CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Biar Kebulur, China Kurung Rakyat Dalam Rumah Sendiri Elak Sebar Wabak

3-2-2020 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8837| Komen: 65

Description: Pihak berkuasa China dituduh membiarkan rakyatnya 'mati kebuluran' selepas tular video polis mengurung mereka di rumah sendiri untuk menghalang penyebaran koronavirus.
Pihak berkuasa China dituduh membiarkan rakyatnya 'mati kebuluran' selepas tular video polis mengurung mereka di rumah sendiri untuk menghalang penyebaran koronavirus.

Menurut Metro.co.uk, mereka menerima sebuah rakaman menunjukkan beberapa lelaki bertopeng sedang meletak perintang di pintu dan tingkap rumah penduduk yang dipercayai dijangkiti wabak berkenaan dengan batang besi.



Kredit foto: METRO

Menerusi video itu, kedengaran jeritan seorang wanita apabila dikurung beberapa anggota beruniform di dalam rumahnya sendiri.

Malah, di luar rumahnya ditampal notis "Keluarga ini baru kembali dari Wuhan. Jauhkan diri dari mereka".


Kredit foto: metro


Kejadian itu dipercayai berlaku di Nantong, wilayah Jiang Su, namun undang-undang penapisan membuatkan asalnya sukar dikesan.

Aktivis hak asasi manusia China, Fengsuo Zhou memaklumkan Metro.co.uk bahawa dia melihat beberapa video serupa berlaku di sekurang-kurangnya empat lokasi berbeza di negara itu.


Kredit foto: METRO

Katanya, tindakan itu adalah arahan daripada kerajaan pusat untuk menepis kritikan yang mendakwa mereka lambat bertindak dalam menangani wabak koronavirus.

"Mereka telah menyembunyikan maklumat penting terlalu lama. Manakala, doktor dikecam polis kerana bercakap mengenai pandemik, bulan lepas," katanya.

Sementara itu, beberapa imej menunjukkan jalan-jalan di China yang biasanya sibuk kini sunyi dan rakyat hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan dan topeng muka.

Bagaimanapun, ada yang dinafikan hak mereka sekiranya menjadi suspek yang disyaki dijangkiti koronavirus.

Seorang aktivis hak asasi yang berpangkalan di India, Tarun berkata, rakyat China tidak dapat menyuarakan ketakutan mereka kerana media sosial berada di bawah kawalan ketat.



Malah, kerajaan China dituduh cuba menyembunyikan maklumat berhubung wabak itu kerana tidak mahu mencetuskan kekecohan.

Selain mengawal perbincangan dalam talian, kerajaan telah menahan puluhan individu yang dikatakan menyebarkan 'khabar angin', malah wartawan juga dilarang daripada membuat sebarang laporan mengenainya.

Antara yang ditahan adalah seorang doktor yang telah memberi amaran kepada kenalannya mengenai penyakit misteri menerusi aplikasi WeChat. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 3-2-2020 02:42 PM
Dah mencekik semua binatang....
Perangai pun dah mcm binatang....
sbb layan org mcm binatang..
Quote noor2 3-2-2020 02:42 PM
Komunis gila. ...kesian rakyat
Quote sarah82 3-2-2020 02:46 PM
Kesian aku dengar suara merayu2 jgn kurung depa.. Mcm mana la kalau makanan terputus..
Quote Fieza-mira 3-2-2020 02:59 PM
Kalau dah kurung macam tuh bagi makan ke tidak tu??
Quote munchkin 3-2-2020 03:06 PM
Binatang merintih minta tolong hangpa buat apa? Buat tak pedulik kan? Bangga kan dapat seksa haiwan? Angkuh kan bila org tegur jgn seksa haiwan?

Why bother dengan rintihan kau itu?  
Quote Kurex 3-2-2020 03:10 PM
ada forumer kata bagi je leluhur ni jadi pee em. bukan leluhur dar tanah besar, tapi leluhur yg menumpang dekat Malaysia ni. sedangkan dua2 leluhur tu komunis dan dari darah yg sama..
Quote Truth.8 3-2-2020 03:11 PM
Membunuh haiwan dengan kejam - masak hidup..ini Karma...
Quote mrsav 3-2-2020 03:16 PM
kejamnya.. kalau org tu habis bekalan makanan camane?
Quote tumpanglalu74 3-2-2020 03:23 PM
Dah anto snuff squad dah..

[youtube]QLh5LzN9MNM[/youtube]
Quote MadameOnion 3-2-2020 03:46 PM
sedangkan kerajaan depa sendiri pun buat camtu..yang kita dok ramah mesra terima kedatangan kalau boleh nak letak karpet merah..pembawak rezeki..pemaju ekonomi..ye dak?
Quote MadameOnion 3-2-2020 03:48 PM
noor2 replied at 3-2-2020 02:42 PM
Komunis gila. ...kesian rakyat

yang tu la yg ramai dalam kabinet kerajaan kita hari ni...
Quote white_musk 3-2-2020 03:48 PM
Selayaknya lah
Quote MadameOnion 3-2-2020 03:50 PM
Kurex replied at 3-2-2020 03:10 PM
ada forumer kata bagi je leluhur ni jadi pee em. bukan leluhur dar tanah besar, tapi leluhur yg menu ...

ada 25% kaum tak makan babi..tapi terminum kencing sbb tu la pemakan vavi berkuasa skrg..
Quote CikB 3-2-2020 04:15 PM
kejam!!!!!!!
Quote zorrro_03 3-2-2020 04:41 PM
perangai hazab bangsa ni makin jelas.  di negara kita ni pun sesetengah mereka ada dna sebegitu.  moga rakyat kita berubah dan insaf.  cukup lah bersikap dan sifat kiasu dan penting diri dan perasan lebih.  

korang tak ke mana pun dengan sikap sebegitu.  
Quote husna_amal 3-2-2020 04:53 PM
Nasib kau lah netizen China. Balasan dan pengajaran buat korang.
Quote LadyCarefree 3-2-2020 04:55 PM
MadameOnion replied at 3-2-2020 02:48 PM
yang tu la yg ramai dalam kabinet kerajaan kita hari ni...

Whaddehell?
Quote dudaberhias 3-2-2020 05:05 PM
yang jenis perangai hanat tak nak pergi hosp ke yang kena kurung tu?

elok lah kebulur sampai mati kalau dah degil sangat tak nak pergi hosp..... biar dia mati2 sorang2 dari lagi ramai yang mampos...
Quote dudaberhias 3-2-2020 05:06 PM
MadameOnion replied at 3-2-2020 03:46 PM
sedangkan kerajaan depa sendiri pun buat camtu..yang kita dok ramah mesra terima kedatangan kalau bo ...

jangan lupa tabur bunga sekali sambil menunggu kedatangan mereka

Lihat semua komen(65)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-10-2022 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.437839 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top