Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Takut Koronavirus, Klinik Enggan Rawat Pesakit Demam?

Oleh: LilRose|12-2-2020 06:10 PM Komen: 35
Tindakan sebuah klinik di Singapura mencetuskan tanda tanya apabila menolak pesakit yang demam dan mengalami simptom wabak koronavirus daripada memasuki premisnya.

Lapor Asia One, tular di Facebook selepas seorang pengguna memuat naik gambar notis di Klinik Keluarga & Surgeri di Ubi.


Kredit foto: FB

selain demam dan menunjukkan simptom virus berkenaan, notis itu meminta pesakit yang mengunjungi China dalam masa 14 hari lalu supaya pulang dan mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.


Kredit foto: FB

Kredit foto: FB

Tindakan klinik berkenaan mencetuskan kekeliruan di kalangan ramai mengenai tindakan yang sepatutnya dilakukan sekiranya mereka mengalami demam biasa.

"Kalau saya demam biasa, adakah saya perlu masuk dan memaklumkannya kepada staf atau terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan? Keliru lah," soal warganet.


Kredit foto: FB

Seorang doktor di klinik berkenaan kemudian tampil menjelaskan kekeliruan ramai dalam satu temu bual bersama Shin Min Daily.

Katanya, mereka tidak bermaksud menolak untuk merawat pesakit yang mengalami simptom berkenaan, sebaliknya tindakan itu adalah langkah melindungi pesakit lain seperti orang tua dan kanak-kanak yang lebih berisiko dijangkiti koronavirus.

Jelasnya, klinik itu biasanya menerima jumlah pesakit yang ramai hingga boleh memakan masa dua jam untuk bertemu doktor.

Justeru, mereka mengeluarkan notis meminta individu yang mengalami simptom koronavirus supaya tidak masuk ke dalam klinik dan menunggu di luar premis berkenaan.

Bagaimanapun, notis itu mencetuskan kekeliruan apabila ia hanya menyatakan "Tolong jangan masuk ke dalam klinik".

Lantaran itu, doktor terbabit memaklumkan bahawa notis berkenaan akan diganti dengan notis baru yang mesejnya lebih mudah difahami, sekali gus menjelaskan bahawa mereka tidak menolak untuk memberi rawatan kepada pesakit.

Sebaliknya, mereka yang mengalami demam dan simptom koronavirus perlu menunggu di luar premis sementara menunggu giliran untuk bertemu doktor. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 35
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 15-2-2020 08:04 AM
dubuk replied at 15-2-2020 08:00 AM
mujarab

Alhamdulillah

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 12-2-2020 06:22 PM
Penting tulis notis dengan jelas salah guna ayat salah pemahaman orang mengenainya
Quote diiyanazakaria 12-2-2020 06:57 PM
Kan dia tulis dekat note yg kt bawah and, means all three conditions must met la.. ade 1 note je yg tulis or, tu mcm xleh pakai
Quote sarah82 12-2-2020 07:32 PM
Aku faham...Klinik ni tak terima pesakit yg ada simptom2 yg tertulis untuk mengelak berlaku penyebaran wabak kepada org lain yg tgg giliran nak jumpa Dr kat klinik ni. Langkah berjaga2 yg klinik ni ambik dah betul cuma penggunaan ayat yg kurang jelas.
Quote Ladybird910 12-2-2020 07:48 PM
Baik jgn amik medic dlu..choi sgt prangaii
Quote AbukRokok 12-2-2020 08:25 PM
ni pun bru pulih skit dri demam dan batuk... klu gi klinik pandai2 je dia kuarantinkan aku
Quote dubuk 12-2-2020 08:32 PM
AbukRokok replied at 12-2-2020 08:25 PM
ni pun bru pulih skit dri demam dan batuk... klu gi klinik pandai2 je dia kuarantinkan aku

kau makan ubat apa tak pergi klinik ? aku pun tak nak pergi

Quote Nana_Man 12-2-2020 09:51 PM
sarah82 replied at 12-2-2020 07:32 PM
Aku faham...Klinik ni tak terima pesakit yg ada simptom2 yg tertulis untuk mengelak berlaku penyebar ...

