Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Ternganga Tengok Weh" - Beli Ford Mustang GT500, Main Mobile Legends Je

6-2-2020 10:31 AM| Komen: 47

Sebelum ini, ramai yang mengecam tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang mahu menghidupkan sukan e-sports dalam kalangan anak muda di Malaysia. Rata-rata daripada kita tidak bersetuju dengan idea ini dan menganggap e-sports bukanlah sesuatu yang member manfaat kepada negara.


Akan tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya industry e-sport ini bernilai $138 USD pada tahun 2018 sahaja. Malah diramalkan akan terus meningkat dan berkembang pada tahun akan datang disebabkan permintaan yang sangat tinggi dari serata dunia. Cuba bayangkan pula jika Malaysia menjadi negara awal yang menceburi dalam bidang ini, pasti ramai pelabur luar yang akan masuk ke negara ini, secara tidak langsung memberi keuntungan kepada negara.


Sumber Gambar: NewZoo

Cerita tentang e-sports, baru-baru ini atlet professional Mobile Legend yang dikenali sebagai Soloz telah mengejutkan Malaysia apabila beliau dilaporkan telah memberli sebuah Ford Mustang GT500. 


Siapa sangka dengan hanya bermain Mobile Legends anda boleh membeli sebuah kereta mewah? Siap dengan hanya memakai selipar pula tu!


View this post on Instagram

Ok selesai

A post shared by Faris Zakaria (@solozsoloz) on


Menurut Harian Metro, pihak mereka telah menghubungi Soloz atau nama beliau Mohd Faris Zakaria untuk bertanyakan soalan berkenaan pembelian kereta mewah ini, sama ada kereta tersebut ditaja atau dibeli dengan hasil pendapatan bermain game. 


Namun, pihak Soloz enggan mengulas lebih lanjut kerana ada beberapa perkata yang perlu difikirkan oleh mereka.


Sumber Gambar: OhMedia

Jika dikaji di internet harga untuk kereta mewah ini, kereta berjenama Ford Mustang boleh mencecah harga RM500, 000 di pasaran Malaysia. Melihatkan kejayaan Soloz dan beberapa pemain e-sports luar negara, adakah anda masih memandang rendah terhadap industri ini?


Sumber Gambar: OhMedia

Buat anda yang berminat untuk bermain permainan video, teruskan minat anda dan berlatih sehingga sampai ke peringkat professional, tapi jangan main permainan video sehingga terabai semua perkara pula! - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
2
1
0
Komen: 47
Komen

Previous : Batu-batu Bergerak Sendiri, The Undertaker Dah Buat Apa Di Lembah Death Valley?

Next       : "Jangan Pandang Rendah Koronavirus" - Lelaki Tak Kisah Kena Gelak Cuci Taman Permainan

Komen Terbaru

Quote Nham22 8-2-2020 03:47 PM
Melalaikan...itu je.. Tp tulah kalau boleh buat duit why not... Tp jgn jadi hamba dahla

Lain-lain Komen

Quote Kurex 6-2-2020 10:36 AM
@Themilo taknak try ke
Quote chicozinn 6-2-2020 11:13 AM
xtau la propa ke idok..kalu beli cash baguih ler tapi kalu beli ansurans tu kne kerja lebih skit sbab nk bayar bulanan tu mau cirit kalu xde job
Quote MissLana 6-2-2020 11:22 AM
boleh bg info sikit ke psl soloz ni? heols umur brp? mmg keje main game je ke? kawen ke? iols bkn gamer sorry taktau
Quote zuriey 6-2-2020 11:24 AM
Minta dijauhkan ank2 aku kawin dgn gamers mcm ni..
Quote Skuau 6-2-2020 11:43 AM
ank2 muda,graduan menganggur....dipersilakan...mulai ari ni....'KERJA MAIN GAME' jer korang...boleh buek duit...haper....
Quote RatuDunia94 6-2-2020 11:49 AM
Rempit skema lemah tenaga batin nya muka.. tp well pompuan2 birah mata duitan of coz sanggup kejar...
Quote Themilo 6-2-2020 11:59 AM
Kurex replied at 6-2-2020 02:36 AM
@Themilo taknak try ke

ermmm.. duit banyak-banyak tu, baik pergi grooming wangi-wangi la dekkk..
Quote Kurex 6-2-2020 12:05 PM
Themilo replied at 6-2-2020 11:59 AM
ermmm.. duit banyak-banyak tu, baik pergi grooming wangi-wangi la dekkk..

