Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jangan Panik, 4 Kes Coronavirus Cuma Kluster Bukan Wabak - TPM

Tukang Tulis|27-1-2020 09:43 AM Komen: 213
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempengerusikan Mesyuarat Penyelerasan Kluster Novel Koronavirus (2019-nCoV). Foto: Facebook
Walaupun empat pelancong warga China telah dikesan positif coronavirus di negara ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan rakyat agar tidak panik.

Memetik laporan Malaysia Gazette pada 26 Januari, beliau menjelaskan, empat kes koronavirus itu hanya diklasifikasikan sebagai kluster dan bukannya wabak.

Wan Azizah memberi nasihat itu berdasarkan kepada penerangan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

"Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas dengan kluster penyakit kluster virus yang telah dikesan di Wuhan, China yang kini merebak ke seluruh kepada 14 negara, di mana dilaporkan empat kes positif di Malaysia.

"Penyakit ini terkawal, jadi kita tidak mahu panik dan keadaan masih terkawal," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kluster Novel Koronavirus (2019-nCoV) di pejabatnya.

Secara keseluruhan, beliau berkata, keempat-empat warga China itu dalam keadaan sihat dan stabil.

"23 kes sudah disahkan negatif dan masih terdapat empat kes yang masih menunggu keputusan makmal," jelasnya.

Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mendengar taklimat situasi terkini coronavirus. Kredit foto: Facebook
Sementara itu, Malaysia Gazette melaporkan, Dzulkefly berkata, Malaysia tidak boleh bertindak tergesa-gesa menyekat kedatangan pelancong dari China kerana negara ini terikat dengan deklarasi Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Kita tertakluk kepada WHO PHEIC dan kita tidak mahu melanggar peraturan pertubuhan tersebut tetapi dalam masa yang sama kita akan menimbang dan membuat penilaian terhadap keperluan negara.

"Kita tidak akan berkompromi dengan kesihatan rakyat kita," katanya.

Orang ramai juga sewajarnya merujuk maklumat sahih yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan lain berhubung isu coronavirus. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
6
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
3
0
0
Komen: 213
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote harizs 2-4-2020 08:53 PM
reminder kpd mahacai... Seorang yang kena denggi ke, kanser ke, kencing manis ke, sakit jantung ke, dia tak jangkitkan orang yang berdekatan.

Lain-lain Komen

Quote bloodyamuk 27-1-2020 09:45 AM
yeke...boleh caya ke ni?
Quote ina_na 27-1-2020 09:49 AM
Cer kalo kn ke suami dia.. Agaknye mcm mn gelabah dia
Quote tobby 27-1-2020 09:50 AM
sanggup tu petaruhkan nyawa rakyat utk menagih duit dari pelancong warga china
Quote sarah82 27-1-2020 09:59 AM
Benda ni senang saja.. Kena kat ahli keluarga para menteri yg "bijaksana" maka semua gelabah biawak..  Apa pun...HAMJADDDD
Quote Austranesia 27-1-2020 10:00 AM
sarah82 replied at 27-1-2020 09:59 AM
Benda ni senang saja.. Kena kat ahli keluarga para menteri yg "bijaksana" maka semua gelabah biawak. ...

amin amin amin
Quote hitam_manis 27-1-2020 10:01 AM
Heyyyy nko dgn laki nko si penjubor tuh boleh pegi mampos. Sial celaka laki bini ni.
Quote saripdolmat 27-1-2020 10:02 AM
hantar pelancong2 china tu pergi rumah terbuka dgn menteri2 PH
Quote sarah82 27-1-2020 10:06 AM
Austranesia replied at 27-1-2020 10:00 AM
amin amin amin

Maaf la.. Aku jenis kalau dah x boleh nak sgt tlg rakyat.. Maka seeloknya kena kat ahli keluarga menteri.. Baru menggelupur mcm ayam kena sembelih
Quote Ina8895 27-1-2020 10:29 AM
Percayalah kata2 kak wan. Dia kan doktor. Korang semua belajar biologi pun fail.
Quote salmon-suki 27-1-2020 10:31 AM
Tertengok berita n masih lg ckp keadaan "terkawal" dan "tak kritikal"..nak suh rakyat sekor2 mati mcm kt china dlu baru nak buat sekatan?

