CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Buat Silap Sikit, Kau Habis.." - Membesar Dengan Ibu Yang Depresi

7-2-2020 11:37 AM| Diterbitkan: irapie| Dilihat: 6255| Komen: 27|Original author: coklatcadbury.

Description: Zaman yang mencabar ini memerlukan kesabaran yang besar dalam mendidik anak-anak. Namun jika kita gagal mengawal emosi kita maka tidak mustahil segala amarah akan terlepas ke atas anak-anak yang tidak ...

Zaman yang mencabar ini memerlukan kesabaran yang besar dalam mendidik anak-anak. Namun jika kita gagal mengawal emosi kita maka tidak mustahil segala amarah akan terlepas ke atas anak-anak yang tidak berdosa. Malah lebih teruk jika kita mempunyai penyakit depresi. Syahirah Omar melalui perkongsiannya di facebook mengenai kawannya yang membesar dengan ibu yang depresi.


Foto: futurity.org
Sering dipukul walau kesalahan kecil

Aku nak kongsi dengan kalian semua. Ada seorang kawan aku, membesar dengan ibu yang depresi. Setiap hari dia akan dipukul walaupun untuk kesalahan remeh temeh.

" makan pun tumpah!!!"

Terus hinggap tali pinggang.

" sapu sampah pun tak reti!"

Terus kepala kena tunjal.


Jadi manusia yang suka menipu

Setiap kali buat silap,
Dia akan cuba bercakap bohong.
Kerana terlalu penat dipukul setiap hari.

Bercakap bohong untuk menyelamatkan diri.
Bercakap bohong untuk sentiasa disayangi.
Bercakap bohong hanya untuk diterima dan dipandang sebagai seorang anak.

Sebab bila bercakap benar,
Dipukul separuh mati.
Dikurung, disisihkan.

Sehingga dewasa, kawan aku ni ada 1 sikap yang sukar di buang. Kawan tadi mengidap sejenis masalah mental Pathological liars, dimana dia akan sentiasa menipu apabila dia tertekan dan ketakutan. Semuanya berpunca dari zaman kecil dia.

Apa jadi kat dia sekarang?

Masih meneruskan kehidupan dan sangat struggle sebenarnya.


Foto: https://thestay-at-home-momsurvivalguide.com/wp-content/uploads/2018/05/fighting-depression-in-motherhood-horiz.jpg


Cara atasi tekanan

Kau peluklah anak. Itulah salah satu sumber kekuatan kau. Tambah tambah kalau mak mak yang tertekan bila tak boleh dengar anak jerit bagai.

Dulu aku larikan diri dari anak, Sekarang memang aku akan cari anak dan terus peluk mereka. Ni semalam anak owner kedai makan pun datang nak peluk beriba bagai waktu makan kat kedai🤷‍???️   Peluklah. InsyaAllah meredakan emosi kau. Ambilah energy mereka bila kau rasa tak berapa nak best.

3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 7-2-2020 11:47 AM
A good self reminder for me. Kdg2 pas marah anak2 sbb small matter buat aku menyesal sgt2.
Quote kancilku_biru 7-2-2020 11:59 AM
Thanks for the reminder...
Quote realist_13 7-2-2020 12:40 PM
Kawan baik iols kawen dgn pesakit mental depression  + anxiety disorder, dia jaga hsband dia baik sngt, belas2 tahun dah. Katanya tkpa la kalau tkda anak, dia takmo mmbahayakan nyawa anak sndiri. Moga syurga buat kawan iols
Quote kiah78 7-2-2020 12:43 PM
Thanks for reminder. Just share my 2 cents, mak pal sekarang ade jer yg pukul anak sebab depressi ada gak yg tak layan anak sebab gadget. Mak kiah baru jumpa pagi tadi. Maknpak sibuk ngan hp sambil makan. Anak2 makan sambil tanya. Maknya boleh jawab tapintak tengok muka anak. Aku yg tengok rasa nak sound. Mana table manner? Anak2 kau kot nak bual2.. mak.pak tanga jahit ngan hp. Tu pun kira depressi kan..
Quote Supersirap 7-2-2020 01:04 PM
Nice info tt, thanks
Quote KekDurian 7-2-2020 01:18 PM
Betul2 sgt2..dlu pjj jap ngn husband..stress sgt ptg2 lps amik anak dr pengasuh..anak blk mtk mkn cepat2 mcm lapar sgt, dh la kecik bluk bole ckp twu merengek je..stress betul dibuatnya, aleh2 jerit kt anak..kesian betul kt dia..adala dlm 6 bln camtu..lps dh x pjj, sedar diri..skrg apa2 mesti peluk2 dia, cium..stress camna pun lepas peluk anak mesti rs lega
Quote gummygummy 7-2-2020 01:33 PM
Thanks for reminder tt. Kadang2 rasa bersalah sangat angkat tangan kat anak. Husband pon kadang2 jenis yang tak sabar laju jugak angkat tangan.
hope can get better day by day.
bila sedar tu cepat2 peluk anak.
now tengah nak train, kalau buat salah hadap dinding tu. instead of angkat tgn lepuk. Sedihnyaaaa trus rasa nak balik amek anak sekarang
Quote KIM.K 7-2-2020 02:14 PM
Edited by KIM.K at 7-2-2020 05:25 PM

Tengok ibubapa kita dalam kesakitan/berantakan tu lebih trauma daripada apa org buat kat kita

Adelah sorang acik kaki pukul ni tanya masa dia ada masalah, kau rasa ko boleh buat better ke dari aku? Ko rasa ko better ke?

