CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Gemuk Pun Takpa" - Iklan Diri Sendiri Di Tepi Jalan, Lelaki Ini Jumpa Jodoh Selepas Sebulan

31-1-2020 11:09 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5327| Komen: 31

Description: "Gemuk Pun Takpa" - Iklan Diri Sendiri Di Tepi Jalan, Lelaki Ini Jumpa Jodoh Selepas Sebulan



Tular di media sosi@l gambar bunting yang memaparkan seorang lelaki bernama Nooraziro Abdullah atau Aziro mencari pasangan hidupnya dengan mengiklankan dirinya sendiri awal tahun ini.

Iklan tersebut yang digantung di tepi jalan mendapat perhatian ramai dan tindakannya itu turut mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dalam dan luar negara.

Kredit Foto - Twitter 

Walaupun iklan tersebut telah diturunkan oleh Majlis Perbandaran Dungun, Aziro memaklumkan menerima lebih 500 aplikasi WhatsApp dan panggilan daripada wanita untuk berkenalan dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak selain Indonesia.



Kredit Foto  - Aziro Via Malaymail

Kini, selepas hampir sebulan, Aziro sudahpun menjumpai calon isteri yang dimahukannya seperti dilaporkan Harian Metro.

"Kali pertama saya melihat dan mendengar tutur katanya yang lemah lembut, hati saya terus terpaut. Insya Allah jika ada jodoh kami akan berkahwin", katanya yang enggan mendedahkan nama wanita itu. 

Menurut Aziro, wanita berusia 33 tahun itu menghubunginya selepas melihat iklan mencari jodoh olehnya yang tular sebelum ini.

Selepas bertukar-tukar pesanan melalui telefon, Aziro sudah berjumpa dengan calon isterinya ditemani adik perempuannya.

Bakal isterinya bekerja sebagai kerani dan berasal dari Kuala Terengganu.

"Walaupun dia bersetuju untuk saya menjadi suaminya, namun kami masih mahu berkenalan antara satu sama lain terlebih dahulu,"kata Aziro.

Ternyata kaedah Aziro yang agak tradisional ini terbukti berhasil dan efektif berbanding aplikasi cari jodoh dalam talian yang popular di kalangan orang muda kini.

Jadi, pada yang sudah mencuba pelbagai cara untuk mencari jodoh, mungkin cara ini boleh dipertimbangkan pula dengan syarat sudah mendapat kebenaran pihak berwajib terlebih dahulu ya! - CARI 

Kredit - Malaymail Dan Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal21 31-1-2020 11:18 AM
Ye ke? Tunggu muncul gambar nikah dulu baru nak percaya. Kotlah nak jaga air muka aje sebab tu kata dah jumpa.
Quote mdhelmi 31-1-2020 11:35 AM
Boomibulat replied at 31-1-2020 11:17 AM
Terjumpa gambar ni..adakah perempuan tersebut..?

ini ialah gambar dia dan adik2nya
Quote Boomibulat 31-1-2020 11:38 AM
mdhelmi replied at 31-1-2020 11:35 AM
ini ialah gambar dia dan adik2nya

Yeke..semoga dapt jadi adik ipar abang Aziroo..
Quote husna_amal 31-1-2020 11:58 AM
Ok lah calon isteri bukan orang jauh. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat diijab kabulkan.
Quote shark_eow7 31-1-2020 12:06 PM
okey.. semoga jodoh hingga ke jannah.
Quote prettyuglybabe 31-1-2020 12:07 PM
dia kerja apa? harap pompuan tu fikir la masak-masak..
Quote fliphair8 31-1-2020 12:29 PM
selamat bernikah,  selamat memikul tanggungjawab sebagai suami, selama mengesek, semoga till jannah...
Quote chicozinn 31-1-2020 12:30 PM
prettyuglybabe replied at 31-1-2020 12:07 PM
dia kerja apa? harap pompuan tu fikir la masak-masak..

dia keje biasa-biasa je kalu tgok kat iklan dia tuh..hehehhe
Quote prettyuglybabe 31-1-2020 12:31 PM
chicozinn replied at 31-1-2020 12:30 PM
dia keje biasa-biasa je kalu tgok kat iklan dia tuh..hehehhe

itu yang i harap perempuan tu fikir masak-masak..
check betul-betul laki ni kerja apa..
Quote chicozinn 31-1-2020 12:35 PM
prettyuglybabe replied at 31-1-2020 12:31 PM
itu yang i harap perempuan tu fikir masak-masak..
check betul-betul laki ni kerja apa..

tu ler pasal..takut bini tanggung laki plak sebab bakal bini kerja kerani kan tu..
Quote pokaibanktokyo 31-1-2020 01:00 PM
Pundek la siapa pasang bunting diri sendiri di tempat awam
Quote Cassieopeia 31-1-2020 01:37 PM
okla tu, diorang nk berkenalan dlu sebelum kawinkan. kenal betul2 rasa serasi baru on..
moga bahagian till jannah
Quote AmandaRollins 31-1-2020 01:54 PM
Gemok pun xpe?
Ko ingat pompuan gemok nk kt ko ke?muka cm katak puru ada hati nk demand cmtu...
Gud luck la pada bakal bini tu..better double cek jantan ni keja apa...
Quote noraidil_06 31-1-2020 02:02 PM
AmandaRollins replied at 31-1-2020 01:54 PM
Gemok pun xpe?
Ko ingat pompuan gemok nk kt ko ke?muka cm katak puru ada hati nk demand cmtu...
Gu ...

Hahahahhaha. Adoi
Quote KIM.K 31-1-2020 02:06 PM
Gambar dalam hutan tu lagi nampak hensem aziro ni. Pilih gambar lombok beno
Quote tagas 31-1-2020 02:16 PM
AmandaRollins replied at 31-1-2020 01:54 PM
Gemok pun xpe?
Ko ingat pompuan gemok nk kt ko ke?muka cm katak puru ada hati nk demand cmtu...
Gu ...


kan pompuan gomok pon ade taste taw

nak yg kendus jambus
Quote Kurex 31-1-2020 02:32 PM
@Themilo boleh la whatsapp.. fonen pun takpe katanya
Quote keds 31-1-2020 03:04 PM
Kagum ....hahaha
Quote epal21 31-1-2020 03:27 PM
Dulu dah mention, dia kerja plumber kan? Ok lah tu asalkan rajin berusaha & bagi nafkah secukupnya. Jgn pulak tong tong duit bini.

Lihat semua komen(31)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.067415 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top