Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Awas, 'Teh Beng' Vanilla Dengan Karamel Menyebabkan Ketagihan!

5-2-2020 10:44 AM|Oleh: Cari-Azlin| Komen: 6


Sebut sahaja teh tarik, umum tahu akan keenakkan minuman ini yang menjadi kegemaran dan kegilaan rakyat Malaysia. 

Jika adunan teh, susu dan air yang dimasak pada suhu yang tepat, maka akan terhasillah hidangan teh yang sangat menggiurkan tekak.

Apa lagi sekiranya teh yang enak itu ditambah dengan aiskrim vanila lemak manis dan harum aromanya. Pasti anda akan langsung jatuh cinta! Cinta rasa pertama yang sukar ditahan-tahan godaannya.




Apa yang membuatkan teh beng vanilla ini istimewa? Menurut penciptanya, Siti Basitah, bahan istimewa dalam minuman ini adalah campuran beberapa jenis teh terpilih, aiskrim vanilla dan sentuhan sos karamel Da Vinnci di atas bebola aiskrim yang gebu. Sangat sedap dan padu rasanya!



Selain teh beng seksi ini, Siti Basitah turut menghidangkan makanan selera Pantai Timur di kedai beliau iaitu Timur House Kitchen yang terletak di KIPMALL Kota Warisan, Sepang. 

Rasakan keaslian variasi rasa keropok lekor biasa dan keropok lekor berkeju juga lokcing (sate ikan) yang dibawa khas dari Kelantan.


Lokcing atau sate ikan
Kredit foto: Ig Timur House

Bercakap tentang kerepok lekor dan lokcing, boleh cuba getis sedikit akan kegebuan teksturnya, rasakan lemak ikan sebenar menggunakan ikan segar dan adunan kerepok tanpa tulang. 

Aduh! Gendang gendut tali kecapi, perut kenyang sukanya hati! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
3
0
0
Komen: 6
Komen

Previous : Tipah Tertipu! Lama Siram, Rupanya Pokok Palsu

Next       : Menyeramkan! Anak Patung Elsa Pulang Ke Rumah Setelah 2 Kali Dibuang

Komen Terbaru

Quote Lengkong 16-3-2020 07:53 PM
Mesti manis kan..


Lain-lain Komen

Quote Cassieopeia 5-2-2020 02:02 PM
memang la sedap tapi dapat bayangkan mesti manis gile ni siap aiskrim...  jgn potong kaki plak huhu
Quote husna_amal 5-2-2020 02:34 PM
makanan minuman manis2 ni memang kegemaran rakyat Malaysia. Sebabtu negara kita no.1 dalam carta kencing manis dan obesiti.
Quote saviour_09 5-2-2020 04:37 PM
gila ah
aku tak lalu langsung tekak nak minum benda2 manis gini
coklat tu boleh la lagi hadap sikit2

Quote komotthecat 6-2-2020 12:41 AM
suka teh beng biase je. tu pon jarang2 minum sbb susu pekat
Quote Zack8hunter 6-2-2020 12:48 PM
sudah tiba masanya penjual2 ni buat CSR dgn meletakkan berapa jumlah kalori bagi minuman ni.. sesambil tampal gambar kaki rosak akibat diabetis.. ala2 kotak rokok
Quote Lengkong 16-3-2020 07:53 PM
Mesti manis kan..


Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top