Kita dah la trauma tengok life dia, tapi dia plak potong semangat kita. Letih layan onggile memang nak menang sesaja..

Tak seronok tengok orang gaduh domestik ni. Bad influence
Quote husna_amal 7-2-2020 02:43 PM
kesian pula bila baca ni
Quote orgsepang 7-2-2020 03:49 PM
Aduhai, rasa sebak baca kisah ini. Terasa yang akak ni kurang bersyukur. Akak yang tak kena pukul rasa kecil hati hanya sebab kecil2 dulu mak selalu tinggalkan akak pada nenek, membesar dengan makcik/pakcik. Rasa kecil hati lihat perbezaan kasih mereka dengan sepupu2 yang lain. Sehingga tak mesra dengan mak sendiri. Memang hati ni tetasa sangat kecil dan rapuh.
Memang anak kecil perlu dipeluk dan dibelai, itulah yang akak sentiasa lakukan, sesuatu yang akak tak dapat dari ibu sendiri.
Quote KIM.K 7-2-2020 05:23 PM
orgsepang replied at 7-2-2020 03:49 PM
Aduhai, rasa sebak baca kisah ini. Terasa yang akak ni kurang bersyukur. Akak yang tak kena pukul ra ...

Ada hikmahnya. Susah nak bantu orang meroyan ni, dia akan kerjakan orang bertahun2 macam mangsa dia. Diorg bukan takut pun

Quote i_is_kennot 7-2-2020 06:07 PM
Kawan iols terbalik pulak,  sheols tak happy dgn dunia luar apalagi nk percaya orang luar,   sentiasa nak lepak dgn family, taknk jauh dgn mak ayah,  dgr selalu jugak kena buli dan kuat sentap .. napa orang tak layan, sayang dia mcm parents dia sayangg dia..
Quote HazeLJoseph 9-2-2020 10:49 AM
Aku sebagai psychiatrist dan akan graduate aku punya phd  bulan ni, kes ini kes terpencil tak patut highlight ramai saja patient aku yg highly functioning.  90% patient aku tidak pernah mencederakan atau abusive emosi,physical atau verbal.Kerana mereka punya self worthless yang rendah dan tidak pernah rasa berguna dan empathy yg tinggi.


Golongan 10% lagi golongan yg tidak mahu rawatan.

maaf la,patient aku cubit jentik anak pun takkan.Anak tu penyebab dia org nak survive.Tayah nak merapu sangat bg pihak yg xdpt kan rawatan ,tak perlu exaggerates, banyak lagi 90% kes keluarga berjaya dengan mentalnillness chronic
Quote menakkautau 10-2-2020 01:13 AM
KIM.K replied at 7-2-2020 02:14 PM
Tengok ibubapa kita dalam kesakitan/berantakan tu lebih trauma daripada apa org buat kat kita

Ade ...

sampai ke sini hang bawak cerekarama sedih hang????
Quote menakkautau 10-2-2020 01:15 AM
KIM.K replied at 7-2-2020 05:23 PM
Ada hikmahnya. Susah nak bantu orang meroyan ni, dia akan kerjakan orang bertahun2 macam mangsa di ...

susah sebab yg nak bantu tuh pun spesis 2X5, samdol....

Quote chicozinn 10-2-2020 12:45 PM
tetiba terasa nak nangis lak baca benang ni..actually kan anak aku sejak dua menjak ni asal aku balik rumah dri tempat kerja je mesti dia berlari2 terus peluk aku..walaupun kadang2 aku slalu gak marah dia sebab dia ni suka nak main2 dulu baru nak makan ke nak mandi ke xpun nak tido tapi bila teringat dia slalu berlari2 nak peluk aku tu cam aku jadi sebak..aku cuba nak jadi mak yang baik sebab aku ni dah biasa hidup sorang 10 tahun aku dduk asrama xduduk ngan parents..dengan bebudak pun sebenarnya aku xsuka tapi tu la perancangan Allah tu Maha Besar, aku bunting pelamin padahal aku ni xbersedia nak ada anak..ngan cara aku yg kasar ala2 boyish lagi even member2 rapat aku pun xpercaya yg aku da peknen n jadi mak sebab memang perwatakan aku ni kasar..
Quote menakkautau 11-2-2020 02:51 PM
chicozinn replied at 10-2-2020 12:45 PM
tetiba terasa nak nangis lak baca benang ni..actually kan anak aku sejak dua menjak ni asal aku bali ...

hang single mom????
Quote chicozinn 11-2-2020 03:00 PM

choiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..aku ade laki la..

Quote mrsdean 12-2-2020 01:14 AM
HazeLJoseph replied at 9-2-2020 10:49 AM
Aku sebagai psychiatrist dan akan graduate aku punya phd  bulan ni, kes ini kes terpencil tak patut  ...

Sy MDD dan sy abusive. Bila bc ni teringt anak sendiri. Anak sulung selalu jadi mangsa. Kisah nya sebab ms kecik sy pun selalu jd mangsa dera mental & fizikal oleh makcik pakcik. Sebab sy duduk dgn diaorg dl. Jd bila anak buat simple mistake pun, saya mcm flashback blk dan terus pukul anak. Tp Alhamdulillah.. Skrg dh kurang sebab dh jmpa psychiatrist, on medication. Doakan sy sembuh ya. I want to break the cycle. Saya tak nak anak sy jd mcm sy bila dia besar nnt.

Lihat semua komen(27)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067962 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top