Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Rakyat China Tiup Wisel Ratapi Kematian 'Hero Koronavirus' Li Wenliang

Oleh: LilRose|9-2-2020 11:47 AM Komen: 23
Warganet China meluahkan kemarahan dan rasa sedih atas kematian Dr Li Wenliang, salah seorang doktor yang memberi amaran awal mengenai wabak novel koronavirus.

Memetik Shanghaiist, Li, 34, meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat jangkitan wabak berkenaan. 


Kredit foto: Shanghaiist

Kematian doktor itu diumumkan dua kali selepas laporan pertama mencetuskan kemarahan warganet negara itu apabila pihak berwajib dikatakan gagal menyelamatkannya.

Difahamkan, awal Januari lalu, Li merupakan antara lapan doktor di Wuhan yang ditahan polis kerana menyebarkan khabar angin mengenai kemunculan jangkitan virus misteri di Pasar Segar Makanan Laut Huanan.

Li dipaksa menandatangani surat yang menyatakan dia akan mematuhi nasihat polis dan berhenti daripada menyebarkan maklumat palsu dan haram mengenai wabak berkenaan. JIka tidak, dia akan dikenakan tindakan undang-undang.

Kematian Li diratapi orang ramai yang menganggapnya sebagai wira.

Pada Jumaat, sekumpulan individu berhimpun di perkarangan Hospital Wuhan, tempat di mana Li berkhidmat dan menghembuskan nafas terakhirnya, meratapi kematian doktor itu dengan meninggalkan jambangan bunga serta meniup wisel.



Malah, penduduk di rumah kediaman bertingkat tinggi di Wuhan membuat kekecohan dengan menjerit dan meniup wisel pada waktu malam.





Sementara itu, seorang lelaki menulis ucapan perpisahan 'Selamat tinggal Li Wenliang' di atas jalan bersalji.



Malah, kerajaan negara itu teruk dihentam dan dikritik warganet menerusi aplikasi Weibo dan WeChat walaupun kebebasan suara mereka disekat dengan undang-undang penapisan. - CARI






Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 23
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ladybird910 11-2-2020 10:21 AM
This youtubers sharing is very good...

tp just to be caution, ada siapa2 pandai bahasa cina blh la tlg confirm balik betul ke translation yang dibuat tu sama meaning ke x...

Lain-lain Komen

Quote Kurex 9-2-2020 12:51 PM
kan bagus kalau korang tak makan benda pelik..takde la kena tiup2 wisel
Quote alesandra 9-2-2020 12:56 PM
sebagai insan kerdil ciptaan Allah maha pencipta dan atas rasa kemanusiaan aku simpati dan sedih bila tgk video tu.
Quote ina_na 9-2-2020 01:16 PM
Sedih gak doc meninggal.. Dah la kn tangkap sblm tu. Kesian kat para petugas medical sbnrnye terpaksa korbankan nyawa.. Tp lg Sedih krjn kita ambik enteng je.. Singapore dah umumkan amaran jingga tuk keselamatan.. Kesian la kita yg kat Johor ni.. Huhuhu
Quote gummiebear 9-2-2020 01:19 PM
I feel sad

Gone too soon. RIP Dr. Li
Quote munchkin 9-2-2020 01:23 PM
Makan lah benda baik2. Ikutlah rantaian makanan macam manusia normal lain. Sebab tu aku menyampah ngan andrew zimmerman. Membelahak benda kotor sedap katanya. Makan durian jijik..
Quote Ladybird910 9-2-2020 02:06 PM
Masa kes Ughyur..ko kata palsu.now betul2 isu national security pon ko kata palsu..Padan muka China..cash Allah bls..
Quote Metana 9-2-2020 03:41 PM
Ladybird910 replied at 9-2-2020 02:06 PM
Masa kes Ughyur..ko kata palsu.now betul2 isu national security pon ko kata palsu..Padan muka China. ...

Kalo aku kata Allah uji Wuhan sbb Allah sayang dekat China cemana?

Quote cmf_premierleag 9-2-2020 03:43 PM
tiup2 wisel buat pa...pi la ganyang gomen negara ko yg bodoh yaakmat tu
dah reramai marah tu, takkan takut dgn gomen yg satu tu
Quote tobby 9-2-2020 03:54 PM
Edited by tobby at 9-2-2020 04:01 PM

di china,  klu kritik KERAjaan ko akan jadi 'org hilang'.




Wartawan China Hilang Selepas Dedah Situasi Sebenar Di Wuhan

Dunia 2 hours ago

Oleh Aiman Nazirmuddin

Seorang wartawan China dilaporkan hilang selepas mendedahkan situasi sebenar di Wuhan yang dilanda wabak coronavirus dalam salah satu video terbaharu di YouTube, minggu lalu.


Chen Qiushi, bekas peguam hak asasi manusia, tiba di bandar itu sehari selepas kerajaan China mengeluarkan perintah berkurung.