Memang btl tindakan clinic tu. Pasal kat tv pun announce kalau ada symptom2 tu, terus gi ke hosp. Tapi ada jgk yg tak pegi. Lagi2 yg kene jangkit skrg pun tak gi china. Dorang pun tak terfikir yg dorang sakit ni.
Kwn i ckp skrg kalau ada demam n symptom2 lain, kalau org tu gi clinic, clinic cepat2 call  ambulance untk antar pesakit untk test di hosp. Kalau negative, bole balik.
Baru minggu lepas kat clinic dkt ruma i ada suspected case ni. Nasib negative.
Quote Nana_Man 12-2-2020 09:53 PM
dubuk replied at 12-2-2020 08:32 PM
kau makan ubat apa tak pergi klinik ? aku pun tak nak pergi

Standby jer panadol dan ubat2 yg biasa kat ruma. Beli kat pharmasi.
Tapi kalau gi klinik, leh dpt mc.
Quote sarah82 12-2-2020 09:54 PM
Nana_Man replied at 12-2-2020 09:51 PM
Memang btl tindakan clinic tu. Pasal kat tv pun announce kalau ada symptom2 tu, terus gi ke hosp.  ...

Betul.. Klinik tu buat benda betul.. Cuma ayat tu kot buat org salah faham.
Quote Nana_Man 12-2-2020 10:01 PM
dubuk replied at 12-2-2020 08:32 PM
kau makan ubat apa tak pergi klinik ? aku pun tak nak pergi

Standby jer panadol dan ubat2 yg biasa kat ruma. Beli kat pharmasi.
Tapi kalau gi klinik, leh dpt mc.
Quote Nana_Man 12-2-2020 10:02 PM
sarah82 replied at 12-2-2020 09:54 PM
Betul.. Klinik tu buat benda betul.. Cuma ayat tu kot buat org salah faham.

Ayat tu direct sgt.. haha.. tapi tulis btl2 pun dorang tak paham. Nothing new.
Quote sarah82 12-2-2020 10:06 PM
Nana_Man replied at 12-2-2020 10:02 PM
Ayat tu direct sgt.. haha.. tapi tulis btl2 pun dorang tak paham. Nothing new.

Tu la.. Kita faham saja maksudnya.. Tapi depa suka buat2 tak faham.. Lps tu play victim.
Quote krustykrab 12-2-2020 10:28 PM
Klinik izham pun ada notis mcm tu
Quote KIM.K 12-2-2020 10:58 PM
Kalau iols in perfect isolation pun memang bengang dilawati oleh disease carriers
Quote MadameOnion 12-2-2020 11:26 PM
Edited by MadameOnion at 12-2-2020 11:29 PM

Pimai pimai pun mmg nak kena pi hospital kalau demam lebih 3-4 hari kan..watpa susah2 nak buat keja 2-3 kali
Quote dubuk 12-2-2020 11:57 PM
Nana_Man replied at 12-2-2020 09:53 PM
Standby jer panadol dan ubat2 yg biasa kat ruma. Beli kat pharmasi.
Tapi kalau gi klinik, leh dp ...

tak nak ubat pil putih/warna warni.. benda lain ada.. ?

Quote dubuk 12-2-2020 11:58 PM
Nana_Man replied at 12-2-2020 10:01 PM
Standby jer panadol dan ubat2 yg biasa kat ruma. Beli kat pharmasi.
Tapi kalau gi klinik, leh dp ...

tak nak ubat pil putih/warna warni.. benda lain ada.. ?
Quote nooriesz 13-2-2020 12:11 AM
btul la tindakan clinic tu.. ke si kiasu xboleh nk terime ayt tuu..
Quote Nana_Man 13-2-2020 06:28 AM
dubuk replied at 12-2-2020 11:57 PM
tak nak ubat pil putih/warna warni.. benda lain ada.. ?

Kalau demam panas, ko letak hirisan bawang merah kat tapak kaki dan sarung ngan stokin. Minum air bnyk2. Kalau batok, letak vicks kat tapak kaki,sarung stokin jgk. Sedara aku suka mkn bawang putih mentah2 bila sakit.
Ni kalau ko nk ikut lah. Mujarab atau tdak, tgk badan masing2.

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.113609s Gzip On
To Top