Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tak Rela Berpisah, 16 Tahun Lelaki Tidur Sekatil Dengan Mayat Isteri

11-2-2020 05:17 PM Komen: 27
Kasihnya seorang suami hingga sanggup tidur dengan mayat isteri setiap malam selama 16 tahun.

Odditycentral melaporkan, kisah Le Van pernah tular pada 2009 dan orang ramai beranggapan ianya hanya sebuah cerita yang sengaja direka.


Kredit foto: Odditycentral

Mana tidaknya, siapa saja yang sanggup menggali semula mayat isteri dari perkuburan, dibawa pulang untuk tidur bersama. Tapi, inilah kebenarannya. 

Walaupun mendapat tentangan daripada keluarga dan penduduk kampung, Le Van tekad tidak akan meninggalkan 'isterinya' itu.

Difahamkan, pasangan itu berkahwin pada 1975 di usia muda dan memiliki tujuh cahaya mata. Namun, pada 2003 dia menerima perkhabaran kematian isterinya ketika sedang bekerja di luar kawasan sebelum bergegas pulang.


Kredit foto: Odditycentral

Lelaki itu bagaimanapun hanya sempat menatap wajah insan kesayangannya beberapa minit sebelum dikebumikan. Dia yang terkejut dengan kematian isterinya menghabiskan masa setiap hari di kubur. 

Malah, dia dikatakan tidur di kubur isterinya sehingga berbulan lamanya sehinggalah dia mula risau dengan keadaan cuaca buru dan menggali lubang di bawah kubur mendiang supaya dapat tidur di sebelah mayat isterinya sebelum tindakannya diketahui anak-anak yang kemudian melarang dia daripada ke kubur lagi.

Lelaki itu kemudian membuat keputusan menggali keluar mayat mendiang isterinya untuk dibawa pulang ke rumah dan mula membuat patung dari plaster, simen, gam dan pasir untuk dijadikan 'jasad' baru isterinya. 

Selama 16 tahun setiap malam, dia tidur bersama patung yang mengandungi mayat isterinya.

Tindakan Le Van dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana penduduk setempat bimbang lelaki itu akan menyebarkan penyakit. Namun, semua usaha orang ramai termasuk pihak berkuasa gagal memujuk Le van untuk memulangkan mayat isterinya ke tempat sepatutnya.


Kredit foto: Odditycentral

Menurut Net News Vietnam, walaupun berkerusi roda sejak dua tahun lalu, Le Van akan merangkak naik ke atas katil untuk tidur bersama 'isterinya'.

Malah, dia menguruskannya setiap hari seperti membersihkannya dan menggantikan pakaian serta mengenakan solekan, yang mana semuanya tidak pernah dilakukannya ketika isterinya masih hidup. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-2-2020 01:26 AM
walaupun kemungkinan busuk dan sebagainya serta ada bau2... tapi jelas nampak dia seorang yang setia di mana tiada lelaki seperti ini di muka bumi...

mungkin dia bukan manusia...

Lain-lain Komen

Quote sarah82 11-2-2020 05:25 PM
Tak busuk ka..creepy
Quote cikatilia 11-2-2020 05:28 PM
kalau xde topeng tu
camna lah agaknya ya muka badan isteri tu

Quote Austranesia 11-2-2020 05:33 PM
ada jugak lelaki setia kat dunia ni..1 dalam 7.7 bilion manusia
Quote ArchieCharlie 11-2-2020 06:12 PM
Sedihnya...setia ke akhir hayat, beruntung mendiang isteri dia
Quote MissVixen 11-2-2020 06:22 PM
Sedihnya. Jarang ada yang setia betul2 dan tak nikah lagi. Dah tak boleh berjalan pun sanggup uruskan patung tu lagi.
Quote ChildrenOfBodom 11-2-2020 06:23 PM
'till death do us unite
Quote yuki812 11-2-2020 06:24 PM
nak doakan laki ni pon mati cepat leh tak??
biarlah kononnya cepat mereka bertemu di syorga.
Quote irapie 11-2-2020 07:28 PM
Ermmm sayang sampai mcm tu sekali
Quote jazaa100 11-2-2020 07:32 PM
ArchieCharlie replied at 11-2-2020 06:12 PM
Sedihnya...setia ke akhir hayat, beruntung mendiang isteri dia

Sebenarnya dia rasa mnyesal.....

Masa wife hidup tak jaga elok elok...bila dah meninggal...baru tersedar
Quote belilies 11-2-2020 07:32 PM
Yak hampunn... Obsessnya... Geli iols tengok
Quote violetungu 11-2-2020 08:59 PM
Sedihnya..Terteringat plak citer puaka tebing biru macamni la citer dia..tapi bini sampai jadi hantu la.
Quote gideoncross 11-2-2020 09:43 PM
Susah nak dpt llaki yg btul2 setia zman ni, kudos to mendiang bini bliau.
Quote Knowlee 12-2-2020 05:51 AM
Mesti ada yg tak complete dlm diri dia tu yg membuatkan dia jadi mcm tu.
Quote sukacactus 12-2-2020 06:44 AM
Ini dah masuk kategori gila dah ni
Quote CiliPadiSedap 12-2-2020 08:14 AM
Kenapa wife dia malam2 xjadi hantu cekik suami dia?
Quote MadameOnion 12-2-2020 09:12 AM
Sakit mental ni..
Quote maitang 12-2-2020 09:30 AM
rasa sbb beliau ni menyesal jugak kot... moral untuk kita yg waras is to appreciate what we have.
Quote dani-rox 12-2-2020 09:31 AM
kesian bininya, dah mati pun laki takbleh nak lepaskan
Quote husna_amal 12-2-2020 09:37 AM
kalau dah melampaui batas mungkin ada masalah mental ni. mungkin dia tak sedar dia ada peluang untuk mencintai perempuan lain setelah ketiadaan isterinya itu.

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
3.661073s Gzip On
To Top