Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

John Cena Dah Ada Kekasih Baru, Tapi Siapa Pula Wanita Lagi Satu Tu?

10-2-2020 11:31 AM|Oleh: PDOT777| Komen: 9



Kalau nak cerita bab bercinta ni, kadang-kadang susah juga kan?

Ada yang bercinta, terus nak serius, nak ada komitmen. Kalau kita lihat budaya di sebelah Barat, ada yang bercinta sampai terus melahirkan anak. Kahwin pun belum, tapi dah ada anak.

Ada yang tak nak bercinta, terus nak bertunang, terus nak kahwin. Perkara ini pun tak terlepas daripada bintang WWE yang juga pelakon Hollywood, John Cena.

Dunia hiburan agak sedih apabila John memutuskan pertunangannya dengan seorang lagi bintang WWE, Nikki Bella. Nikki atau nama sebenarnya, Stephanie Nicole Garcia-Colace meminta untuk putus tunang selepas enam tahun bersama. 


Nikki Bella dan John Cena ketika masih bersama
KREDIT FOTO: lifeandstylemag.com

Mereka tidak mengumumkan secara rasmi bahawa sudah putus tunang, tetapi umum sudah tahu punca mereka putus tunang adalah disebabkan keengganan John untuk mempunyai anak. Mungkin agak pelik bagi sesetengah orang, tapi perkara ini biasa di dunia Barat.

Itu dulu. John sekarang sudah ada teman wanita baru. Sejak tahun lepas, beliau dilihat mesra dan intim dengan jurutera, Shay Shariatzadeh. 

Shay yang juga merupakan seorang pengurus produk, merupakan warganegara Kanada dan berumur 29 tahun, iaitu 12 tahun lebih muda daripada John, 41.


Shay Shariatzadeh
KREDIT FOTO: globeintel.com

John pasti beruntung memiliki Shay mengaku sukakan fizik dan matematik. Dengan otak yang geliga sebagai seorang jurutera, Shay juga memiliki tubuh persis model. Perwatakan Shay juga sangat merendah diri dan tidak suka publisiti, mungkin antara faktor John tertarik kepadanya. 

Difahamkan, kali pertama mereka berjumpa adalah ketika John sedang jalani penggambaran filem Playing With Fire


John bahagia dengan Shay
KREDIT FOTO: lifeandstylemag.com

John mendedahkan hubungannya dengan Shay buat kali pertama pada gala premier filemnya, Playing With Fire. Apabila mengetahui tentang hubungan mereka, Nikki Bella tumpang gembira untuk John walaupun beliau mengakui berasa ‘pelik’.

Jadi, siapa pula wanita seorang lagi itu? Apa kaitannya dengan John Cena?

Agak ramai yang menganggap Nikki ialah wanita pertama dalam hidup John, tetapi bukan.

Wanita dalam gambar ini sebenarnya bekas isteri John. Beliau ialah Elizabeth Huberdeau, cinta pertama John sejak zaman sekolah tinggi. 


Elizabeth Huberdeau
KREDIT FOTO: biographytribune.com

Tidak banyak fakta diketahui tentang hubungan mereka sebelum berkahwin, tetapi dikatakan mereka kali pertama berjumpa ketika Elizabeth masih belajar di Cushing Academy di Ashburnham ataupun ketika di Central Catholic High School di Lawrence. Kedua-dua pusat pengajian ini terletak di bandar kelahiran John Cena, Massachussetts.

Memetik sumber pandagossips.com, Elizabeth pernah bercita-cita untuk menjadi seorang model, berbekalkan wajah yang cantik dan potongan badan yang sesuai. Tapi, hasratnya tidak kesampaian, jadi beliau kejar cita-cita dalam bisnes hartanah. 

Hubungannya dengan John tidak pernah diketahui, sehinggalah John sendiri menghebahkannya kepada umum ketika promosi filemnya, 12 Rounds.

Mereka berkahwin pada Julai 2009, tetapi mengejutkan orang ramai apabila John memfailkan penceraian pada 2012. Ada sumber mengatakan bahawa perselisihan faham semasa proses menghias semula rumah, menjadi punca sebenar perceraian mereka. 

