Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Itu Tak Betul, Kami Sekeluarga Kesal" - Bapa Nafi Anak Meninggal Kerana Koronavirus

29-1-2020 12:41 PM Komen: 52
“Saya nafikan anak saya meninggal dunia kerana koronavirus. Itu tidak betul dan saya sekeluarga kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan maklumat tanpa sebarang usul periksa.

“Malah, video anak saya yang rebah turut tular di laman sosial dan dikongsi tanpa henti oleh orang ramai."

Itulah yang dikatakan oleh Norazlan Mokhri, 47 memetik laporan Harian Metro. 

Foto: Harian Metro
Norazlan merupakan bapa kepada Allahyarham Nur Izzah Izzati, 20 yang meninggal dunia di sebuah kedai aksesori telefon bimbit di Seksyen 13, Shah Alam pada 26 Januari lalu. 

Sebelum ini tular di laman sosial mengenai kematian Allahyarham yang dikatakan berpunca daripada koronavirus. 

“Pada hari kejadian, arwah cuti kerana menghadiri majlis pertunangan di Taman Seri Kapar, Sungai Pinang, Klang.

“Kemudian, selepas selesai majlis, arwah ajak saya ke tempat kerjanya untuk membeli aksesori telefon bimbit. Itu kali terakhir saya bersama arwah sebelum dia pergi buat selamanya,” katanya. 

Katanya lagi, dia bergegas mendapatkan anaknya selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya itu.

“Kawan arwah memberitahu arwah pengsan dalam kedai. Saya masuk dan terus memeriksa nadinya. Waktu itu, saya lihat arwah tidak sedarkan diri.

“Saya angkat arwah masuk ke dalam kereta dan terus hospital yang kebetulan berhadapan dengan premis itu bersama rakannya. Tiba di hospital, doktor segera memberi bantuan perubatan, namun Allah lebih menyayanginya,” ujarnya lagi yang merayu agar orang ramai berhenti menuduh punca kematian anaknya disebabkan koronavirus. 

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Belah, Klang. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 52
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote biozipstar 31-1-2020 11:10 AM
kt wasap rumah aku pun mcm tu jugak.... sampai kata arwah anak kawan lah apa lah. semata2 nak ngaku yg cerita dia tu betul. takleh blah betul. cubalahjangan sebarkan perkara yg x betul..

anyway, takziah pacik n keluarga.

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 28-1-2020 05:13 PM
Innalillah cantik anak pakcik..tp beliau sakit ape?
Quote sarah82 28-1-2020 05:32 PM
Ohh.. Aku x tau pun.. Sebab aku sibuk layan video binatang comel.. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Semoga Allah set tempatkan arwah dikalangan org2 yg beriman.
Quote JunkMail 28-1-2020 05:33 PM
Org Malaysia bab menyebar benda tak betul memang laju. Btw takziah pakcik...lawa anak pakcik. Puncanya apa rebah terus meninggal dunia? Muda lagi kot kalau tetiba darah tinggi ke apa...
Quote tobby 28-1-2020 05:34 PM
kenapa takda seorang pun yg buat CPR?   jantung terhenti tu.
Quote Artemesiaa 28-1-2020 05:35 PM
Sebab tu penting cari tahu dulu sumber dan cerita sebenar dari gigih nak jadi orang pertama tularkan tapi salah info
Quote felinecat 28-1-2020 05:35 PM
Boomibulat replied at 28-1-2020 05:13 PM
Innalillah cantik anak pakcik..tp beliau sakit ape?

ye la, punca kematian xtau
Quote mejaputih 28-1-2020 05:37 PM
Itu la part viral yg melibatkan kejadian kematian iols mmg takkan fwd2..sian kat family dan arwah sendiri..kalau jadi kat anak kita nak ke disebarkan mcm tu..
Quote tripleid 28-1-2020 05:43 PM
Edited by tripleid at 28-1-2020 05:48 PM

Pelik tp benar..walaun2 sume tuduh gomen lmbat bertindak kononya dlm kes ni.tp yg herannya smpai skrg, sorg rakyat pn blom dijangkiti..ummah msih hidup aman2 jah mcm biasa xde pun nk kehulu kilir pkai mask mcm time jerebu

cai2 malu nk ngaku bahawa kjaan telah  bjaya kontrol wabak dgn baik.As comparison,zaman kena SARS dulu x sampai seminggu outbreak beratus yg kna jangkit
Quote violetungu 28-1-2020 06:47 PM
Inalillah semoga arwah di tempatkan di kalangan  orang yg beriman.
Quote MeghanK 28-1-2020 06:50 PM
orang mesia ni bab menyebarkan berita palsu dia sungguh cepat..bila ada yang bawak fakta tade sapa nak layan..contoh dalam porem ni berlambak

on topic, takziah pada pakcik dan sekeluarga..cantik anak pakcik
Quote MeghanK 28-1-2020 06:51 PM
tripleid replied at 28-1-2020 05:43 PM
Pelik tp benar..walaun2 sume tuduh gomen lmbat bertindak kononya dlm kes ni.tp yg herannya smpai skr ...

opis iols kat golden triangle kl ni yew..tadi kuar lunch tak nampak orang pakai mask pon

tapi kalau bukak segala socmed porem pesbuk depa duk komen macam nak kiamat dah siap zombie2 segala
Quote tripleid 28-1-2020 07:00 PM
MeghanK replied at 28-1-2020 06:51 PM
opis iols kat golden triangle kl ni yew..tadi kuar lunch tak nampak orang pakai mask pon

tapi k ...

Khennn..iols kt hkl ni pn aman2 jah sis xde nya risau nk kna serkup mask bagai.kuat drama la dorg nih
Quote rainbowrainz 28-1-2020 07:05 PM
Innalillahi wainna ilaihi rajiun..
Quote MeghanK 28-1-2020 07:17 PM
tripleid replied at 28-1-2020 07:00 PM
Khennn..iols kt hkl ni pn aman2 jah sis xde nya risau nk kna serkup mask bagai.kuat drama la  ...

famili iols 3 orang keje hosp uols..cuma depa pesan pakai mask kalau keluar kat tempat orang ramai je
Quote cap_ayam 28-1-2020 07:20 PM
Takziah buat keluarga..
Quote lostnfaun 28-1-2020 07:20 PM
MeghanK replied at 28-1-2020 06:51 PM
opis iols kat golden triangle kl ni yew..tadi kuar lunch tak nampak orang pakai mask pon

tapi k ...

Mcm kat forum nie jgk kan kak... Tetiba byk pakar perubatan.. hahaha..
Quote tripleid 28-1-2020 07:34 PM
MeghanK replied at 28-1-2020 07:17 PM
famili iols 3 orang keje hosp uols..cuma depa pesan pakai mask kalau keluar kat tempat orang ramai ...

Aah..kt spital pn org rilek2 je xpkai mask.syukurla wabak still under control
Quote MeghanK 28-1-2020 08:19 PM
lostnfaun replied at 28-1-2020 07:20 PM
Mcm kat forum nie jgk kan kak... Tetiba byk pakar perubatan.. hahaha..

pakar perubatan, pakar pentadbiran, pakar itu ini semua dia pakar
Quote MeghanK 28-1-2020 08:22 PM
tripleid replied at 28-1-2020 07:34 PM
Aah..kt spital pn org rilek2 je xpkai mask.syukurla wabak still under control

iols percaya team kkm kita antara yang terbaik
iols follow dr imelda kat fb pon dia duk pesan tak payah nak panik sangat..tadi dia share ni kat page, iols pon nak share jugak la kat porem

FB_IMG_1580212329552.jpg

Lihat semua komen(52)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top