Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Cucuk Mata Kawan Dengan Pensil Warna. Ini Bukan Buli, Dah Kes Jenayah!

28-1-2020 09:03 AM Komen: 51



Kisah buli tidak pernah berakhir dan akan berterusan jika tindakan tegas tidak diambil.

Terbaharu, seorang kanak-kanak tahun 1 telah dicucuk matanya oleh rakan sekelasnya dengan pensil warna menyebabkan anak mata mangsa bertukar menjadi hijau.

Twitter

Malahan, ia bukan kes pertama kerana ia dilakukan sejak mereka di taska lagi.

Menurut warganet bernama Violet ini, kejadian yang berlaku terhadap sepupunya itu kritikal kerana perlu melalui pembedahan. Ini disebabkan pensil warna tersebut telah merosakkan saraf anak mata mangsa.


Setakat artikel ini ditulis, keluarga mangsa masih menunggu laporan perubatan mengenai keadaan mangsa sama ada boleh pulih atau keadaan menjadi lebih teruk iaitu hilang penglihatan.

Bagaimanapun, ramai warganet bersetuju supaya menyaman keluarga tersebut. Alasan bahawa budak tersebut hanya tinggal dengan pengasuh (kerana ibu bapanya sibuk meniaga) tidak boleh dibiarkan.


Seterusnya ramai warganet turut berkongsi pengalaman adik mereka dibuli. Ada yang diseterika, dijatuhkan kerusi dan sebagainya.

Twitter

Bukan hanya ibu bapa kanak-kanak sepatutnya dipersalahkan. Pihak sekolah seharusnya bertanggungjawab mengendalikan kes sebegini. Jangan tutup mata sebelah sahaja, kelak ia lebih parah kerana orang lain pula yang akan menjadi mangsa.-CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 51
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote gideoncross 1-2-2020 05:22 PM
munchkin replied at 31-1-2020 12:33 AM
Gitulah or ignorant people all together

Truly true.

Lain-lain Komen

Quote Lolalala 28-1-2020 09:27 AM
Memang kena speaking london eh budak sekarang?

Melampau laaa budak ni membuli sekarang. Memang patut saman je mak bapak budak tu dan sekolah. Bukan 1st time dibuli kot
Quote Kurex 28-1-2020 09:56 AM
mak bapak pemangsa "budak tu kecik lagi... mana tau apa.. "
Quote chicozinn 28-1-2020 10:01 AM
saman je la..biar mak pak pembuli tu sampai terkincit nak bayar saman..tu la manjakan sgat budak2 tak ditangan sejak awal budak2 ni kan da jadi pembuli..kalu mata mangsa tu buta acaner??
Quote fliphair8 28-1-2020 10:02 AM
Kurex replied at 28-1-2020 09:56 AM
mak bapak pemangsa "budak tu kecik lagi... mana tau apa.. "

kann...jawapan paling lahanat...kalau tak tahu ape2, pe jadah rodok mata orang? tak tahu ke benda tu bahaya, sakit etc...

cer try amik pen tu acah2 nak cucuk mata dia...agak2 dia menggelupur tak?

kalo dia tak menggelupur tu maknanya mmg something wrong ngan dia punya brain...stupid parents


Quote Kurex 28-1-2020 10:04 AM
fliphair8 replied at 28-1-2020 10:02 AM
kann...jawapan paling lahanat...kalau tak tahu ape2, pe jadah rodok mata orang? tak tahu ke benda  ...

mesti mak bapak dorang pertahankan anak dorang..
Quote 234126 28-1-2020 10:13 AM
Please saman. Saman je sampai lemau turun naik mahkamah. Rasakan.

Biar mak bapak sekarang sedar yang budak kecik memang taktahu apa, thats why yang kena tanggung akibat adalah mak bapak dah kau direct guardian, anak kandung. Even anak angkat pun dah kau menjaga selagi belum 18 mmg dibawah hak jagaan.

Kalau taknak dipertanggungjawap, toksah beranak. Toksah ambik anak angkat. Duduk dgn laki bini diam2 tanggung je la apa2 salah sendiri.

Quote Zeatyisaac 28-1-2020 10:31 AM
Ibu bapa yang berpihak pada anak melahirkan anak2 yang biadap, kurang ajar dan pembuli.
Quote any42 28-1-2020 10:31 AM
kecik2 dh jd pmbuli seramnya lahai bdk pmbuli tu msti nakal gila tahap org luar tgk pun rsa nk libas je. mangsa pulak bdk kecik jgk lg takat mna la sgt nk ptahankn dri. ni sejenis makpak klau nmpak ank nkal dbiar xtgur mana la ank nk takut kt org.

takutnya my niece nk msuk kinder nnti kang kna buli dah la bdknya mnja
Quote husna_amal 28-1-2020 11:10 AM
Anak yang kurang ajar datang dari parent yang kurang ajar. Dan lagi parent sekarang patut ajar anak untuk melawan apabila dibuli bukan berdiam. Anak2 pun tak boleh pasif sangat.
Quote bondeh 28-1-2020 11:15 AM
saman! saman! saman! meolls kalau anak2 buas cam cetan nih, meolls terus terbayang masa makpak senggama sejenis balun sondol redah, tanpa persediaan, yakni dimulakan dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah... atau paling tidak, anak tanpa dirancang... macam kawan meolls pernah cite adiknya bongsu ayahnya tak duga macam tak plan nak anak lagi...masa kecik nakal yahamat, now Alhamdulillah bijak cantik gebus...OT puleks
Quote munchkin 28-1-2020 11:17 AM
Pegi lempang je budak tu sampai pekak. Tumbuk sekali. Ko suruh anak ko buat korang tengok je.
Quote pokaibanktokyo 28-1-2020 11:24 AM
Jangan saman sekolah. Nanti sekolah takde duit untuk berfungsi. Saman guru besar atau guru yang berkaitan
Quote mrsav 28-1-2020 11:27 AM
melampau la budak2 skrg nie
Quote Sazida 28-1-2020 11:34 AM
Scary nya tgk pipi yg kena gunting tu. Mak bpk skrg ajar anak guna internet. Tag sana tag sini suh ank ngerti dan ikut. Hakikat nya ank tgk mak bpk sendiri nan hado.
Quote AbukRokok 28-1-2020 11:43 AM
anak2 syaitan semakin merebak
akibat bagi minum darah lembu... perangai pun kecik2 dah jadi kerbau
Quote munchkin 28-1-2020 11:59 AM
Zeatyisaac: Ibu bapa yang berpihak pada anak melahirkan anak2 yang biadap, kurang ajar dan pembuli.



Setujukkkk
Quote munchkin 28-1-2020 12:00 PM
bondeh: saman! saman! saman! meolls kalau anak2 buas cam cetan nih, meolls terus terbayang masa makpak senggama sejenis balun sondol redah, tanpa persediaan,  ...


Mula bismillah akhir alhamdulillah. Dek bonnnnnn!!!!
Quote violetungu 28-1-2020 12:30 PM
Kesiannya adik ni,memang patut yg buat adik ni kena saman..kecik2 la mak bapak kena ajar adab, ni mesti kat rumah ank2 buat apapun dilantakkannye..dasar bodoh lps tu menyusahka org.
Quote i_is_kennot 28-1-2020 12:51 PM
Gila ganas,  iols dulu paling kuat pun pijak kasut, dgn sorok pensel box,   terus pembuli kena denda berdiri atas meja sampai abis kelas

Lihat semua komen(51)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top