CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Jangan Galak Sangat Bergurau Kalau Tak Nak Tangan 'Bengkok Macam Ular'

5-2-2020 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8099| Komen: 53

Description: Bergurau biar berpada. Buruk padahnya jika terlebih gurau.
Bergurau biar berpada. Buruk padahnya jika terlebih gurau.

Itu yang berlaku kepada pelajar tingkatan satu yang patah tangan akibat terlalu galak bergurau dengan rakan.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku jam 8 malam pada Isnin di sebuah sekolah asrama di Kuala Terengganu dan tular sejak gambar Wan Danish Haikal Wan Mohd Rozlan, 13, dimuat naik di Facebook bapanya, semalam.



Foto: Harian Metro

Mangsa bagaimanapun mengakui kejadian itu berpunca akibat kesalahannya sendiri yang ‘terlebih’ bergurau.

“Saya mahu melompat daripada katil (bertingkat) tetapi gagal memaut rakan menyebabkan jatuh dan bertongkatkan tangan sendiri.

“Hentakan kuat menyebabkan tangan kanan saya bengkok. Ia tak sakit tetapi saya takut melihat tangan bengkok seperti ular,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Wan Mohd Rozlan Wan Derahman, 34, menjelaskan tidak berniat menyalahkan mana-mana pihak apabila memuat naik gambar berkenaan di FB.


Jelasnya, dia berbuat demikian kerana mahu memberi kesedaran kepada kenalannya di media sosial supaya mengawasi dan menasihati anak masing-masing.

“Malang tidak berbau, kecuaian boleh membawa padah. Oleh itu perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan atau permainan,” katanya.

Difahamkan, Wan Danish Haikal dibawa ke Hospital Setiu selepas diambil bapanya sejurus kejadian.

Dia kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut. - CARI
1

Bagus
1

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 5-2-2020 05:11 PM
adoiii ngeri nengok nyeeeee
Quote diss69 5-2-2020 05:25 PM
Ya Allah ngeriinya nengok, sakit tu...
Quote ainashiqa 5-2-2020 05:27 PM
Ayoyo dik.. Sakit sgt tu
Quote bondeh 5-2-2020 06:35 PM
Acik kesian dengan ko nak Danish... tapi acik dah tergelak vibrate dlm train....
Quote Artemesiaa 5-2-2020 06:41 PM
Mengerikan mau tak sakit kalau dah macam tu, tapi perasaan takut kena marah rasa sakit ditahan
Quote giyomi 5-2-2020 06:42 PM
apasal jadi lentur camtu...ngerinya
Quote kivio 5-2-2020 07:03 PM
Budak-budak lembut lagi.
Kalau orang tua boleh tahan sikit tulang tu.
Quote violetungu 5-2-2020 07:12 PM
Panjang plak tangan dia..jadi geli plak tengok
Quote manehnya 5-2-2020 07:19 PM
Huhu... Ngeri...

Anak akubmcm Ni 2thn lepas, jatuh basikal hempap lengan dia, terkulai ... Laki aku dh pucat specless, aku la yg jd ambulan neno neno...
Tgk gambar x-ray lg ngeri

Beesimen 4bulan
Quote Lavender85 5-2-2020 07:23 PM
Allahhhh...... seramnyaaaaaa... aduii.. hati2 lain kali dik.. teringat kat ank yg aktif x reti duk diam
Quote Lengkong 5-2-2020 07:26 PM
Ngeri..sakit tu




Quote kemaruk 5-2-2020 07:39 PM
sempat lagi kucing kat belakang tu minum air
Quote dudaberhias 5-2-2020 07:44 PM
ngilu2 rasa.... teringat scene harry potter... cikgu tu dah la tak power guna magic lepastu bagi tangan jadi lembik macam jelly...
Quote dudaberhias 5-2-2020 07:46 PM
apa2 pun dik jangan jadi sakai lagi ya.... buat masa ni akak doakan moga cepat sembuh... kalau ko nakal lagii takut al fatihah atau takziah pulak lepasni...
Quote Sazida 5-2-2020 07:49 PM
Kita tgk bgilu, tuan bdn ckp tak sakit tp takut tgk tgn mcm ular. Adoii dik, pasni jgn nk lompat2.
Quote coyote_ugly0911 5-2-2020 07:57 PM
Aiisshhhh... ngeri nyeee tgk.. dh knape melentur2 gitu pulak tgn nyeee??!!!
Quote Cassieopeia 5-2-2020 07:58 PM
sama mcm kwn iols dulu masa sek dok main2 kat luar kelas, sekali jatuh terhentak kt pintu ke dinding ke jd mcm ni la..kita tgk ngeri tp dia relax ke. dak laki control macho
Quote any42 5-2-2020 09:01 PM
adoiiiiii bdenyut rsa tgn i tgk tgn adik ni. trus i pusing2 my wrist.
gws dik.
Quote imransulaiman 5-2-2020 09:03 PM
Yaaaaaa Allah! Nyeri aku rasa!

Lihat semua komen(53)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-8-2022 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.069182 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top