CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Albayt Travel Buat Laporan Polis, Mahu Sajat Minta Maaf Secara Terbuka

3-2-2020 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15156| Komen: 111

Description: Berikutan kontroversi bertelekung ketika berada di Tanah Suci, agensi yang menguruskan umrah Nur Sajat hari ini membuat laporan polis, lapor MalaysiaGazette.
Berikutan kontroversi bertelekung ketika berada di Tanah Suci, agensi yang menguruskan umrah Nur Sajat hari ini membuat laporan polis, lapor MalaysiaGazette.


Kredit foto: IG


Difahamkan, laporan itu dibuat berikutan terdapat ancaman daripada luar terhadap pihak pengurusan dan keluarga mereka.

Dalam laporan itu, Albayt Travel (M) Sdn Bhd mendakwa telah mengarahkan mutawif bertugas untuk mengarahkan Sajat dan ahli kumpulannya agar berhenti menyebarkan sebarang bentuk imej ketika mengerjakan ibadah umrah di media sosial.

Pemilik syarikat berkenaan, Sofwan memaklumkan bahawa Sajat turut dinasihati supaya membuat permohonan maaf secara terbuka atas perbuatannya yang mencetuskan kebimbangan dan kemarahan rakyat.

“Mutawif memberitahu saya bahawa Sajat ingin mendiamkan diri kerana tidak mahu memudaratkan lagi keadaan,” katanya.

Tambahnya, laporan berkenaan dibuat kerana bimbang keselamatan pihak keluarga kerana mereka secara tidak langsung terbabit dalam isu panas itu.

Albayt Travel juga sudah merujuk pihak Konsolat Malaysia di Jeddah berhubung insiden Sajat untuk tindakan lanjut. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 3-2-2020 05:56 PM
Cash je laa.. itu je aku nak ckp.. ini mekah sajat..harap sajat and the gang dpt hidayah laa
Quote Ladybird910 3-2-2020 06:37 PM
Jwpn albayt syarat suh jgn up pic kt socmed tp onz je utk jantan2 bt umrah mcm tino nmpk sgt xcerdik n materialistik pny TA...ko cuba tipu Tuhankah?
Quote jazaa100 3-2-2020 07:00 PM
Buritan replied at 3-2-2020 05:56 PM
Cash je laa.. itu je aku nak ckp.. ini mekah sajat..harap sajat and the gang dpt hidayah laa

Dia nk ckp.....

Har....aku kat mekah tak kena apa apa bala pun.....tu yg bkn main lg tunjuk video
Quote jazaa100 3-2-2020 07:01 PM
Edited by jazaa100 at 3-2-2020 07:22 PM
Ladybird910 replied at 3-2-2020 06:37 PM
Jwpn albayt syarat suh jgn up pic kt socmed tp onz je utk jantan2 bt umrah mcm tino nmpk sgt xcerdik ...


Dah mujahid nk jumpa dia....mengelabah lah tu....

Pak Arab kat sana pun dah kecoh
Quote sarah82 3-2-2020 07:06 PM
Dalam hal ni, aku letak 70% kesalahan pada bahu mak bapa Muhammad Sajad. Maaf makcik dan pakcik.. Tapi makcik dan pakcik berdua gagal dlm hal ni.. Syg anak boleh tapi bila melibatkan agama... Makcik dan pakcik patut nya tegas
Quote EvieWanKenobi 3-2-2020 07:08 PM
so apa tujuan dia gi Mekah sebenarnya?
nak buktikan dia pompuan?
Quote Zeatyisaac 3-2-2020 07:16 PM
EvieWanKenobi replied at 3-2-2020 07:08 PM
so apa tujuan dia gi Mekah sebenarnya?
nak buktikan dia pompuan?

Tetap tidak terbukti dia perempuan tapi terbukti dia sakit mental.
Quote Ladybird910 3-2-2020 07:17 PM
jazaa100 replied at 3-2-2020 11:00 AM
Dia nk ckp.....

Har....aku kat mekah tak kena apa apa bala pun.....tu yg bkn main lg tunjuk vid ...