Pasangan ini tidak ada anak, kerana John dikatakan tidak bersedia disebabkan komitmen dengan WWE.


Elizabeth dan John bercerai pada tahun 2012
KREDIT FOTO: pandagossips.com

Elizabeth kini bergelar broker hartanah dengan kekayaan sebanyak 10 juta dolar. Beliau mempunyai pasangan baru bernama Eli Ayoub, dan menetap di Florida. 

 
Nikki Bella dan Artem Chigvintsev
KREDIT FOTO: cheatsheet.com

Sementara itu, Nikki pula kini sedang hamil hasil bersama pasangan baru yang juga bintang Dancing With The Stars dan tunangnya, Artem Chigvintsev. Nikki masih mempunyai kontrak dengan WWE. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 9
Komen

Previous : Siapa Ada Penawar Coronavirus Jackie Chan Tawar RM587,709

Next       : Pamela Anderson Bercerai Kali Ke-5 Melalui SMS Lepas 12 Hari Berkahwin

Komen Terbaru

Quote PDOT777 10-2-2020 11:26 PM
husna_amal replied at 10-2-2020 05:00 AM
bercinta lama2 tanpa ikatan perkahwinan, tau2 je anak haram dah berderet

nak buat mcm mana sis...nasib baik Islam kita haramkan benda ni

Lain-lain Komen

Quote MadameOnion 10-2-2020 12:10 PM
john cena ni mmg tak suka komitmen kot..dulu tengok total divas mcm kesian dekat nikki sbb nak sgt baby tapi john takmau...brie bella aman2 je dgn daniel brian lepas kawin terus dpt anak..semoga nikki dapat merasa kebahagiaan menjadi seorang ibu
Quote PDOT777 10-2-2020 12:38 PM
MadameOnion replied at 10-2-2020 04:10 AM
john cena ni mmg tak suka komitmen kot..dulu tengok total divas mcm kesian dekat nikki sbb nak sgt b ...

tu laa...mintak2 Artem tu jgn bual hal pulak...
Quote Kurex 10-2-2020 12:50 PM
kalau takmau baby, @Themilo kan ada..
Quote husna_amal 10-2-2020 01:00 PM
bercinta lama2 tanpa ikatan perkahwinan, tau2 je anak haram dah berderet
Quote MadameOnion 10-2-2020 02:17 PM
PDOT777 replied at 10-2-2020 12:38 PM
tu laa...mintak2 Artem tu jgn bual hal pulak...

hmmm rasanya nikki yg akan buat hal lepas beranak nanti..mesti takda masa dah..dgn nak jaga anak lagi..life as wwe diva pun mmg hectic gilos
Quote diggerr 10-2-2020 04:04 PM
Quote PDOT777 10-2-2020 04:46 PM
MadameOnion replied at 10-2-2020 06:17 AM
hmmm rasanya nikki yg akan buat hal lepas beranak nanti..mesti takda masa dah..dgn nak jaga anak l ...

itu kalau artem tak dapat nak faham Nikki punya life la maybe. Lain la kalau Nikki nk ikut jejak Becky Lynch. Becky katanya lepas wrestlemania nak tinggalkan jap WWE sebab nk dptkan anak dgn seth rollins.
Quote andihandoko 10-2-2020 07:08 PM

Slot Genting - Agen Slot Online Uang Asli

======PROMO=====
BONUS WELCOME DEPOSIT 50%
BONUS NEXT DEPOSIT 20%
BONUS CASHBACK 5%

=========================
Minimal Deposit : Rp 10.000,-
Minimal Withdraw : Rp 50.000,-
Minimal Deposit Pulsa : Rp 15.000,-
Proses Deposit dan Withdraw hanya 2 Menit

======HUBUNGI KAMI======
Link Resmi – WWW.SLOTGENTING.COM
Whatsapp +6285740170865
LIVECHAT ONLINE 24/7
FB : SlotGenting888


Quote PDOT777 10-2-2020 11:26 PM
husna_amal replied at 10-2-2020 05:00 AM
bercinta lama2 tanpa ikatan perkahwinan, tau2 je anak haram dah berderet

nak buat mcm mana sis...nasib baik Islam kita haramkan benda ni

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085087s Gzip On
To Top