Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Harap Tiada Lagi Pihak Pendam Rasa Dengan Rare" - Ilya Buang Mohon Maaf

11-2-2020 04:37 PM|Oleh: natrahn | Komen: 20

Kredit Foto - Instagram Ilya dan Facebook MBSA

"Pada saya, benda ini takkan berulang lagi dan kalau boleh, saya pun tak mahu ada lagi perkara seperti ini. Mungkin pandangan setiap orang berbeza, tapi saya ambil ini sebagai pengajaran dan tak memandang sebagai benda remeh." 

Pelawak Ilya Buang, 53, dan kumpulan Rare tampil membuat permohonan maaf selepas digam menggunakan lawak yang menyindir kerajaan Pakatan Harapan di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019).

Video sidang media tersebut dikongsi semula menerusi laman instagramnya.



Kata kumpulan itu, tindakan mereka juga telah memberi kesan dan impak yang tidak baik kepada diri dan juga MBSA semasa sidang media permohonan maaf yang dirakam hLive!.

Susulan permohonan maaf itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi laman Facebook rasmi mereka mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meluluskan permit hiburan kepada Illya bagi porgram Sepahtu Reunion 2020. 



Kredit foto: Facebook MBSA

Syukur, akhirnya Pak Ya dan Kumpulan Rare dah boleh kembali beraksi di MBSA atau kawasan Shah Alam. 

Semoga agenda seni tempatan negara bebas dari menyentuh isu sensitif dan terus  bermanfaat kepada masyarakat. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 20
Komen

Previous : "Patutlah Elok Je Takda Kontroversi" - Elak Gosip Cinta Cara Ungku Ismail

Next       : "Kenapa Kau Pergi Dulu Bam.." - Sahabat Tak Dapat Tahan Sebak Pemergian Abam

Komen Terbaru

Quote cikuduku 13-2-2020 03:07 PM
LadyCarefree replied at 12-2-2020 08:23 AM
Oh ya? Selangor negeri kaya. Apsal jd camtu

tah la maybe duit habis bayar elektrik utk wrap led board keliling bangunan kot. hahaha

Lain-lain Komen

Quote Perawankota 11-2-2020 04:59 PM
Baguslh dorg buat mcmni..
Quote Kurex 11-2-2020 05:04 PM
lek le pakya..  nanti pee esh tumbang jugak
Quote yonq 11-2-2020 05:11 PM
buat malu shah alam je

MBSA, sila turap jalan sebelum sibuk nak ban2 orang! jalan besar depan tu hah dah berapa tahun tak turap! lubang sana sini penat ooo nak repair alignment & bearing! ni dok sebok turap jalan besar seksyen 7 (rumah MB) je hapooooooooo!
Quote katakau 11-2-2020 05:22 PM
for me tak perlu minta maaf sebab apa yang diketengahkan memang betul pun.muak dengan apa yang jadi sekarang ni.tapi yelah kesian kalau sampai melibatkan periuk nasi dorang.
Quote azhardanil 11-2-2020 05:59 PM
Siapa ingat / tahu apa sebenarnya diorang cakap masa persembahan tu..?
Quote matbad 11-2-2020 06:06 PM
Sentap cangatttt..hati tisuuuu
Quote natrahn 11-2-2020 06:51 PM
azhardanil replied at 11-2-2020 05:59 PM
Siapa ingat / tahu apa sebenarnya diorang cakap masa persembahan tu..?

cakap pasal ph air je... pastu ropie balas - terukk
Quote Cassieopeia 11-2-2020 07:24 PM
bende lawakpn jd isu tah pape la..
Quote lee_sakura 11-2-2020 07:33 PM
pegawai mbsa pon tersenyum girang, maybe dia pon peminat pakya atau program sepahtu reunion jg kot...
Quote Melorqe 11-2-2020 08:52 PM
tak buat kat dewan mbsa tak boleh ke?
penduduk komplen pun bukannya korang nak buat  kerja
turap jalan pun punya la nipis, lepas sebulan berlubang balik.
Quote CinnamonR 11-2-2020 11:01 PM
Lorhhh...itupun kne mintak maaf kee..mati2 aku ingat tajuk die ilya tu buang mohon maaf..rupenye nama bapak die buang..
Quote Konahhh 11-2-2020 11:18 PM
Kata Malaysia baru? Agaknya MB ni takut mengguris perasaan PH la kot, tu artis sampai melawak pun kena minta maaf
Quote cikuduku 11-2-2020 11:59 PM
apsal mbsa yg siap ada meet n greet? korang kenapa? hahahahahaahahhahahahhaahhahahahahhaha.
Quote cikuduku 12-2-2020 12:00 AM
Melorqe replied at 11-2-2020 08:52 PM
tak buat kat dewan mbsa tak boleh ke?
penduduk komplen pun bukannya korang nak buat  kerja
turap j ...

auditorium mbsa ni terlalu busuk sgt dulu. dah brp tahun dah show besar buat kt tpt deme. upgrade la sikit. tu pun bau tetpa hancing toiletnya. standby la cleaner ko masa org sibuk ada show. apooooooo???
Quote LadyCarefree 12-2-2020 08:23 AM
cikuduku replied at 11-2-2020 11:00 PM
auditorium mbsa ni terlalu busuk sgt dulu. dah brp tahun dah show besar buat kt tpt deme. upgrade  ...

Oh ya? Selangor negeri kaya. Apsal jd camtu
Quote husna_amal 12-2-2020 09:27 AM
Kerajaan PH cepat sentap. Sebab itu pun nak sekat diorang ni.
Quote rosannazmia 12-2-2020 10:28 AM
Dua2 sama je maksudnya former n later. Kuat sentap, mcmana lah warga seni nak berpikiran kritis asik2 lawak style 90an..boringggg..baiik akk tgk comedy central lagi bes. Bc buku Trevor noah, Hassan minhaj.. Lagi berkembang otak
Quote silampumeja 12-2-2020 12:34 PM
azhardanil replied at 11-2-2020 09:59 AM
Siapa ingat / tahu apa sebenarnya diorang cakap masa persembahan tu..?

kalau tak silap dia buat lawak kate kalau nak minum air kena check isi air tu dulu elok tak untuk diminum, kena check pH... so diorang tanye, ph macamana? then ropi jawab:TERokkk!!! gitulah lebih kurang
Quote YomiuriLandMae 12-2-2020 10:35 PM
mati2 iols ingat tajuknya Illya buang mohon maaf.. 'buang' tu as literally as buang..

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
4.440425s Gzip On
To Top