Ibu dan teman rapat Chen dilaporkan gagal untuk menghubunginya sejak 7 petang, 6 Februari lalu, lapor salah satu ciapan dari akaun Twitternya sendiri.



Dia pergi ke Wuhan untuk melaporkan wabak koronavirus. Keluarga dan sahabatnya sangat bimbang. Tolong bantu untuk sebarkan berita ini dan menyokongnya, kata ciapan itu.


Chen yang aktif di YouTube dan Twitter telah mendedahkan keadaan sebenar yang disembunyikan oleh Parti Komunis kepada pengikut beliau.

Kedua-dua platform ini telah disekat oleh kerajaan China, iaitu Parti Komunis yang bertanggungjawab mengawal semua platform media sosial. Jadi, untuk melepasi firewall yang diletakkan oleh Kerajaan China, kebanyakkan rakyat mereka telah menggunakan VPN untuk mengakses laman sesawang atau aplikasi yang diharamkan.


Dalam video yang dimuat naik pada 30 Januari lalu, Chen mendedahkan situasi sebenar di Wuhan yang telah dilihat olehnya sendiri dan mengutuk keras kerajaan pemerintah kerana menyembunyikan semua fakta.

Saya singgah empat hospital di Wuhan, dan juga tapak pembinaan Huoshenshan, hospital sementara yang dibina untuk menampung pesakit. Awalnya, tidak banyak orang di hospital. Tetapi selepas saya bertemu ramai orang tempatan, saya mendengar keluhan dari mereka bahawa keadaan masih teruk di Wuhan. Mereka tidak mempunyai kit ujian yang mencukupi, katil, dan doktor yang sangat sedikit. Katanya

Chen mengkritik kerajaan China kerana menyembunyikan maklumat sebenar mengenai coronavirus. Dia juga mengutuk tindakan lambat Parti Komunis terhadap krisis ini.



Dia turut mendakwa pihak berkuasa telah mengganggu keluarganya sejak dia melaporkan situasi sebenar di Wuhan. Saya ada virus di hadapan saya. Di belakang saya pula ada kerajaan China.

Jika saya masih hidup di kota ini, saya akan meneruskan laporan saya, saya hanya akan memberitahu anda apa yang saya lihat, apa yang saya dengar. Katanya.

Kemudian, dengan tangisan, Chen menamatkan video dengan mesej yang jelas untuk kerajaan China.

F**k kerajaan China, saya tidak takut mati. Anda fikir saya takut kerana awak Parti Komunis China? Katanya tegas.



Quote any42 9-2-2020 04:24 PM
wlaupun virus ni bpunca dr tmpt dorang sndri i ttap la kesian & rsa sedih xsngka doc ni antara slah sorang korban sbb virus ni jgk. at least dia berani suarakn apa yg blaku utk bg amaran bjga2 kt smorang. rip doc.
Quote Ladybird910 9-2-2020 04:34 PM
Metana replied at 9-2-2020 03:41 PM
Kalo aku kata Allah uji Wuhan sbb Allah sayang dekat China cemana?

Blh je..kata la apa saja...sajad pon xheran ape orang kata kat dia..#eh!
Quote esteryen 9-2-2020 04:55 PM
cmf_premierleag replied at 9-2-2020 03:43 PM
tiup2 wisel buat pa...pi la ganyang gomen negara ko yg bodoh yaakmat tu
dah reramai marah tu, takka ...

sayang, kt China, orang2 yg demo ni takdenya FRU/pulis layan ngan water spray2 tu ya..mereka tembak je..itulah yg diucapkan kat video yg leak dari rakyat Wuhan..
Quote KIM.K 9-2-2020 04:55 PM
tobby replied at 9-2-2020 03:54 PM
di china,  klu kritik KERAjaan ko akan jadi 'org hilang'.



Oh dah kena tangkap ya. Lama juga dia mampu buat liputan

Sekarang pun takbanyak video dari Wuhan. Yang lucunya sejak org China rajin viral video insiden, publik mat saleh pun ikut. Pandai dah rakam kejadian tembak terrorist bebaru ni. Turki pun sama kes avalanche
Quote makneng 9-2-2020 04:58 PM
Sedihnya. Sangat!
Quote Kuasaberganda 9-2-2020 09:11 PM
cmf_premierleag: tiup2 wisel buat pa...pi la ganyang gomen negara ko yg bodoh yaakmat tudah reramai marah tu, takkan takut dgn gomen yg satu tu

i loike your comment
Quote Afifi82 10-2-2020 02:04 AM
Rest in peace, Dr.
Quote husna_amal 10-2-2020 10:12 AM
Kerajaan China komunis ni memang jenis tak dengar kata2 pakar ke. Doktor bagi amaran awal pun mereka tak ambil peduli.
Quote Sangkar_Emas7 10-2-2020 10:37 AM
Kejap...ade ape2 simbolik ke dgn tiup wisel?
Quote SWORKS27 10-2-2020 10:48 AM
baru hanpa tau betapa kejamnya rejim PRK ni..lagi mau melancong ke sana???

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.174183s Gzip On
To Top