Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

OKU Tak Mengaku Salah Liwat Anak

24-1-2020 04:20 PM Komen: 14
Pemegang kad orang kurang upaya (OKU) penglihatan hari ini tidak mengaku melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun di Batu Gajah, sejak tahun lalu.


Gambar hiasan
Foto: Daily Mail

BERNAMA melaporkan, berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Salleh Mohd Yusop, 43, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa kira-kira jam 5 petang antara 26 dan 27 Disember 2019 dan antara jam 3 petang hingga 3.30 petang pada 7 dan 13 Januari lalu di sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Terap, Batu Gajah.

Bapa empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebat serta menjalani pengawasan polis hingga tiga tahun.

Salleh juga didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii sekitar jam 5 petang antara 26 hingga 27 Disember dan kira-kira jam 3.30 petang pada 7 Januari di tempat sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun serta sebat selain menjalani pengawasan polis tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Peguam bela Khairul Fairuz Rahman sebelum ini memohon ikat jamin rendah memandangkan tertuduh hanya bergantung kepada bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setiap bulan sejak mengalami masalah penglihatan akibat kemalangan ketika bekerja di sebuah kilang 13 tahun lalu selain mempunyai empat anak masih bersekolah.

Khairul juga meminta mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan dua anak perempuan tertuduh berusia 13 tahun termasuk mangsa sudah berpindah ke Sarawak bersama ibu mereka.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, tertuduh dikenakan syarat tambahan di mana dia dikehendaki melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa serta mana-mana saksi atau jaminan akan ditarik.

Mahkamah menetapkan 27 Februari ini sebagai sebutan semula kes dan bagi menunggu laporan forensik ke atas mangsa.  - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ally9970 31-1-2020 12:22 PM
Dah terbukti dan sabit kesalahan ke? Byk juga kes tertuduh difitnah dan dianiaya

Lain-lain Komen

Quote husna_amal 24-1-2020 04:26 PM
Haruan makan anak. Tak sedar dengan kekurangan diri dia musnahkan masa depan anak dia. Dasar manusia durjana.
Quote sukacactus 24-1-2020 05:00 PM
First of all, iblis ni mesti kuat meraba kan
Quote minguk 24-1-2020 05:05 PM
patut perhilitan je tangkap dia ni.. dah rupa haiwan perangai
Quote Iramaku 24-1-2020 05:15 PM
kat kg bapak ak tu...ishk2
Quote matchstick 24-1-2020 05:54 PM
X padan dgn buta.. Nmpk pulak dia time nk menusuk tu ye
Quote Artemesiaa 24-1-2020 05:59 PM
Tak kira OKU ke tidak kalau dah buat salah haruslah terima hukuman
Quote jerukkedondong 24-1-2020 06:03 PM
matchstick replied at 24-1-2020 05:54 PM
X padan dgn buta.. Nmpk pulak dia time nk menusuk tu ye

Serius aku nk tanya ni...amang seksual fizikal tu mcm mn?
Quote sarah82 24-1-2020 06:04 PM
Buang dlm lubang yg penuh ular berbisa.. Kamjad betul
Quote Pink_Purple 24-1-2020 07:18 PM
allah dah tarik penglihatan pun masih xinsaf lagi..

buta2 pun pandai cari anak dok kat mana..
Quote matchstick 24-1-2020 07:21 PM
jerukkedondong replied at 24-1-2020 06:03 PM
Serius aku nk tanya ni...amang seksual fizikal tu mcm mn?

Aku pun x pasti.. Tp tajuk tulis liwat. Mgkn luas maksud amang seksual tu. Liwat tu termasuk dlm kategori amang seksual
Quote gideoncross 25-1-2020 11:44 PM
OKU kan? Msti boleh lpas ni atas kad OKU. Akhir zman ni OKU pun dh start pndai.
Quote diss69 26-1-2020 01:11 AM
1st time dngr bapak oku penglihatan jahanamkan masa dpn ank sendiri
Quote biozipstar 31-1-2020 12:14 PM
buta mata dan buta hati lepastu buta otak.. teruk betul spesis mcm ni... patutnya penuhkan masa dgn keinsafan.
Quote ally9970 31-1-2020 12:22 PM
Dah terbukti dan sabit kesalahan ke? Byk juga kes tertuduh difitnah dan dianiaya

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top