Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Peminat Mengamuk Mikrofon Siti Nurhaliza 'Mute', Nah TV3 Dah Ganti Video Terbaharu!

10-2-2020 12:17 PM|intan| Komen: 72

Kecoh di media sosial terutamanya di Twitter apabila peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berang apabila kemunculan beliau di pentas AJL ke 34 mengalami masalah teknikal apabila mikrofon tidak berfungsi.

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti membuat kemunculan istimewa dengan menyampaikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof. Persembahan tersebut mendapat tepukan gemuruh penonto di stadium Axiata Arean, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kredit foto: Carian Google

Rata-rata peminat dan penonton yang hadir tidak menjangkakan kehadiran penyanyi kesayangan itu di pentas AJL tersebut.

Namun, di sebalik kemeriahan persembahan tersebut, penonton di rumah meluahkan rasa tidak puas hati apabila suara Siti tidak kedengaran di penghujung persembahan itu.

"Tokti buat kemunculan di AJL 34 tapi sayang mikrofon tak berfungsi,"

"Pulangkan semula momen paling bermakna! Kenapa mikrofon tak buka?" antara komen netizen di laman Twitter.

Kredit foto: Instagram CTDK
Peminat menganggap insiden seperti itu tidak seharusnya berlaku dalam anugerah berprestij seperti itu.

Sebelum ini, Tokti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong di pentas AJL. Ini berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu Anta Permana yang telah dipersembahkan oleh Bob telah layak bersaing pada peringkat separuh akhir, tahun lalu.


Terbaru, TV3 telah memuat naik video persembahan dengan audio penuh untuk tatapan peminat di laman Youtube.

Apa pula pendapat anda? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 72
Komen

Previous : "Patutlah Elok Je Takda Kontroversi" - Elak Gosip Cinta Cara Ungku Ismail

Next       : Terlajak Yakin Lagu Sedap Dan Suara Merdu, Aliff Syukri Terkilan Tak Diangkat Ke AJL

Komen Terbaru

Quote sixret 13-2-2020 06:11 PM
akubest replied at 13-2-2020 04:01 PM
terima kasih dekkkk sbb rajin stalk akak
jgn ingat tokti je ada haterzzz
akak angelina colie m ...
akak tunjuk kat bradpitt jawa akakvideo mic tak bebunyik tu

jenuh dia gelak
katanya
kesiannnn...baru nak tarikkkk dah tak bebunyik
kunun hero la tuuuu masuk part tinggi

jilaker sangat mulot laki hakak menganjeng


Dengan statement akak yang gigih tunjuk video kat laki akak, insya Allah ada orang yang akan ingat akak.


Lain-lain Komen

Quote sleepandream 10-2-2020 12:28 PM
banyak jugak benang tokti walaupun hanya muncol seminit jahh
benang juara mana chuols

goosebump yach masa tokti masuk...
and baju tokti cantik gitewww...
Quote RatuDunia94 10-2-2020 12:39 PM
So next year masih berniat nk mencemar duli ke cemana? Sementelah lagu Pontianak tu masih dlm carta..
Quote pinkzara 10-2-2020 12:41 PM
Patutlah tgk tadi rasa lain.. Dah tukar ye
Quote BicaraHatiku 10-2-2020 12:44 PM
Edited by BicaraHatiku at 10-2-2020 01:19 PM

Comeback yang tak menjadi selain gimik pocong berjurai darah. Failed teruk AJL kali ni...
Dengan UFO, visual ala guna powerpoint, ranting2 kayu, bunga2 plastik....ehhh apo ni TV3?


Quote msdummy.2018 10-2-2020 01:17 PM
BicaraHatiku replied at 10-2-2020 12:44 PM
Comeback yang tak menjadi selain gimik pocong berjurai darah. Failed teruk AJL kali ni...dengan visu ...

aku xtengok AJL lagi...cuma record jer....hjg minggu br tgok...tp GPH cakap yg terbaik tahun nie
Quote suiskipas 10-2-2020 01:31 PM
Bob nyanyi baru la clear segala butir lirik die. Selama tokti nyanyi, tak pernah ku faham buah butir die ....suara die tak kluar sebijik2 mase nyanyi tu...so, gud job utk bob
Quote belilies 10-2-2020 01:50 PM
Siti dah preggo ke?

Btw, fans siti meroyan sangat pasal mic tu. Yg kes laki nyanyi sora siti dulu tu pun sentap lebey. Why iols rasa fans siti agak defensive lately....
Quote harisbee 10-2-2020 01:54 PM
suiskipas replied at 10-2-2020 01:31 PM
Bob nyanyi baru la clear segala butir lirik die. Selama tokti nyanyi, tak pernah ku faham buah butir ...

byk taik telinga lewtu..CT nyanyi jelas jer utk lagu anta permana...
Tp ye..Bobby nyanyi pun jelas
Quote hijau88 10-2-2020 01:55 PM
Napa tetibe video kat atas tu bleh ada suara dct? Suara mana dorg ambik tu? Mic off tp leh record suara ke apa.
Quote harisbee 10-2-2020 01:55 PM
RatuDunia94 replied at 10-2-2020 12:39 PM
So next year masih berniat nk mencemar duli ke cemana? Sementelah lagu Pontianak tu masih dlm carta. ...

boleh nak nak mencuba alang2 cameo disabotaj kan...wpun lagu tu gitu...tp leh la CT nak mencuba rangkul vokal  terbaik sebab lagu tu besar..panggil fazura remy jadi cameo...silap2 jd mcm hafiz tahun ni
Quote harisbee 10-2-2020 01:57 PM
hijau88 replied at 10-2-2020 01:55 PM
Napa tetibe video kat atas tu bleh ada suara dct? Suara mana dorg ambik tu? Mic off tp leh record su ...

audio utk broadcast mmg x dengar...audio utk dlm stadium x tau...MIC tu on cuma ia tidak disambungkan ke broadcasting
Quote harisbee 10-2-2020 01:57 PM
belilies replied at 10-2-2020 01:50 PM
Siti dah preggo ke?

Btw, fans siti meroyan sangat pasal mic tu. Yg kes laki nyanyi sora siti dulu ...

dlm proses kan...x sabar nak dpt baby boy katanya..
Quote September14 10-2-2020 02:07 PM
Cash la ngada2 sgt...
Quote harisbee 10-2-2020 02:10 PM

dengki lew tu
Quote Sangkar_Emas7 10-2-2020 02:14 PM
Cantik giler siti smlm...baju tu pon cantik.

I jerit time siti keluar...tp syg laa microphone tak function.
Quote fuyupoktek 10-2-2020 02:15 PM
Cashhh! Hahaha
Quote misspokoyo 10-2-2020 02:20 PM
Baju cantik gile.... Selalu baju Sheila mesti haukkkkk
Quote noraidil_06 10-2-2020 02:22 PM
I love nu tok ti. Muahs
Quote RumiMenari 10-2-2020 02:23 PM



Ngamok pun tak boleh tukar keadaan.. 1 dunia nengok..

Lihat semua komen(72)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.101844s Gzip On
To Top