Xsmpi 24jam kan dh kena kick.. Tu klu xinsop lg xtau lahhh
Quote dudaberhias 3-2-2020 07:23 PM
Boleh je di maafkan, dengan syarat sajat harus lah di benarkan untuk di tangkap oleh pihak arab saudi untuk di sebat di khalayak ramai. Al bayt travel pun perlu bekerjasama
Quote ciksom 3-2-2020 07:27 PM
EvieWanKenobi replied at 3-2-2020 07:08 PM
so apa tujuan dia gi Mekah sebenarnya?
nak buktikan dia pompuan?

Mungkin tujuan dia ke mekah untuk bertaubat tapi tak tau la bertaubat daripada apa...?
Quote krustykrab 3-2-2020 07:28 PM
sarah82 replied at 3-2-2020 07:06 PM
Dalam hal ni, aku letak 70% kesalahan pada bahu mak bapa Muhammad Sajad. Maaf makcik dan pakcik.. Ta ...

Betul...patutnya makpak x yah layan perangai anak yv jelas menghina agama...ni mcm support lg..
Quote ekmal_sorrow 3-2-2020 07:32 PM
ketulahan bha..............


Quote Buritan 3-2-2020 07:33 PM
jazaa100 replied at 3-2-2020 07:00 PM
Dia nk ckp.....

Har....aku kat mekah tak kena apa apa bala pun.....tu yg bkn main lg tunjuk vid ...

Itu laaa.  Tak tau laa... mak pak dia tak tego ke.. ini mekah laa sajat..
Quote Buritan 3-2-2020 07:35 PM
sarah82 replied at 3-2-2020 07:06 PM
Dalam hal ni, aku letak 70% kesalahan pada bahu mak bapa Muhammad Sajad. Maaf makcik dan pakcik.. Ta ...

Aku pun setujuk.. sepupu aku pun pondan .. mmg tak leh buat ape dah.. tp so far bab agama ok laa.. pi semayang jumaat jugak.. takut dia bab masjid ape..
Quote Orix 3-2-2020 07:45 PM
Hahahahahahaha iols gelak je la baca isu ni. Lawak lawak.... dua2 pihak lawak... sajat lawak, yg butthurt pun lawak......
Quote RatuDunia94 3-2-2020 07:58 PM
Yg sajat ni gigih sgt perabis duit g mekah wat pe jat oi.. solat je lah kat rumah jat oi.. sama je tuhan kan kat mana2..
Quote sarah82 3-2-2020 07:58 PM
Buritan replied at 3-2-2020 07:35 PM
Aku pun setujuk.. sepupu aku pun pondan .. mmg tak leh buat ape dah.. tp so far bab agama ok laa.. ...

Ni mak bapa sajat ni mcm dah lembu kena ikat hidung turut saja perbuatan anak walaupun di Tanah Suci Mekah
Quote julielapadite 3-2-2020 07:58 PM
Lebai malang ko bamjat, konon nak prove g mekah pakai telekung tp ternyata keluar segala kebenaran bila sebaliknya yg terjadi. Korang nampak tak mcm mana Allah dah bagi bala kat dia. This is what some people say CASH. Utk yg tegar buat dosa tu sini aku nak cakap. Ko nak buat dosa memondan, berzina, minum arak, makan rasuah semua tu dosa ko sendiri dan ko wajib sorok dosa tu selagi ko rasa ko muslim. Once ko tayang dosa ko siap bangga this is no longer between ko dengan Tuhan ok. {:stress
Quote salmon-suki 3-2-2020 07:58 PM
sarah82: Dalam hal ni, aku letak 70% kesalahan pada bahu mak bapa Muhammad Sajad. Maaf makcik dan pakcik.. Tapi makcik dan pakcik berdua gagal dlm hal ni.. Syg ...


dalam hal ni sy setuju dgn sarah..makpak dia x takut ke dgn perangai anak cmtu,dah main2 kn agama..kt mesia boleh laa nak main2 sbb jabatan agama x berani amek tindakan..ni kat Mekah Madinah,tempat suci umat Islam kot..makpak failed miserably!

Lihat semua komen(111)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-10-2022 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.066179 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top