uols cuci la dia..
Quote Themilo 6-2-2020 12:09 PM

kosser la. cuci ford mustang dia iols nak la..
Quote Artemesiaa 6-2-2020 12:23 PM
Untuk jangka pendek mungkin tapi untuk jangka panjang tak pasti
Quote MsKoreanfanatic 6-2-2020 12:53 PM
anak buah iols bila ditegur malas belajar.. cita2 nak jadi gamers
Quote VespaSilbe 6-2-2020 01:00 PM
Gaji dia byk Kan... Boleh cecah 100 k sebulan
Quote salmon-suki 6-2-2020 01:21 PM
chicozinn: xtau la propa ke idok..kalu beli cash baguih ler tapi kalu beli ansurans tu kne kerja lebih skit sbab nk bayar bulanan tu mau cirit kalu xde job


dia ni mmg feymes streamer n gamer sis..sy antara followers dia lah..hehe..lagipun byk dpt tajaan drpd shopee etc..feymes dalam kalangan gamers..and dia bkn main moba je,pubg boleh,and any games laa..

Y penting,skills dia bagus..kalau skills x baek,mmg xde org ikut..pndapatan utube,stream kt twitch,jual merchandise..mmg byk income
Quote ohnoLia 6-2-2020 01:29 PM
VespaSilbe replied at 6-2-2020 01:00 PM
Gaji dia byk Kan... Boleh cecah 100 k sebulan


Ai susah nak percaya dgn main game boleh dpt waima rm10k sebulan.

Ai tgk anak2 ai try mobile legend tu, celah mana dgn main gitu boleh dpt duit?

Well u c, hmmmm kalau nak kata masuk olympic e-sport, itu dpt medal je... kalau masuk world competition lawan skt korea ke... itu... sekelumit player world level je.... hmm really?
Quote VespaSilbe 6-2-2020 01:34 PM
ohnoLia replied at 6-2-2020 01:29 PM
Ai susah nak percaya dgn main game boleh dpt waima rm10k sebulan.

Ai tgk anak2 ai try mobile  ...

Kesah benerrrr.. masuk MHI minggu lepas
Akak ni housewife pun dapat 15 k sebulan.. dok depan pc main game je
Ally iskandar pun terbeliak mata bila dgr income dia
Akak tu reveal gaji gamers lain ada cecah 100k tengok followers kat fesbuk
Quote ohnoLia 6-2-2020 01:37 PM
VespaSilbe replied at 6-2-2020 01:34 PM
Kesah benerrrr.. masuk MHI minggu lepas
Akak ni housewife pun dapat 15 k sebulan.. dok depan pc m ...

Gosh... ai susah nak hadam. Lubuk pendapatan zaman skrg ni dah berubah sampai mcm tu sekali
Quote VespaSilbe 6-2-2020 01:41 PM
ohnoLia replied at 6-2-2020 01:37 PM
Gosh... ai susah nak hadam. Lubuk pendapatan zaman skrg ni dah berubah sampai mcm tu sekali

Betul.. iols tgk pun cam tak caya..
Dari penceritaan dia asal main pubg suka2 ja..wat live stream.. pas 2 bulan ada org approach bagi mula 2 k tak salah
Pastu gaji dia naik sbb followers dia naik
Quote syadq 6-2-2020 01:50 PM
Kena buat livestream ada chanel youtube sendiri kan baru dapat income. Kalau setakat main kat henpon sendiri takde la duit masuk.

Tapi Iols main game tanam ubi pon dapat duit  
Quote dekmieDandy 6-2-2020 02:16 PM
Aiyoo pendapatan dia bukan dapat dari hasil menang game tu

mostly dari dia stream game tu, bila orang suka dia bagi token

token tu boleh cash kan

ala-ala main bigo ya

Lihat semua komen(47)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top