Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Dah Serupa Filter Snapchat Pula" - Harmonika Tersangkut Dalam Mulut Gadis

6-2-2020 11:40 AM|Archaiv| Komen: 12

Harmonika Tersangkut Dalam Mulut!
Ontario Canada, seorang pelajar sekolah tinggi bernama Mollie O'Brien cuba untuk menghiburkan sepupunya dengan memasukkan harmonika, sejenis alat muzik tiupan ke dalam mulutnya.

Dia berjaya melakukannya, cuma masalahnya tidak dapat mengeluarkannya semula. Harmonika tersebut tersangkut di antara kedua pipinya menyerupai filter Snapchat yang hodoh. Dalam fikirannya, sama ada dia mati dalam keadaan memalukan atau mengakui sahaja kesilapannya.

Mollie pun memuatnaik videonya ke TikTok.


Sumber foto : TikTok @mollieobrien mirror.co.uk
Video TikTok menunjukkan montaj lirik "I just did a bad thing, I regret the thing I did, and you're wondering what it is". Dia menulis pengakuannya dalam video itu yang dia telah memasukkan harmonika itu dan tersangkut di dalam mulutnya.

Youtube : Badnews

Mollie bergegas ke hospital dan telah dirujuk ke klinik pergigian untuk menggunakan peralatan khas untuk membuka mulutnya sebesarnya dan mengeluarkan harmonika tersebut.

Menakjubkan, klip TikToknya telah ditonton oleh 1.7 juta. Mollie mengakui  jika dia berasa panik, dia akan mengalami kesukaran bernafas dan semakin kuat bunyi harmonika tersebut. Dia juga menyangka ibunya akan memarahinya, sebaliknya ibunya cuma terkejut kerana dia telah membesarkan "budak pelik".

Selepas 30 minit kemudian, kesakitan di mulutnya reda. Apabila doktor gigi telah berjaya mengeluarkan peti suara alternatifnya, dia hanya menasihatinya:

 "Jangan lakukan ini lagi, OK?"

Syukurlah Mollie tidak mengalami kerosakan kekal - kecuali malu yang diabadikan selama-lamanya dalam talian.  - CARI 

Rujukan : mirror.co.uk

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
3
0
0
Komen: 12
Komen

Previous : Tipah Tertipu! Lama Siram, Rupanya Pokok Palsu

Next       : Menyeramkan! Anak Patung Elsa Pulang Ke Rumah Setelah 2 Kali Dibuang

Komen Terbaru

Quote CikB 6-2-2020 05:31 PM
adoiiii.......

Lain-lain Komen

Quote Kurex 6-2-2020 12:23 PM
ada lagi ke orang main tik tok tok tok ni
Quote epal21 6-2-2020 12:28 PM
Ni lah generasi tik tok. Semua nak diupload. Nanti tengah nazak pun upload juga sambil diiringi lagu horror.
Quote sarah82 6-2-2020 12:43 PM
Mujur dr tak bedah pipi dia
Quote chicozinn 6-2-2020 12:44 PM
nasib baik la aku jnis konservatif lagi..last main wechat b4 kawen..skang cuma ade ig, whatsapp n telegram je..twitter fb da xde download..smule, snapchat tiktok memang xpenah la..
Quote Perawankota 6-2-2020 02:10 PM
Ingatkan dah x relevant LG tiktok ni
Quote puanbintang 6-2-2020 02:26 PM
aduhaii..sampai gitu jadinya..
Quote tagas 6-2-2020 02:55 PM
punye la byk lemang hangus free

harmonika jgk yg ko ngap
Quote husna_amal 6-2-2020 03:02 PM
nasib baik tak koyak mulut tu
Quote RinIna 6-2-2020 03:15 PM
Hahaha.. padanla dengan muka..
Quote elzy 6-2-2020 03:47 PM
Lebar mulut lepas tu.. mengada2 cari publisiti murahan
Quote Carcosa 6-2-2020 05:10 PM
Mengada2 lah ko!!
Ada harmonica, takde harmonica, muka ko mmg hauk lapisan ke 100
Quote CikB 6-2-2020 05:31 PM
adoiiii.......

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top