Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

GSC Pavilion Ditutup, Pengguna Terkejut Dan Mahu Penjelasan

7-2-2020 04:16 PM Komen: 55
Pastinya ia menjadi berita yang mengejutkan dan mendukacitakan buat pengunjung Golden Screen Cinema (GSC) kerana khabarnya cawangan pawagam itu di Pavilion Kuala Lumpur bakal ditutup.

Memetik laporan Astro Awani, penutupan pawagam itu bermula 16 Februari depan. 

Foto: Awani
Pihak GSC memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Twitter dan berkata orang ramai masih boleh menonton filem di GSC berdekatan seperti di MyTown, Cheras, GSC Quill City Mall dan The Garden Mall. 

Kami ingin mengambil kesempatan dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kaki wayang atas sokongan anda ke atas GSC Pavilion sejak ia dibuka (sekitar 12 tahun lalu).


Nantikan pembukaan GSC di lokasi terbaharu, jelas kenyataan itu. 

Selepas 13 tahun, GSC Pavilion yang dibuka pada 2007 itu pasti meninggalkan banyak momen indah buat para pengunjung setianya. 

Dalam pada itu, adanya ura-ura syarikat tersebut akan diambil oleh sebuah syarikat pawagam dari China, meskipun tiada apa-apa pengesahan dibuat oleh GSC. 

Malah, di laman sosial para pengguna mahukan penjelasan mengapa ia ditutup. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 55
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nikaido 10-2-2020 01:57 PM
Suchi replied at 7-2-2020 09:06 PM
Dah tu artis2 nk menonton kat mana? Kan depa suka pi tgk wayang kat pavi?

Dkt garden midvalley @ one utama punya

Lain-lain Komen

Quote Kurex 7-2-2020 09:59 AM
pulak... nak tengok cerita apa dari sana? bukan best pun....
Quote sadiq_segaraga 7-2-2020 10:01 AM
Rindu zaman pawagam Rex, Lido dan Capitol
Quote harizs 7-2-2020 10:01 AM
habislah negara kena jual kepada china
-fake news pakatan hancing-
Quote Boomibulat 7-2-2020 10:04 AM
Edited by Boomibulat at 7-2-2020 10:08 AM
Kurex replied at 7-2-2020 09:59 AM
pulak... nak tengok cerita apa dari sana? bukan best pun....

Citer same gak kut..tukar kompeni je
Quote Boomibulat 7-2-2020 10:05 AM
sadiq_segaraga replied at 7-2-2020 10:01 AM
Rindu zaman pawagam Rex, Lido dan Capitol

First time i tgk wayang adalah kat REX..tahun 90an..Capitol yg dkt jln raja laut tu ke..yg ada citer hindustan
Quote Kurex 7-2-2020 10:07 AM
Boomibulat replied at 7-2-2020 10:04 AM
Citer same gak kut..tukar komepeni je

aku bayangkan cerita macam dekat astro channel 321
Quote kucingitam 7-2-2020 10:55 AM
Kurex replied at 7-2-2020 10:07 AM
aku bayangkan cerita macam dekat astro channel 321

wah la toi

Quote tripleid 7-2-2020 10:58 AM
Ok je..boleh rasa suasana pwagam baru..asik gsc,tgv je kt kl ni bosan gak
Quote gadis_tulip 7-2-2020 10:59 AM
mari kita BMF warga cari sekalian.
Quote rospinki 7-2-2020 11:07 AM
Boomibulat replied at 7-2-2020 10:05 AM
First time i tgk wayang adalah kat REX..tahun 90an..Capitol yg dkt jln raja laut tu ke..yg ada cit ...

rex dekat jalan sultan tu kan?

lepastu ada panggung kt jalan pudu lepas penat2 cari adik sesat kt KL bole plak dia suh aku belanja dia tengok citer cina kt panggung cina situ.

dulu makan kt foodcourt kt uo kt kotaraya..lain macam sedap dia.  tak macam sekarang.


Quote akuMNdia 7-2-2020 11:12 AM
dulu rajin pi tgk wayang kat belakang central market tu sbb kat situ tak ramai org..
Quote Boomibulat 7-2-2020 11:14 AM
rospinki replied at 7-2-2020 11:07 AM
rex dekat jalan sultan tu kan?

lepastu ada panggung kt jalan pudu lepas penat2 cari adik sesat  ...

ye la kat situ..zaman2 naik bas puduraya..filem yg i ingt tgk kat situ Mr Bean,James bond,Jurassic Park..pastu mkn KFC kat sebelah tu
Quote Mz1271 7-2-2020 11:15 AM
mcm kes parkson klcc dlu tutup sbb penyewa lain ambil alih byr hrga sewa lebih tinggi dr parkson
Quote Boomibulat 7-2-2020 11:15 AM
akuMNdia replied at 7-2-2020 11:12 AM
dulu rajin pi tgk wayang kat belakang central market tu sbb kat situ tak ramai org..

Pawagam kecik dkt tmpt org lukis potret tu ke?
Quote dekmieDandy 7-2-2020 11:19 AM
first time tengok movie kat sini, tu pon main beli jer tertengok cerita china. sib baik best
Quote Artemesiaa 7-2-2020 11:26 AM
Elok tukar jadi shopping area je ramai pelancong datang nak shopping atau makan2 je kat situ berapa kerat je datang nak tengok wayang berbanding umat local
Quote rospinki 7-2-2020 12:03 PM
Boomibulat replied at 7-2-2020 11:14 AM
ye la kat situ..zaman2 naik bas puduraya..filem yg i ingt tgk kat situ Mr Bean,James bond,Jurassic ...

aah kan ada kfc..2 kali pernah tengok movie kat situ filem whales dan lion king..sorang-sorang pi tengok. citer yang boomi tengok tu dh late 90s kot.


Quote Boomibulat 7-2-2020 12:05 PM
rospinki replied at 7-2-2020 12:03 PM
aah kan ada kfc..2 kali pernah tengok movie kat situ filem whales dan lion king..sorang-sorang pi  ...

ye..thn 96-99 gitu..masa tu tu nando baru je bukak
Quote rospinki 7-2-2020 12:10 PM
Boomibulat replied at 7-2-2020 12:05 PM
ye..thn 96-99 gitu..masa tu tu nando baru je bukak

best kan time tu..naik bas pusing2 kl jalan kaki je. itu yang kes adik sesat..rupanya dia sesat kt basten bangkok bank je.

Lihat semua komen(55)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.163457s Gzip On
To Top