Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Anak Rahsiakan Markah Peperiksaan? Nah, Periksa Di SAPS Je!

14-2-2020 10:06 AM|Oleh: PDOT777| Komen: 11

Kredit foto: upnd.com.my

Anda mesti dah terbiasa apabila anak sendiri merahsiakan keputusan peperiksaan daripada anda. Kenapa? Sebab takut kena marah apabila kurang memberangsangkan. 

Itu dulu.

Sekarang, anda tak perlu risau lagi dengan adanya SAPS. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. 

Melalui SAPS, anda kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan terkini anak-anak, sama ada pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah secara atas talian (online). 

Anda juga boleh mengetahui Kedudukan Dalam Kelas (KDS) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) bagi sekolah menengah. 

Sistem SAPS menyokong semua ujian peringkat sekolah, termasuk ujian percubaan sekolah rendah dan menengah, tetapi tidak bagi peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM. 

Anda perlu membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia. 


Laman Web Utama SAPS Untuk Login Ibu Bapa
Kredit foto: upnd.com.my

Macam mana anda nak log masuk ke portal SAPS sebagai ibu bapa? Cuba ikut langkah ini.

Layari laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/. Ini adalah link laman SAPS untuk log masuk kepada ibu bapa. 

Kemudian, pada ruang No KP / Sijil Lahir, masukkan nombor kad pengenalan anak anda. Nombor kad pengenalan tersebut mestilah tidak mempunyai tanda sempang '-' ataupun jarak. 

Tekan butang Cari. Kemudian, beberapa kotak pilihan akan dibuka untuk dipilih. Untuk kotak pilihan Negeri, pilih negeri untuk sekolah anak anda. Pada kotak Daerah, pilih Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk lokasi sekolah tersebut. Kemudian, pilih nama sekolah anak anda. 

Seterusnya, tekan butang Semak. Pada laman seterusnya, akan tertera nama dan nombor kad pengenalan anak anda. 

Pada kotak TAHUN, pilih tahun yang anda ingin lihat data peperiksaan anak anda. Tahun yang terdapat dalam kotak pilihan adalah bermula dari tahun 2011 sahaja, sehinggalah kepada tahun terkini. Kemudian, akan tertera nama serta kod sekolah tempatnya bersekolah pada tahun yang anda pilih. 

Di sebelahnya akan tertera segala maklumat mengenai mata pelajaran yang dipelajari anak anda pada tahun tersebut iaitu nama mata pelajaran dan nama guru mata pelajaran tersebut. Pada kotak KEPUTUSAN PEPERIKSAAN, pilih jenis peperiksaan yang anda ingin lihat.

Kemudian, pada ruangan ANALISIS MARKAH, tertera dua butang untuk dipilih. Tekan Papar Slip Keputusan untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda untuk peperiksaan yang anda pilih. Tekan Papar Markah Peperiksaan untuk melihat data keseluruhan untuk kesemua peperiksaan yang diduduki anak anda pada tahun tersebut.

Pada Slip Keputusan, akan tertera pelbagai maklumat seperti subjek dan gred, kedudukan dalam kelas, kedudukan dalam tingkatan, pencapaian gred keseluruhan, gred purata, peratus dan nama guru kelas. 

Pada paparan markah peperiksaan pula, akan tertera data seperti subjek yang dipelajari tahun tersebut berserta gred mengikut peperiksaan, kedudukan dalam tingkatan, kedudukan dalam kelas serta peratus. 


Paparan Markah Peperiksaan di SAPS

Memandangkan semakan data ini adalah berdasarkan tahun, maka anda sebagai ibu bapa mempunyai akses untuk menyemak prestasi akademik anak anda, sama ada ketika sekolah rendah mahupun menengah, dari tahun 2011 sehinggalah kepada tahun terkini.

Dah semak markah peperiksaan anak anda ke belum? Kalau belum, buatlah sekarang. Nak tunggu mereka beritahu sendiri, memang makan masa la jawabnya. Bukan begitu? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
2
0
0
Komen: 11
Komen

Previous : Ustaz Dedah Punca Cerai Makin Tinggi Di Malaysia

Next       : Nak Benda Segar Di Majlis Perkahwinan Anda? Cuba 'Risik' Kompang 5 Beradik Ini!

Komen Terbaru

Quote elzy 17-2-2020 03:13 PM
Madel replied at 14-2-2020 10:51 AM
Dah berzaman ada laa
Aiyoo
Baru keluar gua kah

Mungkin anak TT baru masuk sekolah rendah kot..
Takpe laa additional info untuk ibubapa muda anak baru Darjah 1..

Lain-lain Komen

Quote Madel 14-2-2020 10:51 AM
Dah berzaman ada laa
Aiyoo
Baru keluar gua kah
Quote ibu_haritz 14-2-2020 12:00 PM
Madel replied at 14-2-2020 10:51 AM
Dah berzaman ada laa
Aiyoo
Baru keluar gua kah

kannnnn..ape daaaaaa xde makna nak sorok2 lg result..
Quote EvieWanKenobi 14-2-2020 12:18 PM
TT baru jumpa link SAPS ka?
Quote Megikari 14-2-2020 12:37 PM
Laaaa tt.. Selama ni ko duduk negara mana?
Quote 234126 14-2-2020 04:05 PM
aah dah lama dah ada. Anak dah naik menengah dah. Since dia sekolah rendah dah ada portal tu. memang dia pun tak heran nak inform parents dia sebab dia tahu if tak kena marah means result dia ok hahaha
Quote dockers 15-2-2020 11:55 AM
Dah takde dah website tu tak boleh nak check bermula 2019
Quote RatuDunia94 15-2-2020 11:59 AM
Dah berzaman ada dik oi..isunya cikgu2 yg x update markah dlm tu.. apoooo??
Quote PDOT777 15-2-2020 07:12 PM
RatuDunia94 replied at 15-2-2020 03:59 AM
Dah berzaman ada dik oi..isunya cikgu2 yg x update markah dlm tu.. apoooo??

haha yg tu memang salah cikgu la jwabnya
Quote CikB 16-2-2020 07:59 PM
dulu mmg check kt situ, skrg mcm x blh nk access dah
Quote Modngengade 17-2-2020 08:58 AM
pprt mana yg tulis artikel ni...baru keluar gua niah agaknyer....sistem ni dah berzaman wujud la....
Quote elzy 17-2-2020 03:13 PM
Madel replied at 14-2-2020 10:51 AM
Dah berzaman ada laa
Aiyoo
Baru keluar gua kah

Mungkin anak TT baru masuk sekolah rendah kot..
Takpe laa additional info untuk ibubapa muda anak baru Darjah 1..

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.167980s Gzip On
To Top