Dorg ni kata study tinggi2 tp tak pernah dgr phrase "prevention is better than to cure"? Ape y budushhhh sgt ni?ke nak tggu half of rakyat mesia kena virus ni bru nak isytihar kritikal?
Quote saripdolmat 27-1-2020 10:33 AM
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/01/650203/coronavirus-angka-korban-80-keseluruhan-2744-kes-di-china

Wuhan Virus - Angka korban meningkat ke 80 orang, keseluruhan 2,744 kes di China

WUHAN: Kerajaan China hari ini berkata, jumlah keseluruhan jangkitan coronavirus yang disahkan di seluruh negara meningkat kepada 2,744, dengan 769 kes baharu dikesan.

Bagaimanapun, katanya tiada kematian baharu disahkan di luar wilayah Hubei, yang sebelum ini melaporkan 24 kematian baharu, yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian di seluruh negara akibat wabak itu kepada 80 orang.

Virus itu dipercayai berpunca dari Pasar Makanan Laut Wuhan yang turut menjalankan perdagangan haram hidupan liar, dan merebak ke Beijing serta Shanghai selain ke Amerika Syarikat (AS), Thailand, Korea Selatan, Jepun, Australia, Perancis dan Kanada.

Wabak itu mengakibatkan gangguan pergerakan di China terutama di Wuhan, iaitu bandar mempunyai kira-kira 11 juta penduduk, berikutan dikenakan larangan perjalanan.

Penularan wabak itu dari awal lagi menjejaskan sambutan Tahun Baharu Cina ratusan juta pelancong dari China dan negara luar selain mengakibatkan banyak acara awam dibatalkan serta tarikan pelancongan ditutup. - AFP

[attach]490811[/attach]
Quote saripdolmat 27-1-2020 10:34 AM

Quote harisbee 27-1-2020 10:38 AM
Moga ada menteri sepet sorang kena wabak lepas tu buat meeting sesama dorang semua melingkup
Quote Metana 27-1-2020 10:39 AM
Macam2 arahan yg keluar dari netizen kepada kerajaan.

[quote]Malaysia tidak boleh bertindak tergesa-gesa menyekat kedatangan pelancong dari China kerana negara ini terikat dengan deklarasi Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Kita tertakluk kepada WHO PHEIC dan kita tidak mahu melanggar peraturan pertubuhan tersebut tetapi dalam masa yang sama kita akan menimbang dan membuat penilaian terhadap keperluan negara.

"Kita tidak akan berkompromi dengan kesihatan rakyat kita," katany[/quote]
Quote singajantan 27-1-2020 10:42 AM
Minta TPM laki dia Menteri Kesihatan dan MEnteri Pelancongan pergi airport sambut kehadiran warga CHINA ni ramai2 sempena menyambut Tahun Melawat Malaysia....turunlaa ramai2 bersama rakyat marhaein yg kena hadap semua tu
Quote jazaa100 27-1-2020 11:00 AM
ina_na replied at 27-1-2020 09:49 AM
Cer kalo kn ke suami dia.. Agaknye mcm mn gelabah dia

Kau ingat anak dia bershopping kat mydin ke?....pi pasar beli daging kambing?...naik LRT?....

Apa dia kisah.....
Quote jazaa100 27-1-2020 11:01 AM
saripdolmat replied at 27-1-2020 10:02 AM
hantar pelancong2 china tu pergi rumah terbuka dgn menteri2 PH

Ada ke dorang buat rumah terbuka tahun ni?....

Senyap je....
Quote jazaa100 27-1-2020 11:02 AM
salmon-suki replied at 27-1-2020 10:31 AM
Tertengok berita n masih lg ckp keadaan "terkawal" dan "tak kritikal"..nak suh rakyat sekor2 mati mc ...

Dia dah lama tinggalkn bidang perubatan.....kan dia sibuk melawat hb bertahun tahun kat penjara.....
Quote Knights 27-1-2020 11:05 AM
jazaa100 replied at 27-1-2020 11:02 AM
Dia dah lama tinggalkn bidang perubatan.....kan dia sibuk melawat hb bertahun tahun kat penjara... ...

posting ini sangat tepat untuk manusia seperti @kabukiman dan @dino dan @sarah82 dan @arnauld dan @jaaza100

Lihat semua komen(213)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top