CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Bakar Rakan Tak Tahan Diejek Gemuk Macam Ahli Sumo

5-2-2020 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5154| Komen: 35

Description: Tidak tahan dihina kerana gemuk, lelaki bertindak di luar batasan dengan membunuh rakan sekerjanya di sebuah ladang kelapa.
Tidak tahan dihina kerana gemuk, lelaki bertindak di luar batasan dengan membunuh rakan sekerjanya di sebuah ladang kelapa.

Asia One melaporkan, Ali Heri Sanjaya, 27, dikatakan terasa hati kerana sering diejek gemuk oleh mangsa, Rosidah, 18.


Menurut media tempatan, mayat mangsa ditemui di sebuah kampung di Banyuwangi, Jawa, Indonesia.


Kredit foto: Asia One

Ali dan Rosidah dikatakan sudah lama mengenali antara satu sama lain memandangkan mereka tinggal di kejiranan sama dan bekerja di sebuah restoran sama.

Pada 24 Januari, keluarga mangsa membuat laporan polis selepas curiga apabila Rosidah tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, keesokannya mayat mangsa ditemui dalam keadaan rentung, tidak jauh dari tempat motosikal dan topi keledarnya ditemui.

Menurut Ketua Polis Banyuwangi Arman Asmara Syarifuddin, suspek merancang pembunuhan itu seminggu sebelum kejadian.


Rosidah didakwa membuli Ali dengan mengejeknya gemuk dan membandingkannya dengan ahli sumo di hadapan orang lain menyebabkan suspek terasa hati.

Pada hari kejadian, Ali meminta ditumpangkan mangsa untuk pulang ke rumah. 

Setibanya di ladang kelapa berkenaan, suspek menyuruh wanita itu memberhentikan motosikalnya sebelum mencekik mangsa.

Lelaki itu kemudian menyimbah petrol ke tubuh mangsa sebelum membakarnya.

Tidak cukup dengan itu, suspek menjual motor dan telefon bimbit mangsa pada harga 5,250,000 rupiah (RM1,577) untuk melangsaikan hutangnya.

Dia kemudian bersembunyi di sebuah hotel sebelum berjaya ditahan polis.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ahmad Sodik meluahkan rasa syukur atas penangkapan Ali dan meminta polis mengenakan hukuman berat terhadapnya.

"Penjahat hina ini layak dijatuhi hukuman mati," katanya. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • MeowwwOyennn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 5-2-2020 12:45 PM
bangkai rentung tu mesti suka body shaming orang kan?
Kadang2 yang kurus pun dia kutuk gemuk2.... dan lepastu anak2 dia pun ikut kutuk orang gemuk2...
bila asyik ulang2 berkali2 memang dah jadi irritating...

elok lah di bakar... tak layak hidup pun di muka bumi ini kalau tak reti hormat orang dan fikir perasaan orang....
Quote Artemesiaa 5-2-2020 12:51 PM
Sebab tu kena beringat sebelum berkata kena jenis yang berdendam buruk padahnya
Quote anilzasor3323 5-2-2020 12:57 PM
penjahat hina? hina lg org yg x abis2 dok body shaming org..
Quote Kurex 5-2-2020 12:58 PM
asal bakar je mesti antara 2 leluhur ni... dah sebati agaknya..
Quote batmana 5-2-2020 01:00 PM
Hina org buatkan hati terbakar
Last2 diri sendiri hangus
Quote Kurex 5-2-2020 01:01 PM
yg gemuk tu, kalau tak tahan kena ejek, kenapa tak kuruskan badan??? aku memang tak faham bila orang gemuk salahkan takdir walhal terang lagi bersuluh korang kuat makan.. lepas tu nak nangis luahkan perasaan konon dibody shaming walhal sendiri kuat melantak.  

yg perempuan ni, jangan suka menghina, tapi dah kena bakar kan? tak boleh buat apa la.. pengajaran utk orang lain, jaga mulut & bahasa
Quote RumiMenari 5-2-2020 01:07 PM
Ni yg karam sigh walia ckp "rumah terbakar nampak apinya, hati terbakar siapa yg tau"...
Dibakarnya betul2...
Quote Lavender85 5-2-2020 01:34 PM
Jadikan pengajaran utk yg suka hina2 org. Islam pun diajar supaya kita menjaga lidah jgn smpi melukai hati sesiapa. Bercakap baik atau diam. Jgn expect semua org sentiasa positif dgn kata2 keji org sekeliling.
Klau kita x suka dihina jgnlah hina org.
Quote FailFish 5-2-2020 01:40 PM
patut dapat duit tu lari la pergi pulau lain
sumatera ke tak pun kalimantan
Quote CiliPadiSedap 5-2-2020 01:45 PM
nasib baik ahli sumo ni xkenal nabil
Quote Kurex 5-2-2020 01:47 PM
RumiMenari replied at 5-2-2020 01:07 PM
Ni yg karam sigh walia ckp "rumah terbakar nampak apinya, hati terbakar siapa yg tau"...
Dibakarn ...

dah takde dah karam walia dah.. mana ntah dia hilang
Quote ikanmasin 5-2-2020 02:16 PM
kerana mulut badan binasa,dah mati sia2 sbb kan
mulut sendiri tu jg.
Quote raxief 5-2-2020 02:36 PM
tampar sekuat hati cukuplah, lagi pun mangsa tu pompuan, ko tampar je sampai dia terjelepuk, lepas tu bagi warning..
Quote jazaa100 5-2-2020 02:45 PM
Ejek depan org lagi.....

Memang patut di bakar pun
Quote noor2 5-2-2020 02:53 PM
Sipembunuh umur 27...mangsa 18....mungkin pembunuh ni meminati mangsa. ..tapi mangsa x suka..tapi pembunuh x reti bahasa nak juga mengusik mengorat budak perempuan ni kut. ..tu yang dia ejek. ..X kan ejek saja2. ..speku akak jela. ..mungkin dah meluat sangat kut
Quote diggerr 5-2-2020 02:58 PM
{:childlike
Quote husna_amal 5-2-2020 03:09 PM
Kena hina pun koyak. Tapi tu lah segelintir permpuan ni mulut memang jahat tak jaga hati perasaan orang lain langsung bila bercakap.
Quote dani-rox 5-2-2020 03:20 PM
ko balas lah balik: ahli sumo hidup kaya raya kat jepun, bole kawen aktres dan model. hey rosidah muka mcm kau aku takkan pandang tau. gituhh...

bunuh dan bakar apa ko dapat? badan buntal tp hati tisu.
Quote Skuau 5-2-2020 03:23 PM
Kurex replied at 5-2-2020 01:01 PM
yg gemuk tu, kalau tak tahan kena ejek, kenapa tak kuruskan badan??? aku memang tak faham bila orang ...

jangan la menghina ore gemok...kurex.

Lihat semua komen(35)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-9-2022 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.074583 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top