. otak ligat suruh amik tp aku takut kena cash dgn kesusahan org lain.. jd aku pulang ajr laa.. hik hik hik

Quote rosasen 13-2-2020 07:21 AM
Bagus dik...
Quote elzy 13-2-2020 08:09 AM
Bagus, harus dicontohi ..

Quote top5complete 13-2-2020 08:44 AM
dompet tu tiada duit kot.. cuba dalam tuh ada 1k
Quote aya_D'Brutal 13-2-2020 09:01 AM
top5complete replied at 13-2-2020 08:44 AM
dompet tu tiada duit kot.. cuba dalam tuh ada 1k

ada duit sis, cuba baca sekali lagi

'Memetik laporan Harian Metro, lelaki ini terkejut ketika menemui dompet berisi duit yang banyak ketika memeriksa kabin MTS pada 6.30 petang, minggu lalu.'
Quote zasssssss 13-2-2020 09:39 AM
baru minggu lepas aku ada jumpa sejumlah duit yg agak banyak dalam plastik kt sebuah pasaraya borong ni....terkedu jap tak tahu nak buat apa...last2 bg kt budak cashier tu bgtau ada jumpa duit dan kalo ada org dtg bertanya maybe duit tu dia punya.....

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.103164s Gzip On
To Top