Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Aliff Aziz Bergaduh Di Singapura, Bella Pula Mengaku Sanggup Rujuk Semula. Apa Dah Jadi?

30-1-2020 10:16 AM| Komen: 41

Nama Aliff Aziz dan Bella Astillah sering kali menjadi hiasan muka depan berita dan akhbar tempatan apabila isu berkaitan bekas pasangan ini sering dibualkan oleh para peminat. Malah, ada peminat yang sudah lali dengan isu mereka berdua yang sama dan berulang kali berlaku.

Terbaru, Aliff Aziz sekali lagi dilaporkan telah bergaduh di Singapura bersama orang awam. Menurut video yang dimuat naik oleh warganet, Aliff Aziz sedang mabuk ketika itu dan secara tiba-tiba bergaduh dengan orang awam di tepi jalan di Singapura.



Ini bukanlah kali pertama kes seperti ini dilaporkan, sebelum ini juga Aliff Aziz pernah ditangkap kerana bergaduh di tempat awam di Singapura. 

Dalam pada masa yang sama, Bella Astillah telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia menerima bekas suami, Aliff Aziz untuk kembali ke pangkuannya. Menurut Bella, dia dan Aliff akan membuat pengumuman tersebut apabila sudah tiba waktu yang sesuai. 

"Kami tidak pernah bermusuh. Semuanya demi anak kami"

Tambah Bella lagi, dia tidak pernah bencikan bekas suaminya itu, malah dia berasa bangga melihat perpisahan ini banyak mengajar Aliff Aziz dan mematangkan dirinya. Bella turut tidak menafikan dia ada keluar bersama Aliff Aziz di Universal Studio Singapore (USS).

Sumber Gambar: The Star
Semoga urusan Bella Astillah dan Aliff Aziz dipermudahkan. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
4
0
0
Komen: 41
Komen

Previous : "Patutlah Elok Je Takda Kontroversi" - Elak Gosip Cinta Cara Ungku Ismail

Next       : "Seksi Habis Tengok Suami Main!"- Erin Puji Farhan Macho

Komen Terbaru

Quote ekmal_sorrow 31-1-2020 09:24 PM
Orang cmni Bebal Astillah nk hidup sekali balik? Tuhan dah split korang, apa still xdapat2 hint ker?

Lain-lain Komen

Quote Ashna21 30-1-2020 10:22 AM
Ermmmm.. tah lh bella...
Jgn nanti pikiran anak terganggu sbb hubungan kekeluargaan yg x sihat
Quote keds 30-1-2020 10:24 AM
Sila mereputtttz
Quote cikatilia 30-1-2020 10:27 AM
xpe lah
bella sanggup biar kan lah dia khennn
Quote kikuri 30-1-2020 10:30 AM
lantak korang lah...
Quote misuke 30-1-2020 10:37 AM
biola.. bella kata alip makin matang.. lantakle alip mcm mana pn katenye.. so kita siap je pop corn
Quote Ladybird910 30-1-2020 10:57 AM
Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu dan memilih dia
Dan kutersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
'Ku di matamu
Namun jika 'ku diperlukan dan diterima
Izinkan 'ku menagih kasihmu
Namun jika 'ku ditolak tak diperlukan
Buang segala tentangku
Quote Kurex 30-1-2020 11:04 AM
aku tak sabar nak maki bella lepas ni
Quote mijot 30-1-2020 11:08 AM
sukati ko bella...
klu kne curang lg jgn melalak2
Quote Zack8hunter 30-1-2020 11:11 AM
kenapa gaya bergaduh tu tak rupa jantan betul? lemau semcm jer..
Quote wdl577 30-1-2020 11:11 AM
Dua2 attention seeker.... sila mereput
Quote Mfzg89 30-1-2020 11:11 AM
gemelai kemain lari dia... ingatkan faiz ruslan tadi..
Quote dewi_rina 30-1-2020 11:18 AM
Mak kaki joget, bapak kaki mabuk
Pastu nak kata demi anak
Kesian anak korang jad mangsa perangai korang
Quote syierodoy84onot 30-1-2020 11:20 AM
Huhu..baru ni cubaan mencuri spek mata rayban non ori.. nasib baik si penjual tu org Malaysia n dapat tangkap Alif hamek barang jualan beliau. So dah kantoi dengan muka x malu beliau pulangkan laa balik spek mata tu. hahahaha.
Quote Acikgomen 30-1-2020 11:23 AM
Tahik lah matang
Quote nazsh 30-1-2020 11:26 AM
Tongong betul
Quote Fazzbulous 30-1-2020 11:39 AM
syierodoy84onot replied at 30-1-2020 11:20 AM
Huhu..baru ni cubaan mencuri spek mata rayban non ori.. nasib baik si penjual tu org Malaysia n dapa ...

knp aku rasa si alip ni dah mental?huhuhuhu
Quote papadomku 30-1-2020 11:43 AM
Ntah apala yg bella harap pd jantan camni. Kalau betul ko fikir pasal anak ko bella, aku tak rasa ko tergamak nak get back dgn ex ko. Even your child deserve better.
Quote Kampungpeoplesz 30-1-2020 11:54 AM
Sila mereput!
Quote husna_amal 30-1-2020 11:57 AM
Orang kalau dapat tak nak buat kesilapan banyak kali. Tapi kalau betul bella jadi rujuk semula dengan Alif ni memang sengaja lah jeratkan diri dengan masalah baru. Alif bukan lelaki terbaik yang kita orang semua lihat.

Lihat semua komen(41)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.139351s Gzip On
To Top