CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Warganet Tak Puas Hati Pemain Import Dapat MyKad

5-2-2020 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7298| Komen: 83

Description: Ramai yang seperti tidak berpuas hati dan mula mempersoalkan pemberian taraf warganegara kepada pemain import tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Liridon Krasniqi.Mereka menganggap ia sebagai tidak wajar ...
Ramai yang seperti tidak berpuas hati dan mula mempersoalkan pemberian taraf warganegara kepada pemain import tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Liridon Krasniqi.

Mereka menganggap ia sebagai tidak wajar dan ada yang menyindir adakah kanak-kanak 'stateless' di Malaysia harus bermain dengan Harimau Selatan untuk juga mendapat taraf warganegara.

Kredit foto: Bernama
“Mungkin semua kanak-kanak ‘stateless’ kita kena main untuk JDT baru mereka dapat kad pengenalan biru selepas ini,” kata seorang warganet seperti dilaporkan ProjekMM.


Hantaran tersebut bagi menjawab laporan berita mengenai pemberian MyKad kepada Liridon yang berasal dari Kosovo. 

Sebelum itu, Liridon, 28 dilaporkan menyertai JDT tahun ini. Dia juga merupakan pemain untuk Kedah selama tiga tahun bermula 2015 dan turut membantu negeri itu memenangi Liga Perdana serta Piala Malaysia.

Manakala, tahun lepas dia memperoleh anugerah pemain import terbaik. 

Apa pula pendapat anda? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 5-2-2020 01:42 PM
Sumareh dapat tak..?
Quote kucingitam 5-2-2020 01:56 PM
senangnya...
Quote fishcracker 5-2-2020 02:00 PM
Mesti fasih lancar berbahasa melayu kannnnnnn
Quote Kurex 5-2-2020 02:03 PM
wah...... hensem
Quote brego 5-2-2020 02:05 PM
apa salah nya.
malaysia memang perlu kan kepakaran dia.
team Qatar yang menang Piala Asia tu pun ramai player naturalisasi.

poyo la bebudak twatter macam Nur Qyria nih.
setakat ni berapa jer naturalisasi, cuma 2 orang !

bukan nya macam DAP bagi kiasu PRC IC biru duduk penang,
cakap national language pun tak reti, english tak reti,
lepas tu mabok langgar orang sampai mati. pui
Quote CiliPadiSedap 5-2-2020 02:07 PM
takkan nak harapkan kau kaki bangku tangan bangku otak bangku.  kalau kau shaolin soccer pandai main bola tak pe juga boleh bantu wakil malaysia
Quote sarah82 5-2-2020 02:37 PM
Sabit aku mcm pernah dengar nama Mamat ni
Quote chicozinn 5-2-2020 02:40 PM

sumareh kan ade main team Malaysia tahun lepas..tu la asyik semoga ngan jahlopp je sampai buat2 xnampak si mareh tu..gittuhh
Quote Scintilla 5-2-2020 02:43 PM
Boomibulat replied at 5-2-2020 01:42 PM
Sumareh dapat tak..?

dapat la... dh brp kali wakil msia tu..
Quote Boomibulat 5-2-2020 02:55 PM
chicozinn replied at 5-2-2020 02:40 PM
sumareh kan ade main team Malaysia tahun lepas..tu la asyik semoga ngan jahlopp je sampai buat2 xn ...

i tau ada main tp x de nmpk gmbar dia dpt ic mcm ni..semoga Lofa x tergoda dgn Liridon
Quote diggerr 5-2-2020 02:56 PM
Senang naauuuu
Quote pokaibanktokyo 5-2-2020 03:01 PM
Liridon is a great contribution to malaysia national team la idiot. Statelss children hado ?
Quote jazaa100 5-2-2020 03:04 PM
Yg mcm ni ok je....

Yg indon trisna nepal mynmar bangla tu semua dpt korang tak menyalak pulak...
Quote Skuau 5-2-2020 03:05 PM
menda ni dh lama terutama dlm bidang sukan...yuan yufang...hidayat hamidon...irina maharani....
Quote MadameOnion 5-2-2020 03:12 PM
acececeh..nur qyira ni takmau persoalkan pulak yang dari tanah besaq naik tongkang mai tetiap hari tetiba dapat ic biru..matdon ni yg nak bantu negara dlm sukan bola sepak hang bising pulak..#donebekapmatdon #donebekapjdt #donebekaptmj
Quote addved 5-2-2020 03:12 PM
Ada terbaca artikel pasal seorang perempuan ni 36 tahun tunggu mykad tapi tak dapat-dapat sedangkan seluruh ahli keluarga dia dapat, kesian masa baca kisah dia. Tuptup keluar berita ahli sukan ni dapat status warganegara. Where is the love?
Quote MadameOnion 5-2-2020 03:16 PM
gigih aku stalk twidder qyira ni..geng PH rupanya..pengidola syed saddick..patutlah siruu ja dengan jdt..
Quote husna_amal 5-2-2020 03:17 PM
lepasni semua pemain bola Malaysia pemain yang naturalisasi je lah. Apa yang nak diraikan bukannya dari anak jati negara lagi.
Quote anastasia7 5-2-2020 03:47 PM
Boomibulat replied at 5-2-2020 01:42 PM
Sumareh dapat tak..?

Lama dh kan? Kalau x silap parents dia mmg dok sini. Dia masa kecik pun dok sini

Lihat semua komen(83)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-8-2022 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.084986 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top