Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pesawat Pecah Tiga Semasa Mendarat, 3 Mangsa Terkorban

Tukang Tulis|6-2-2020 12:07 PM Komen: 25
Keadaan pesawat milik Pegasus Airlines yang pecah tiga. Kredit foto: Anadolu Agency
Sebuah pesawat milik Pegasus Airlines pecah kepada tiga bahagian selepas tergelincir di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul, Turki pada 5 Februari.

Memetik laporan Anadolu Agency, seramai tiga mangsa terkorban dan 179 orang lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan penerbangan PC2193 dari Izmir, Turki itu.

Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca turut mengesahkan pesawat tersebut dinaiki 177 penumpang dan enam anak kapal.

Rakaman televisyen menunjukkan muncung kapal terbang hampir terpisah sepenuhnya dari fiuslaj dan terbakar selepas kemalangan berlaku.

"Menurut maklumat yang kami terima, selepas pendaratan keras itu, pesawat berkenaan gagal dikawal," jelas Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Turki, Cahit Turhan.

Seramai tiga mangsa terkorban manakala 179 orang cedera. Kredit foto: Anadolu Agency
Sementara itu, Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya berkata, selepas tergelincir di atas landasan, pesawat tersebut tersasar pada jarak 50 meter.

"Kemudian ia terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter di sini, di jalan yang menghubungkan lebuh raya TEM ke lebuh raya E-5," katanya.

Pihak pendakwaan di Ankara telah memulakan siasatan terhadap insiden itu manakala lapangan terbang tersebut telah ditutup sementara.


Turkish Airlines turut mengumumkankan bahawa semua penerbangan masuk dan keluar dari lapangan itu ditangguhkan untuk sementara.

Harap semua juruterbang lebih berhati-hati semasa pesawat berlepas dan mendarat di atas landasan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote eyansss 7-2-2020 10:59 AM
sebab tu tak dibenarkan tanggal seatbelt sampai la pintu plane dibukak...  tapi ramai yang baru je touch down b plane masih lagi bergerak, dah pakat bukak pastu heboh nak keluarkan beg...

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 6-2-2020 12:15 PM
Bukan senang nak kendalikan kapal terbang nak2 ketika mendarat selagi tak berhenti sepenuhnya rasa risau tu pasti ada
Quote Ina8895 6-2-2020 12:24 PM
Takut pulak nak naik kapal terbang. Nak landing pun boleh eksiden.
Quote CikB 6-2-2020 12:58 PM
masa mendarat la paling takut...kadang2 kalau dpt pilot yg ok x rasa pun dah mendarat, kadang2 dpt x ok rasa jugak hentakan tu....x smooth landing
Quote dudaberhias 6-2-2020 01:00 PM
omg menakutkan betul sampai pecah 3....
3 nyawa terkorban.... cabin crew ke yang terkorban tu?
Quote Simunggu 6-2-2020 01:15 PM
3 shj mati...wow hebat...nasib baiklah sangat...
Quote Simunggu 6-2-2020 01:15 PM
3 shj mati...wow hebat...nasib baiklah sangat...
Quote Simunggu 6-2-2020 01:16 PM
3 shj mati...wow hebat...nasib baiklah sangat...
Quote pakderis 6-2-2020 01:21 PM
Inalillah, takut dengar cite begini
Quote supermum 6-2-2020 01:34 PM
dudaberhias replied at 6-2-2020 01:00 PM
omg menakutkan betul  sampai pecah 3....
3 nyawa terkorban.... cabin crew ke yang terkorban t ...

Yang duduk area patah/pecah tu kot
Quote bulan_gerhana 6-2-2020 02:03 PM
uii ngeri .... kompom sume yg terselamat tu trauma....

mau seumur idup takut naik plane dah...
Quote Cassieopeia 6-2-2020 02:11 PM
tgk keadaan agak teruk. nasib xramai yg terkorban. yg 3 terkorban tu mungkin dok kt tempt patah tu la kot kan.. kalau iols dh trauma dah nk fly lps ni..
Quote mamapea 6-2-2020 02:23 PM
aku tiap2 bln outstation naik flight...perasaan takut tu tetap ada kalau naik flight...
bila nk naik flight mesti menggigil 1 badan...time2 nk naik flight la dgr berita yg x elok mcm ni...lg bertambah takut...
Quote MadameOnion 6-2-2020 02:46 PM
entahlah..sampai sekarang aku takut naik kapal terbang lepas kes mh370..tapi terpaksa jugak..hhuhu...pandai pulak zikir time naik flight..kalau tak membawang dlm porem je kejanya
Quote MissLana 6-2-2020 03:01 PM
ngerinya ya allah, apa la perasaan org dlm flight tu kan. yg psl kobe bryant heli crashed tu pun iols sgt terkesan. mesti sgt2 takut time nak terhempas tu. yg ni cuma tersasar dr landasan pun dah 3 mati, ramai cedera
Quote mieymiey 6-2-2020 03:06 PM
OMG
Kesian mangsa yang mati. Yang selamat confirm trauma.
Quote husna_amal 6-2-2020 03:09 PM
Pengalaman saya pernah flight masa cuaca tak berapa baik betul2 menguji. Kapal terbang bergoncang2 je hampir semua mengucap panjang.
Quote chicozinn 6-2-2020 03:29 PM
jangan kata naik flight, naik bas ke kereta ke motor pun sama..cumanya kena hati2 n baca doa semoga selamat
Quote RinIna 6-2-2020 03:29 PM
Teringat kisah benar pemain rugby tu.. kapal terbang terhempas x ada orang jupe pesawat diorg.. diorg cari jalan utk selamatkan diri.. sedih juga. Tajuk Alive.
Quote figurae 6-2-2020 03:49 PM
panjang umur.. huuh

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top